Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Saturday, May 9, 2009

MACAM-MACAM CERITA

Rasa macam lama sangat tak update blog walaupun hanya beberapa hari. Cuaca sekarang terlalu panas dan membuat semua orang tidak berasa selesa. Saya balik kampung sekejap sebab sudah lama tidak berjumpa dengan Balkish dan makan sambal goreng emak tiri saya..

Kalau dua minggu tidak berjumpa Balkisah, Qaisara sudah komplen. Kata dia dah lama sungguh tak jumpa kak Balkish, abang Danish, Atok..nenek dan semua orang kampung disebutnya..ha.ha.ha..

Qaisara di rumah Atok di kampung pun tetap maintain stylo..ha.ha.ha


Balik dari kampung esoknya rehat sehari, saya ke Genting melunaskan janji saya pada Qaisara. Tempat penginapan saya biasalah di Theme Park. Macam dah jadi regular customerlah pulak. Bukan apa saya sukakan bilik di Theme Park yang besar dan boleh disumbat dengan ramai orang. Saya pergi dengan suami, pembantu rumah dan adik saya Nurul yang kebetulan sedang bercuti semester.

Qaisara dan suami ketika di pertengahan jalan mendaki puncak Genting. Nampak riang sangat tapi ada sesuatu yang berlaku dan tidak dijangka..

Suami sedang menenangkan Qaisara yang sedang kesakitan. Tapi bila diambil gambar boleh pulak dia senyum sedikit.

Pada pukul 6 pagi ketika kami bermalam di Genting, Qaisara menangis-nangis mengadu yang telinganya sakit. Saya panik kerana tidak pernah dia menangis begitu walaupun dia demam atau sakit. Kami bergesa membawanya ke Klinik First World, tetapi sayang ketika kami sampai klinik yang beroperasi 24 jam itu ketiadaan doktor. Terpaksalah kami menunggu sejam lebih untuk menanti kedatangan doktor. Doktor mengatakan adalah perkara biasa selepas kanak-kanak terkena campak akan terkena jangkitan di telinganya. Ubat titik dan sebotol ubat tahan sakit harganya RM80-Mak aii..murahnya!


Sebelum Qaisara sakit saya sempat membeli belah di First World. Banyaknya belikan baju untuk adik saya dan pembantu rumah. Saya terjumpa dengan kasut yang sama saya pakai tapi jenamanya lain. Saya memang suka sangat kasut ini. Jadi saya belilah sepasang lagi (saya memang macam tu, kalau saya suka. Saya boleh beli berpasang-pasang) Harganya separuh daripada kasut asal saya (tapi saya tak kesal sebab masa saya beli tu ada potongan harga 50%) ha.ha.ha. Suami saya meneka yang kasut ini berharga RM100-pandai aje dia. Bila saya beritahu cuma RM35 dia cakap saya cheapskate! Cheapskate2lahkan, asalkan selesa.

Adik saya Nurul yang cuti semester sekarang ini. Bukan main lagi posing dia. Masih single tau!


Ini salah satu permainan yang saya berani naik sebab saya ni cepat mabuk. Tengok..kapalterbang ni tak boleh naik, sebab saya berat agaknya..he.he

Suami saya cakap taubat dia nak naik benda alah ni lagi. Kepalanya dia berpusing sampai pulang ke rumah!

Balik dari Genting sempat makan satay di Kajang.

Tapi esoknya saya tak bangun kerana diserang demam dan batuk-batuk yang cukup teruk (ketulan berdarah keluar dari tekak saya). Saya jarang peduli kalau saya demam. Saya akan bangun dan gagahkan diri untuk melakukan apa sahaja. Tapi kali ini saya menyerah kalah. Saya memang ada masalah dengan sistem TNE saya. Saya jarang selsema, seingat saya seumur hidup saya adalah 1 atau 2 kali saya mendapat selsema, jadi segala mucus akan pergi sistem pernafasan saya dan juga tekak.
Qaisara pula mula demam kerana telingannya yang sakit. Jadi pada malam hari terpaksa saya gagahkan diri untuk bangun menjaga dia.. Ketika saya update entry ini saya masih demam . Tetapi saya gagahkan juga, kerana lama-lama tidur pun saya akan menjadi lebih demam. Tapi kalau saya lepas ni nampak saya lama tak update, itu tanda saya berada di hospitallah!

