Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, May 28, 2009

SAHABAT

Memang ramai orang mengatakan pada saya, sahabat itu tidak penting. Sahabat kadangkala menyusahkan dan ada pula pernah sampai ke telinga saya. "Pegi mampuslah dia tak mahu kawan dengan aku, aku tak hairan. Paling panting suami aku dan adik beradik aku.Kalau susah bukan aku minta tolong dia!"
Kenapa sampai begitu sekali kita menghukum persahabatan. Sedangkan Rasuallah sendiri pernah mempunyai sahabat akrab seperti Abu Bakar, Ali dan Osman. Bahkan dalam Islam persahabatan kerana ALLAH memang cukup digalakkan dan ALLAH merahmati setiap manusia yang menjalani persahabatan kerana ALLAH. Bahkan kalau orang-orang Islam tidak bertegur selama tiga hari apa hukumnya. Saya rasa kita semua tahu..betapa cintanya ALLAH kepada manusia yang sering bersahabat antara satu sama lain.
Saya sendiri ramai sahabat, walau tidak terlalu rapat tapi saya akan berusaha membantu mana yang perlu jika mereka perlukan bantuan. Saya seorang yang cukup berdikari, kalau ada masalah saya akan selesaikan sendiri dan selepas selesai barulah saya memberitahu adik beradik dan kawan-kawan saya. Namun sesekali saya perlukan bantuan sahabat, rakan atau jiran saya. Saya beruntung mempunyai jiran cina dan sahabat seperti Mami Ah Kua, dia yang membawa Qaisara ke klinik ketika saya sibuk ke pesta buku, dia sekeluarga tolong melihat-lihat pembantu rumah dan adik-adik yang saya tinggalkan ketika berada di Turki. Inilah salah satu fungsi sahabat dan jiran dalam hidup kita.
"Honey..cepat-cepat turun ada kawan nak jumpa awak.."
Semalam ketika mahu berehat di hotel saya di ajak oleh suami yang baru pulang dari berjumpa dengan kawan-kawannya. Tahu sahajalah kawan suami memang ramai.
"Siapa?"
Tanya saya?
"Alah si H.."
Saya pun turunlah bersama Qaisara. Saya kenal kawan suami ini H namanya. Mengusahakan syarikat pelancongan. Saya menyapanya dengan hormat dan dia juga. Seorang duda beranak dua yang tampan pada hemat mata saya.
"Esok mari saya belanja awak makan.." Dia memberitahu saya. Saya mengerling suami dan pantas sahaja menjawab.
"Ada beberapa urusan yang perlu kami selesaikan dan petang kami harus ke Istanbul dengan feri"
"Mari saya hantar awak sehingga ke feri"
Kawan suami itu mempelawa. Suami menolak kerana semalam ada kawannya yang lain telah berjanji akan menghantarnya. Kami berbual seketika sebelum dia meminta diri untuk pulang.
"Awak ni nak menayang bini ngan anak, semua kawan awak awak temukan dengan saya.."
Saya bersungut, suami ketawa. Kata suami dia kenal semua kawan saya masakan saya tidak boleh bertemu dengan kawan dia. Dia memberitahu H kawan baik dia, ketika H bercerai dan kecewa dialah yang mendengar rintihan H dan sekarang H marah bila hampir mahu balik, suami baru menelefon H.
Dan malamnya suami ke kafe menonton bolasepak antara MU dan Barcelona (Orang2 Turki jarang yang menyokong MU tidak macam di Malaysia).
"Tadi ada kawan lama saya,tidak berapa rapat saya jumpa di cafe, dia menceritakan kesusahan hidupnya kerana krisis ekonomi dan dengan selamba dia minta saya duit. Saya cuma ada 30TL dan saya berikan padanya semua. Berkali-kali dia mendoakan saya murah rezeki. Tak mengapakan honey,,"
"Tak apalah kerana ALLAH akan beri awak rezeki kerana bersedekah..."
Mungkin lelaki ini dikatakan cuba mengambil kesempatan tapi apa salahnya berlapang dada pada sahabat yang kadangkala tidak ada apa-apa..

P/S ini pandangan peribadi saya mengenai sahabat, walau dalam hidup saya sudah ramai terkena dengan sahabat baik sendiri tapi saya tahu itu dugaan ALLAH untuk saya.

7 comments:

Marzalina said...

Kak..intan pun suka bersahabat..bagi intan biarlah kita bersahabat dengan ramai orang, tapi berpada-pada..sebab kalau kita berlebih-lebih dalam persahabatan..mcm2 yg boleh jadi..asalkan niat kita bersahabat tu ikhlas pasti sentiasa diredhai Allah..luv u kak..ur my fren too :)

ina said...

yati..saya setuju sahabat itu penting walau bukan semua. kadangkala sahabat itu lebih mulia dari adik beradik sendiri yg tak mau menolong bila kaum keluarga kesusahan malah menjauhkan diri lagi.

Sahabat walau dimata menyusahkan atau meminta mcm kawn suami yati, kita tak tau mungkin dia dihadirkan pd kita utk menduga kesabaran,keihlasan dan kesungguhan menolong dia.
Moga ALLAH merahmati yati sekeluarga dgn segala kebaikan yg dilakukan...

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

akak pong sahabat nuar gak...ngeee :D

ain said...

dulu saya hilang 2 3 sahabat, Alhamdulillah sekarang saya ada lebih ramai sahabat2 baru seperti kak yati.

idasm said...

berkawan biar seribu.. bercinta biar satu... hehe....

ibu aira said...

salam kak yati..

pada saya sahabat memang penting dlm hidup kita. bagai irama dan lagu. saya ramai sahabat cuma sejak akhir2 ni jarang sekali berhubung mungkin kerana memenuhi komitmen masing2. takpelah yg penting ikatan persahabatan tu tak terputus..

harap boleh jd sahabat kak yati sampai bila2...

aKmA said...

Salam Yati
Kita hidup memang perlu ada sahabat. Tapi apabila sahabat baik makan sahabat, saya cukup kecewa. Kejadian ini berlaku 10 tahun lalu. Dia menggunakan ikatan persahabatan untuk mencapai kejayaan diri sendiri. Lama saya merajuk dan menyepi. Apabila rajuk sudah pulih saya contact dia semula tapi dia sudah berhijrah ke London dan kini berada di Turki mengikut suami barunya. Saya doakan dia berbahagia selamanya