Saya jarang menonton telivisyen pada waktu malam. Kalau menonton pun biasanya menonton rancangan kanak-kanak. Sampaikan saya lebih hafal rancangan kanak-kanak daripada rancangan saya sendiri. Malam tadi sempena hari guru saya menonton drama di Astro. Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Kerana khusyuk menonton saya tidak begitu mempedulikan Qaisara.
"Umi i not love umi..." (bahasa budak-budak)
Tiba-tiba Qaisara yang sedang bermain mengeluarkan kata-kata tersebut. Dia sebentar tadi nampak senyap senyap sahaja.
"Ya..sayang.."
"I not love umi.."
Wajah Qaisara masam mencuka. Hati saya tersentap, rasa terlalu sayu dan kecil hati. Suami yang leka menghadap komputer ketawa-ketawa. Matanya melirik jam di dinding.
"Dont so sensitive. Go to the bed honey.." suruh suami saya apabila melihat muka saya yang begitu sedih.
Selalunya pukul 10 malam saya sudah naik ke tingkatan atas. Membaca buku untuknya. Baru-baru ini saya ada membelikan satu buku kisah bintang yang amat disukainya..
"Tortoise are slow animals..."
Walau dia tidak tahu membaca tapi dia akan mengulangi apa yang saya baca untuknya..
"Rabbit eat their own stool.."cerita saya dan Qaisara akan menyambung "Yeark ! disgusting!"
Tapi malam ini saya tidak menghiraukan dia jadi mungkin itu protes dia untuk saya. Jadi saya bangun menutup telivisyen dan membuatkan dia susu. Saya bawa dia ke tingkatan atas. Selepas dia baring dan minum susu, dia memberi saya botol susu tersebut sambil tersenyum dia berkata..
"Umi i love you so much..unccountable!" (dia belajar dari babanyalah tu..)
"I love you too sayang.." Balas saya sambil memeluk dan mencium dia. Hati saya yang sedih sebentar tadi berbunga semula. Dan apabila Qaisara sudah tidur, suami memberitahu tak perlu sensitif dengan anak-anak. Mereka tidak tahu apa yang mereka cakapkan dan mereka akan lupa apa yang telah mereka cakapkan. Sama macam babanyalah. Kalau bercakap masa marah..macam-macam dicakapnya tapi lepas lembut dan baik, dia lupa apa yang dicakapnya..ha.ha.ha..(nasib suamiku tak tahu membaca bahasa melayu..).
10 comments:
unccountable?..mcm penah dengar je ayat tu hehe..ayat dalam novel chinta kan kak..?
ha.ha..pandai intan, perkataan itu memang kami satu family sll guna..terutama babanya..ha.ha teta mendengar ikutla
ayat tu romantis la kak..hehe..sebab tu intan boleh ingat hehehe..
Salams kak...
kita selalunya sensitive pada org yang kita sayang....dan kasih sayang mmg terlalu luas..............uncountable.
anak sy yg bongsu pun suka merajuk klu saya tak layan dia. kdg2 tu siap cubit saya lagi..aduhh!!!!
wpon tau xleh amik hati, tapi tetap luruh jantung time dengar ayat2 gitu kan kak?
cutela qaisara ni...cerdik..
ayat yg last tu mmg nk tergelak sekali...hahaha..mentang2la org tu x paham bahasa melayu...hehehe
suka tengok gambar qaisara! cantik! Bila dah besar nanti ... sure pening mama dia. Gerenti ramai peminat! by the way... berapa umur anak akak?
alahai... kesian pulak kat kak yati... sampai tersentap bila permata hati seorang bilang mcm tu.. tp mcm kata babanyalah... budak2 main sebut aje... lepas tu lupa dah...hehehe... mana mungkin qaisara not love uminya... okey kak.. smile!!!
So sweet...Bila difikirkan balik, siapa yang lebih suka merajuk?kanak-kanak atau orang dewasa?
p/s: saya cukup suka merajuk...
Post a Comment