Hari ini saya ke Sifataali, kalau ikut jalan lama 300km dari Keyseri. Suami meminjam kereta salah seorang saudaranya. Minyak di Turki cukup mahal. RM5 satu liter. Jadi kereta mercedes S320 itu menelan RM500 untuk memenuhi perut tanknya. Kami melalui jalan pergunungan di mana pokok daisy berwarna kuning memenuhi setiap jalan. Memang cantik. Sesekali kami berhenti di pinggir jalan. Minum dari air gunung yang disediakan di situ. Suami berasa begitu seronok sekali kerana kata dia kali terakhir dia ke sana 8 tahun yang lalu, bersama arwah emaknya menikmati hot spring . Jarak antara satu kampung ke satu kampung memang agak jauh dan setiap jalan masuk ke kampung dipapan tandanya ada diberitahu berapa ramai penduduknya yang ada.
Di Siftaali (penduduknya 11 ribu) hajat makan ceri termakbul tetapi ceri jenis di sini kecil-kecil belaka. Sekilo ceri RM10, strawberi RM8 di sini. Kami mengunjungi kakak suami yang sudah berpindah ke sana kerana menemani anak yang mengajar rekaan fesyen di sekolah (pelajar 15 tahun ke atas yang tidak begitu berjaya akan di ajar mata pelajaran ini).
Ada perkara lucu berlaku di rumah kakak ipar saya. Saya memang tidak fasih berbahasa Turki, hanya faham sedikit-sedikit sahaja. Bahkan dialeknya yang berlainan menyukarkan saya. Seorang jiran kakak ipar datang membawa puding beras dan memeluk saya tanda pengenalan diri. Dia bercakap terjerit-jerit dan begitu dekat dengan saya. Saya yang tidak faham hanya tahu bercakap tamam, tamam..
Rupanya jiran tersebut pekak. Dia ingat kerana dia pekak dia tidak mendengar jawapan daripada saya dia bercakap lebih kuat. Sedangkan memang saya tidak bercakap pun, saya hanya senyum-senyum sahaja. Dan apabila dia pulang baru dia sedar. Saya sebenarnya bukan orang Turki itu pun selepas kak ipar memberitahu..ada rupa orang Turki ke saya..ha.ha.

6 comments:
Dia ingat kerana dia pekak dia tidak mendengar jawapan daripada saya dia bercakap lebih kuat. Sedangkan memang saya tidak bercakap punhahahaha...terbayang dah! lucu sih :D
lawak lar Kak Yati ni...!hheheh
eh bestnya bleh bljr fesyen erk..klu kat msia, nak bljr fesyen kene byr mahal2 kat kolej swasta kan?
kak yati..mesti cantik pemandangan kaw pergunungan kan. akak ada ambik gambar tak?? nanti boleh le masuk blog.hihi
p/s..nak tau tak nape org tu ingt akak org turki??sebab rasa kasih dan sayang dari suami akak tumpah ke wajah akak. so air muka dia ada terbias kat wajah akak.hihi
Salam Kak Yati,
Mahalnya harga minyak kat turki.. RM5 per liter. Kita Rm1.80 per liter. bertuah kita duduk Malaysia :D
Syukur...
Lawak la akak, mesti dia igt akak org turki..kekekekeke... ada rupa la tu kak heheheehe..
tu dia.. mahalnya harga petrol kat sana. minum air gunung, mesti byk manfaatnya yea.
wah.. ceri dan strawberri tak mahal sangatkan.. akak makan puas2 yea.
hahaha.. lawaklah cerita jiran tu...
Post a Comment