Hari ini jari saya luka terkena pisau semasa mahu mengopek buah mangga. Saya tunjukkan jari saya yang luka pada Qaisara.
"Eikk..kenapa umi?"
"Luka.."
"Luka kenapa umi?"
"Kena pisaulah sayang...."
"Umi dah letak ubat..."
"Udahlah sayang, minyak gamat.."
"Kenapa umi main pisau. Umikan marah teta main pisau.."
"Tidak umi nak kopek buah mangga.."
"Oh.."
Qaisara diam buat seketika. Matanya menatap rancangan tom-tom bak dan beberapa minit kemudian dia datang kepada saya dan bertanya lagi soalan sambil menyuruh saya menunjukkan jari telunjuk saya yang luka.
"Umi siapa buat jari umi ni?"
"Umi yang buat.."
"Kenapa umi buat jari umi sendiri.."
"Tak sengaja..umi nak kopek manggalah sayang.."
"Oh..."
Qaisara diam, dia menyanyi-nyanyi apabila TV menunjukkan kanak-kanak menyanyi. Selepas berhenti menyanyi dia datang dan membelek jari saya lagi.
"Umi kenapa umi buat jari umi sendiri umi?"
Uwahhh...bukan jari saya yang sakit sekarang tetapi kepala saya..ha.ha.sebab tak tahu bagaimana saya mahu menjawab lagi soalan Qaisara @ Teta.
Qaisara selepas demam champak, baik dua tiga hari diserang demam 3 in 1, demam, selsema dan batuk. Walaupun demam dia tetap aktif dan lincah. Pantang nampak saya atau pembantu rumah mop lantai. Dia pun sibuk sama.
Bilik air pun nak tolong bersihkan kononnya..
9 comments:
baguslah...rajin anak dara akak nih..besar2 nanti senang nak mintak tolong wat kije umah ;)
salam KakYati,
budak besar Qaisara ni memang suka tanya mcm2 kan.. fikri pun dah mula buat saya penin.. ingat dah jwb sekali, ok lah.. pastu dtg lagi, tanya soklan yg sama.. ok ibu bg jwpn yg lain, hrp2 dia puashati.. tak lama lepas tu, dia tanya lagi... hmm,...
salam yati....
wah..bilik air ade gambar teletubies(x tau btul x ejaannya...)
mesti cute qaisara suka cite tu...huhuhu
rajin btul anak dara yati...dah besar nanti mesti lagi rajin...InsyaAllah.
Windunya kat yati n blogger sume dah lame x jadi ahli mesyuarat tingkap....huhuhu
salam yatie..
Jangan rajin masa kecil dan besar tak kuasa kita minta tolong dia cabut lari..ha.ha.
Salam kakyong..Fikir dgn qaisara sama usiakan yong. Macam tulah yong..budak2..pening kadangkala kepala kita nak menjawabnya..
Salam ibujunes..
Yelah itu kononnya bilik air diala..ada gambar kartun2 tu..tapi dia tetap nak gunakan bilik air uminya..ha.ha.
harap ibujunes sihat ya...
kak NB,
fikri 3 thn 2 bulan.. Qaisara brp?
rajin nyer anak akak...kalu dah besar nanti boleh la dia tolong akak kemas rumah..
kakyong
si Qaisara 3 tahun 4 bulan, fikir lahir bulan 3 ya? sama dengan akak..
Umie..
harap2 dah besar bolehlah dia membantu sikit2.insya-ALLAH
fikri lahir 27 feb 2006.. hjg bulan Feb.. tapi kan Qaisara nampak mature..
rajin nyer anak dara nih...
Post a Comment