Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, May 6, 2009

HADIAH HARI IBU!

Cincin ini kat suami, hadiah untuk hari ibu!

Petang itu suami mengajak saya ke KLCC. Kata dia dah lama sungguh tidak ke sana. Saya hanya ikut sahaja dan sebaik sahaja keluar dari lift, kami keluar tidak jauh daripada Habib Jewel.
"Marilah masuk"
Kata suami saya mengajak saya masuk ke Habib. Saya mengerutkan dahi saya, selalunya kalau saya melihat barang-barang kemas suami saya memang tidak berkenan. Kata dia membuang duit sahaja membeli barang beribu-ribu sementelah saya memang sukakan berlian dan juga emas putih atau platinum dan tidak sukakan emas kuning.
"You nak beli apa belilah.."
Kata suami lagi. Mata saya terkebil-kebil. Macam tak percaya aje! Betul ke tidak suamiku ini! Hati saya berdetik. Dan apabila suami mendesak, saya membeli sebentuk cincin yang sepadan dengan gelang tangan saya sedia ada.
Sejak beberapa set barang kemas saya dicuri orang yang saya kenali. Saya malas mahu membeli barang kemas lagi sebenarnya. Tapi sebab suami yang mempelawa saya ambillah sebentuk cincin.
"Kenapa belikan I cincin.."Saya tanya suami.
"Hadiah hari ibu untuk you. You dah menjaga Qaisara dengan baik.."
Hadiah hari ibu?Bila ya hari ibu? Saya sendiri lupa dan tidak ingat bila hari ibu? Ha.ha.teruknya saya!Ini cincin pertama yang dibelikan suami. Hadiah dia untuk saya kerana telah melahirkan Qaisara.

"Bila Qaisara sakit I tengok you sanggup tak tidur menjaga dia. Sampai you sendiri yang demam. I berdengkur di sebelahkan..... You lebih sabar dari I. You tahan bila Qaisara menangis terlalu lama. Walau you tengah menulis you tetap melayan dia dan biarkan dia duduk dipangku you.."
Hati saya tersentuh dengan kata-kata suami. Saya ingat dia tak perasan. Rupanya dia melihat!
"Dan terima kasih kerana you bukan isteri yang suka berleter walaupun I selalu buat silap.."
Aduh..terharu sungguh saya! Saya tidak mengharapkan apa-apa dari suami atau anak saya. Itu tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Tidak ada hadiah pun tidak mengapa.
Saya selalu berkata pada Qaisara. Qaisara bila dah besar nanti, umi tak harapkan apa-apa dari Qaisara. Cukuplah bila umi meninggal, sesekali Qaisara hadiahkan Al-Fatihah untuk umi.
Mungkin sekarang Qaisara tidak faham, tetapi esok atau lusa saya harap Qaisara akan mengerti.
Dan terima kasih padamu ya ALLAH kerana memberi peluang pada aku menjadi seorang ibu.
Dan emak! Aku rindukan emak, terlalu rindu!
Dan kepada emak tiri saya. Selamat hari ibu dan terima kasih kerana sanggup mengiling cili setiap kali saya balik kampung untuk dibuat sambal!

20 comments:

ain said...

alahai...syahdunya kak! tahniah dpt sebentuk cincin yg cantik sempena hari ibu ni. Tahniah juga akak dpt jadi isteri seperti yg suami akak harapkan. Tp bila ye tarikh hr ibu yg tepat??11hb ke..??

p/s...cincin emas putih sempena 15th anniversary saya tahun lps juga dah hilang. nasib hubby x melenting.hehe

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

ain salam
hari ibu 10hb ain..pembantu rumah akak yang beritahu, dia lebih tahu daripada akak! ha.ha.ha
Dah 15 taun ain kawin ya..harap2 jodoh dipanjangkan ALLAH..AMIN..

ina said...

so touching..moga bahagia hidup hingga akhirat yati..

anak2 suka wat kad utk saya dulu tp sy kata, cukup anak2 ma ingat ma dan sayang ma.klu harijadi ma baru bagi kad utk ingatkan ma umur dah semakin banyak...hahaha..

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

SO SWEET kak :)

nuar tumpang hepi...

selamat hari ibu akak...

Lily Haslina Nasir said...

sweetnya pak seyyit ....
alahai... kita yg baca ni senyum tumpang bahagia.
dan macam kak yati, biar berapa lama mak tu dah pergi.. rindu tak pernah nak padam. makin lama kekadang makin parah kan..

NIk Fauziah Nik Hussin said...

kak yati.. wa sob!sob. terharu giler..
tapi entry pasal hari ibu ni kan cukup menyentuh hati.. rindu kat mak! wahaaaa...

Umie said...

salam kak yati..syahdunya umie baca entry ni..teringat pulak mak kat kpg nun jauh di sarawak..eeee...

mama apih said...

Hehe..terliur tgk cincin.Selamat Hari Ibu kak Yati, semoga kita terus menjadi ibu yang dirahmati oleh Allah.

Jamilah Aini Mohd Rafiei said...

Wah! citarasa kita sama ye? Peminat white gold!
1st time saya dpt white gold masa Hari Wanita (3-4 thn lepas kot, tak ingat!) dr suami saya...
Dia pun kurang ingat jgk bab2 sambutan ni, kebetulan masa tu mmg tgh mencari cincin!
biasanya anak2 yg ingat sbb guru2 di sekolah yg mengingatkan tarikh2 ni...

Madam Casper said...

kak yati
Alhamdulillah rezeki...
Tumpang gembira..

Zaimah Zakaria said...

Alai syahdunya akak? Tahniah buat akak sempena hari ibu?

Ida Ra said...

touchinglah, untung Kak Yati miliki segalanya, suami yang memahami dan anak perempuan yg comel, alhamdulilah!

♡ Eibu June's ♡ said...

salam yati...

hwaaa....seronoknya dihargai suami...sob..sob...terharu sesangat.

selamat hari ibu vat yati(^_^)

shila said...

huhu sob2 huhu sob2 selamat hari ibu pada semua

MyHasla said...

waaahhh.... bestnye...so sweet and terharu! Cukup bertuah dan beruntung tuan punya diri apabila dihargai sebegitu. Anyway Tahniah and wish kak yati Happy Mother's Day.

Unknown said...

salam kak yati & semua,

selamat menyambut hari ibu.. best nyer dpt hadiah pada hari ibu, tak kisah lah hadiah apa, yg penting kita dihargai..

Eka Fahara said...

Terharu baca N3 ni. Terharu sesangat.Teringat emak di kampung...Selamat Hari Ibu kak Yati...

Anonymous said...

wow..yg cincin sempena hari ibu tu..
its such a beautiful ring!
cun.. suke3~~ hee

moga berbahagia ye kak.. ;p

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Salam semua..
Selamat hari ibu pada semua yang sudah menjadi ibu..

Kepada yang ada potensi untuk menjadi ibu, berdoalah supaya mendapat pasangan yang baik

pada Nuar..cari-carilah isteri yang boleh dijadikan ibu pada anak2..keh.keh..

atikNAOshi said...

selamat hari ibu kak...
saya tengah carik hadiah untuk mama saya ni :)