Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, May 27, 2009

SAHABAT BUKAN UNTUK MENGAMBIL KESEMPATAN

Puncak Ulu Dag masih diliputi salji sana sini walaupun musim sejuk sudah lama berlalu.

Hari ini saya merayau lagi di Ulu Dag, semalam hanya dipertengahan jalan sahaja sambil menanti-nanti kalau-kalau ada beruang atau landak yang melintas, tetapi tidak ada. Semalam kami singgah di ladang strawberi yang masih hijau buahnya. Kali ini kami sampai ke puncak Ulu Dag yang masih bersalji. Perjalanan yang tidak dirancang itu menyebabkan saya tidak memakai baju sejuk. Apa lagi menggeletarlah apabila cuba bermain dengan sajli . Sedangkan suami selamba sahaja.
Qaisara pula memang sepanjang masa saya meletakkan baju panasnya di dalam beg saya. Di puncak gunung kami singgah di sebuah restoran. Apa lagi, restoran sucuk (macam salami) atau daging panggang. Daging panggang di Turki di kira mengikut kilo, sekilo TL18. Lebih kurang RM40 mahalkan. Tapi di puncak ulu dag di jual dengan harga TL36. Sekali ganda.
"This is the best yogurt!"
Sebaik sahaja yogurt sampai saya pantas sahaja merasa. Sebelum berkahwin dengan suami pun saya pengemar yogurt. Yogurt di uludag memang sangat sedap. Rasanya sangat halus dan tidak terlalu masam.(Setiap hidangan Turki memang selalunya ada yogurt. Tapi amat jarang dapat jumpa yogurt buahan-buahan seperti di Malaysia).
Dan daging panggangnya pun amat sedap sekali. Dagingnya begitu lembut walaupun dimasak secara 'well done'. Patutlah harganya pun sedap.
"Satu masa dahulu.."
Ketika kami turun dari Ulu Dag, suami bercerita. Saya memerhati keluar, melihat pokok Pine yang tingginya berpuluh-puluh meter. Cantik tapi agak mengerikan. Kalaulah pokok-pokok ini tumbang....
"Saya dengan A (kawan suami saya yang saya ceritakan semalam), pernah ke sebuah pusat peranginan.Menjalankan perniagaan. Dia menjadi partner saya dan saya banyak mengajar dia bagaimana mahu berniaga. Ketika berjalan di pantai, dia bertumbuk dengan seorang lelaki sehingga hidung lelaki itu berdarah dan mulutnya pecah."
Saya mendengar dengan tekun. Suami memang terlalu banyak cerita. Dari dia saya mengutip terlalu banyak pengalaman.
"Melihat lelaki itu jatuh kami lari, tetapi lelaki itu sempat mengambil nombor kereta saya. Beberapa bulan kemudian saya menerima surat dari mahkamah untuk datang perbicaraan. Saya dituduh menumbuk seorang lelaki ..."
Saya mengerutkan dahi, cerita itubaru kali ini saya dengar.
"A yang pukul lelaki itukan bukan awak.."
"Iya..A yang pukul tetapi kereta itu kereta saya dan A sudah ke New Zealand.."
"Apa jenis kawan macam tu.." saya berasa sedikit geram.
"Saya kemudian didapati bersalah dan perlu ke penjara selama 3 bulan dan ketika itu A menerima berita tersebut dari seseorang.."
Cerita suami lagi. Tenang sahaja dia. Saya pula yang geram.
"Kenapa awak tak cakap yang A pukul lelaki itu dan lelaki itu masakan tidak ingat siapa yang pukul dia.."
"Honey..kamu fikir undang-undang semuanya adil."
Saya terdiam. Betul juga kata suami. Kalau udang-undang itu adil, politik Malaysia tidak kucar kacir sekarang.
"Pelik ,masakan lelaki itu tidak tahu bukan kamu yang memukulnya.."
"Dia tahu tapi kerana tidak dapat A, sayalah yang menjadi mangsanya dan apabila A mendapat tahu apa yang berlaku, dia kemudian meminta tolong salah seorang saudaranya berpangkat tinggi di dalam tentera dan akhirnya saya dibebaskan dengan bayaran TL3k(mata wang dulu, mata wang sekarang sudah bertukar). Sebab itu sampai sekarang A tetap menghormati saya, apa sahaja bantuan yang saya mahukan dia akan berikan tanpa banyak soal tapi saya tidak pernah meminta apa-apa. A terlibat dengan Mafia di luar negara tetapi sekarang dia menjalankan perniagaan bersama beberapa ahli politik..."
"Tapi dia nampak baik.."
"Ya..orang seperti dia memegang semangat setiakawan yang cukup tinggi"
Dan apabila turun daripada Uludag, A menelefon dan bertanya kenapa suami tidak datang ke pejabatnya dan kalau mahukan pemandu dia akan sediakan, tapi jawab suami tidak mengapa kami sudah ada kereta sendiri.
"Persahabatan bukan bermakna kita perlu mengambil kesempatankan honey?"
Tanya suami dan saya hanya mengiakan sahaja.
Sampai sekarang saya terfikir kata-kata suami. Ya..persahabatan bukan bermakna kita boleh mengambil kesempatan...

