Apa lagi, selagi tarikh balik ke Turki tak sampai. Selagi itulah shopping..shopping dan shopping. Tengoklah terpaksa beli cokelat berbalang-balang. Beritahu dengan suami..macam mana kita nak bawak ni. Sebab apabila sampai ke Istanbul kami kena naik lagi kapalterbang domestik ke Keyseri, lepas tu ke Bursa. Aduh! ...Ubat-ubat untuk kecemasan dan maggi untuk kecemasan perut saya..ha.ha (silap-silap besok bawak balik semula)
Handbang dan juga barang kemas ni untuk di bawa ke sana. Sambarlah apa sahaja yang ada.. huhh. Udahlah semalam Sogo mak datuk. Ramainya orang. Macam barang semuanya percuma.
Bila asyik beli barang kemas untuk orang lain. Saya terlihat set ini dan suka pula. Saya cakap dengan suami. Kita simpan untuk Qaisara kahwin nanti..huwah..ha.ha..mak aik..jauhnya berangan. Dan petang itu saya berjuma dengan Idasm dan Ida hadiahkan saya kain batik Terengganu. Dalam hujan dia berjalan kaki dapatkan saya di Sogo. Kami berbual lama. Bila berbual..tahu ajelah. Mana nak berhenti. Kasihan Ida..batuknya teruk sungguh. Ida..kena rehat lama-lama jangan fikir pasal restoran Ida..
7 comments:
akak p turki baper lamer????
salam nuar..
Dik akak pergi dalam 12 hari termasuk perjalanan..rasa lama sungguh..huhh..
mesti x sabar duk menghitung hari je nak pergi nih. tp luggage ntah2 dah overweight ni akak ;)
yatie..
tak banyak mana pun barang2 kita orang, brg qaisara yg banyakknya.allocate 60kg..he.he dan barang hadiah semua bawa naik..tak masuk kargo nanti kena kebas.
sukalah org2 turki dapat mcm2 buah tgn dr akak!
salam..kak yati..
set brg kemas tu mmg cantik..sy pun suka yg bentuk2 daun tu...cincin mak saya dah sambar :P
salam yati...syok ekk..shopping mopping ni..kalaulah akak dpt duit banyak dari hb mcm kamu ni mesti best..
Post a Comment