Dan hari ini suami saya yang baik hati dan romantis itu, konon-kononnya tengok isteri tak lalu makan, lalu pergilah meredah chow kit mahu membelikan buah kesukaan saya. Aduh! Rasa nak menangis tengok buah salak yang memang saya suka sangat! Tapi buah ini adalah pantang besar apabila saya batuk dan sakit tekak..auwaha..huh.huh..

P/S Saya sebenarnya banyak hutang tag..aduh2..bilalah saya ada masa menjawabnya! Jangan si Yatichomel dah bersalin saya tak jawab tag dia sudah! Tag besan saya Noraini Johaini pun saya tak jawab2 lagi. Tapi tak apa tag dia sama tag fida comelkan..kan..

10 comments:

NIk Fauziah Nik Hussin said...

salam..
Kakyati darling..demam ek? Kita pn baru baik demam. Ptutlar tak muncul2 kat tingkap ym. Harap akak segera sembauh yer!

idasm said...

salam akak,
1. Balkish pun comel jugak.
2. Adik kita sama nama kan... Nurul.. hehe
3. Kesian betul ngan Qaisara... lepas satu-satu sakitnya... akak tabah yea..
4. Kesian jugak kat akak, teruk demam akak tu.. akak belum ambil ubat ke... ishk.. jgn dibiarkan kak.. nanti melarat lagi teruk...
5. Seronoknya main2 kat kota keriangan tu.. ida pun sampai sekarang tak pernah puas utk ke sana..
6. Dlm pada tak sihat tu.. boleh lagi ingat kat TAG2 yg belum buat... rehat dulu kak... biar cepat sembuh...
LASTLY.... take care utk akak n si comel akak... cepat ambil ubat...n jgn lupa makan ubat...

ain said...

salam kak yati....siannya dia demam...qaisara demam. nasib ada hubby tolong jaga. saya doakan semoga kak yati cpt sembuh dan dpt meraikan hari ibu hari ni. take care kak!

Suhana Shahril said...

Salam singgah kak Yati...siannya demam.skrg ni mmg musim..sebab kalo cuaca panas..kering sangat.Take care ya. Muakss utk Qaisara yg comel!Moga cepat sembuh!Oh..ya sebelum tlupam HAPPY MOTHER'S DAY!

dhan said...

SALAM KAK YATI..
siannya demam.. mmg cuaca xmenentu skrg ni... yang penting k.yati kena jaga kesihatan tau...
selamat hari ibu.. moga cepat sembuh.. peluk cium tuk Qaisara...

Unknown said...

salam kakyati,

selamat hari ibu.. semoga cepat sihat...

kakyong pun jarang sakit.. ni dah 3 hari selsema & demam malam.. tak tahan part kahak & ingus hijo2 tuh.. nampak nyer cuaca panas ni, ramai benor yg selsema/demam..
demam2 pun.. mengadap jugak laptop... hahahhh. *saya tak ngata kakyati tp mengata diri sendiri.. hihi*

sedap nyer buah salak.. kat ipoh ni susah nak cari..

jemput ke blog amik hadiah hari ibu..
http://kakyong72.blogspot.com/2009/05/makbonda-ku.html

shila said...

aduih kesiannya moga cepat sembuh, bila TNE kita breakdown memang la apa kerja pun tak boleh buat... nak mkn pun apa pun tak sedap....sabor yer

Leeza said...

salams akak....
Bila cuaca panas bertembung dengan cuaca sejuk di Genting bertambah lagi dengan penat Pesta Buku yang belum surut, segalanya menjadi haru biru. Biarpun begitu ,kuatkan semangat, makan ubat, rehat secukupnya.Za doakan akak sembuh dan kembali menulis.....( macam main paksa je)Salam rindu selalu.

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

mcm2 citer lam satu entry nih...

mmm...

nak komen yg part kapalterbang x leh naik tu r...lucu...kikikiki...

ada2 jer akak nih...seronok berlibur di genting yer :D

Mama Safiyyah said...

kak, salam kenal...cuba akak google pasal alpha lipid lifeline....kalau akak nak cuba, saya boleh hantar kat akak.....saya tak nak rekemen banyak2 nanti orang kata saya bias...tapi it's a good product.....akak cubalah google pasal dia.....kalau akak nak try, akak contact saya kay....

semoga cepat sembuhh

mahi_570@hotmail.com