13 comments:

princess hearty said...

yer...
yogurt diasana sgt asli.. mmg jarang jumpa yogurt yg ada perisa buah-buahan...
ingt lg ms melancong di ISTANBUL, stiap kali waktu mkn, pasni terhidang yogurt..
tp sedap...

Na Shari said...

Kan bagus kalau dapat ramai kawan yang tak ambik kesempatan...

Hmm...

Tertanya-tanya dalam hati, ada lagi ke insan sebegitu?

Jawapannya pasti ada...cuma berapa kerat sangat la...


hehehe...sendiri tanya, sendiri jawab

sorry ye kak Yati...

Umie said...

sedapnyer yogurt...alangkah bagusnya dalam duania ni ada ramai org seperti suami kak yati...

ain said...

I wish I can have that kind of sahabat!!

IdaAnuar said...

saya hanya suka berkawan setakat begitu-begitu sahaja.saya lebih selesa bersahabat dengan buku dan sahabat maya sahaja..senang kak tak perlu kita memikirkan banyak perkara

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

bg nuar, bersahabat biar manis-manis buah jer...terlebih manis mesti ada risiko di kemudian hari...pengalaman cetek dari nuar jer...ngeee...

wanAmalyn said...

salam kak yati... =)

membaca catatan harian kak yati di Turkey seakan wan dok mengulit novel karya Norhayati Berahim... hehehe syok ar!!

kak yati... jangan lupa balik tau!!! dah rindu la ngan kak yati & qaisara

Leeza said...

Salam akak...
1. YOGURT, za ada dengar dari citer UST. Sabri yg pernah pg Jordan dan dia citer pasal keenakan yogurt....kecur liur pulak.
2. SAHABAT, Za setuju dengan pendapat hubby akak tu .Memang sahabat bukan bermakna mengambil kesempatan....

Mummy Hanan said...

Salam,

Nak juga rasa yogurt kat sana... bole bawa tak? nak rasa lah...hahahaha

Ya betul..betul..betul [ yg ni baca mcm upin dan ipin...jgn mare ye] ada ke masih org yg kta kata sahabat tetapi tak ambil kesempatan....
Dan ye mungkin ada tp susah tu nak cari kan..kan....kan...

idasm said...

ida pun suka makan yogurt.. hehe..
kesian pulak dgr citer suami akak... kerana kawan.. dia pulak yg dpt susah...

Unknown said...

salam kak yati,
yer betui, persahabatan bukan bermakna boleh ambil kesempatan...
btw, saya nak ucap terima kasih, saya dah terima novel setiap jumaat.. mekasih kakyati.. tak sempat nak ikut contest tp takperlah, novel tu pun hadiah yg cukup bermakna sbb ade signature kakyati & dpt FOC... :D... saya tak amik kesempatan yer.... :)

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

princess heartly..memang yogurt di sini banyak yogurt asli tapi yng di ulu dag tu memang sedap..he.he

Na shari..ramai lagi insan yang sebegitu, paling penting kita harus berlapang dada dengan kawan2 dan ALLAH akan bantu kita.

Umie..akan memang suka yogurt, cuma umi tumbuk sedikit bawang putih dan letakkan sedikit garam di yogurt asli..makan ngan roti..he.he..sedap

ain..paling penting kita berbuat ada ganjarannya Ain..

Idaanuar..terpulang pada diri kita, sahabat macam mana yang kita cari..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Nuar..bersahabatlah dengan hati yang terbuka dan penuh kasih sayang, walau macamana teruk pun sahabat mesti ada faedahnya..

wanamlyn,.nanti satu hari nanti kita sama2 ke Turki aik..he..he..

za kat kl pun banyak yogurt, nanti akak belikan za.

mummy hanan..yogurt di malaysia pun banyak yang sedap..mailah datang malaysia..ya memang sahabat baik susah untuk dicari..tapi ada..

ida pakistan ngan turki sukalah yogurtkan..he.he

Kakyong..dont mentioned..novel tu kecik aje halnya..he.he..