Lizabujang cakap tak payahlah bawak barang-barang banyak sangat terutama panadol tu. Saya tahu dia tidak tahu cerita sebenar dan paling penting. Ubat di Turki bukan macam ubat di Malaysia. Murah. Dekat sana sudahlah mahal dan ubatnya macam tak kena dengan saya.
Hari itu saya seorang diri menaiki penerbangan SIA ke Singapura. Saya berhenti di Singapura sebelum terbang ke Cyprus, Turki dan Greek. Di sana ada kawan yang akan menunggu saya. Ketika itu saya masih belum berkahwin. Dan dalam berjalan kaki di lapangan terbang Changi itu, saya melihat seseorang wanita yang kelihatan terhoyong hayang. Mabukkah dia? Tapi tampak dia seperti kepenatan atau keletihan.
“Are you okay?”
Saya bertanyakan wanita yang berbangsa cina itu. Dia menganggukkan kepalanya tetapi saya tahu dia tidak okay. Lantas saya pegang tangannya dan saya papah dia duduk di salah satu kerusi yang ada di sana. Airport di Changi bukan seperti di Malaysia, dari satu Gate ke satu Gate boleh menaiki keretapi. Tetapi di Changi, terpaksa berjalan kaki! (dah lama sebenarnya saya tak transit di Changi lagi)
“What happen to you?”
Saya bertanya.
“I got headache!”
Wanita itu memberitahu dia sakit kepala teramat sangat dan seperti mahu pitam. Dia sebenarnya dalam perjalanan ke Italy. Penerbangan yang berlainan dengan saya dan tanpa saya sedar dia sebenarnya satu kapalterbang dari KLIA dengan saya sebentar tadi.
“Ini..”
Saya menghulurkan sekeping panadol dan saya keluarkan dua biji panadol dan berikan kepadanya berserta dengan air mineral yang saya bawa (dulu boleh bawak air naik kapalterbang, sekarang imigrisen lempar dalam tong sampah kalau kita bawa!). Dia mengambil dan memasukkan ke dalam mulutnya. Saya temankan dia buat seketika dan beberapa minit kemudian dia tampak okay!
Bila saya mahu beredar dia mengucapkan terima kasih berkali-kali kepada saya. Kata dia pertolongan saya amat besar maknanya bagi dia. Dan saya berikan dia beberapa biji lagi panadol untuk peneman dia nanti (walaupun saya tahu dia boleh mencarinya di dalam air port itu).
Hati saya puas dapat menolong. Membawa panadol atau ubatan memang habit saya untuk keluar negara. Dengan ubat kita boleh bersahabat dengan orang lain dan memberikan sedikit pertolongan. Walau tampak kecil tapi cukup berguna. Dan untuk Lizabujang cerita akak ini akan memberi jawapan pada Liza kenapa akak bawa panadol banyak bila travel. Dan saya sering mengingatkan diri sendiri, jangan pertikaikan perbuatan seseorang kerana setiap orang mempunyai alasan dan ceritanya sendiri!

6 comments:
Kak Yati..Cerita akak bg Panadol nie cam cite Inas ngn Zachry... Dapat idea dr insiden nie ke kak?
betul kak, tak rugi bawak ubat2 tu semua. sebab kita tak tau bila kita atau org di sekeliling kita betul2 memerlukannya. kalau dh ada, tak perlulah susah2 nak pergi cari. mcm ida, ponstan dan counter pain ubat wajib bila travel... hehe..
kak yati..baca kisah akak ni, teringt citer novel akak, lupa lah tajuknya tp hero nyer zakry, heroin dia inas, kat german kan. alahai, best citer tu, sat lg nak pi cari ler..nak baca balik.hihi
p/s..saya dah berulang membaca novel akak seperti inferior, lewat musim itu, seindah derita dan cinta pertama. best!!
hehe... tajuk novel tu.. SENTUHAN CINTA, memang ingat sangat tajuk dia sebab itulah novel feveretku..
ooooo gitu citenye...baru tau. nak wat gini gak la lain kali time travel ;)
salam kak,
betui tu, baik bawa siap2 seblum apa jadi.. cam kakyong minyak cap kapa @ balm cap rimau tu memang wajib bawa... lagi le bila bjln jauh dgn anak2, panadol utk ibuayah & kortal utk anak2 memang siap sedia & vicks..
Post a Comment