Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, May 25, 2009

BUNGA MAGNOLIA

Ini dia bunga magnolia.

Sekarang adalah waktu untuk melepak dan bershopping. Masuk ke satu kedai ke satu kedai. Saya terjumpa satu Factory outlet yang menjuall barang-barang berjenama seperti levis, esprit dan sebagainya dengan mengikut kilo. Sekilo TL25. Saya mengutip baju dalam 8 helai untuk pembantu rumah saya, ojan dan adik-adik saya. Apabila ditimbang cuba berhargaTL39. Murahkan!
Saya sempat masuk ke pusat billard kepunyaan seorang rakan suami. Lelaki itu bercerita mengenai krisis ekonomi yang berlaku menyebabkan dia kehilangan RM4 juta dalam perniagaan textile. Sekarang dia mengusahakan pusat billard. Pusat itu memang besar, ada lebih 20 meja billard dan dibawahnya ada cafe bersama 4 skrin besar telivisyen. Kalau ada perlawanan bola sepak, cafe tersebut sudah pasti penuh. Sahabat suami saya itu sekarang menghidap kanser prostat tetapi apabila bercerita dengannya dia begitu positif dengan kehidupan dan saya berasa bangga dengan sikapnya yang sebegitu.
Dan petangnya suami dengan kereta membawa saya ke kampung, mahu mencari pokok ceri untuk saya bergambar, sepanjang jalan kami berjumpa dengan ladang peach, suami menawarkan diri untuk berhenti tapi saya menolak dan kemudian saya menyesal!
Namun syukur saya dapat bergambar dengan pokok ceri. Lepas penat posing sana sini saya akhirnya suami memberitahu ada satu restoran istemewa yang pasti saya akan suka katanya.
Dan apabila saya masuk, rupanya restoran itu menyediakan daging panggang dan kambing panggang! Saya rasa mahu meraung..ha.ha(saya tak makan kambing).
Dan Qaisara hanya makan yogurt sahaja kerana katanya daging panggang tersebut busuk.!
Dan malamnya ketika saya tidur, suami menyelinap keluar. Tapi saya tidak kisah kerana saya tahu dia mahu berjumpa dengan kawan-kawannya. Dan pada pukul dua belas malam, suami saya mengejutkan saya dan meletakan sekuntum bunga mongolia yang cantik dan wangi di tangan saya. Rupanya dia keluar semata-mata pergi memanjat pokok mongolia dan memetik bunga tersebut untuk saya!!

Bila saya tengok pokok magnolia yang dipetik bunga oleh suami, mak datuk tingginya. Kata dia pada waktu malam sahaja dia boleh memetik pokok tersebut kalau waktu siang bandaraya nampak habislah dia kena hambat..ha.ha..

18 comments:

yatie chomeyl said...

ooo mcm ni bunga magnolia..baru tau. selama ni dengar nama je :)

Leeza said...

salam akak...
cantiknya bunga magnolia....bestnya. za save ye dalam pendrive za untuk koleksi bunga n pokok utk bahan mengajar za. Bestnya, memang romantik suami akak tu....kira memanglah uncountable lova-lova.

wanupeh said...

salam kak yati...

^__^
cantiknya bunga magnolia tu...first time saya tgk...hihihi...

seronok bila baca kak yati gembira kat turki...ni yg mcm nak gi jalan2 kesana nih...dan tak sangka ya...kak yati...pak seyit ni romantik juga...
^__^

Deeeee said...

Salam Kak Yati,

Wah.. romatiknya.. cayalah.. siap panjat pokok tu kak..

Cantik bunga tu.. baru taw ada bunga tu mcm nama aiskrim.. kekeke...tiba2 rasa nak makan aiskrim magnolia.. Jom makan aiskrim...

Dina Islam said...

salam..
heheh.. mujur tak jatuh pak seyit akak! mesti tersentuh giler kan akak!

ain said...

aduhai...romantiknya suami kak yati!!
payah tau nak jumpa suami yg cam tu, sanggup manjat pokok tinggi2 mlm2 buta lg....

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

SO SWEET...but risktaker betol! :D

MyHasla said...

salam kak yati,

seronok baca citer2 kak yati kat sana. every day singgah blog akak tunggu citer2 baru! love to read them.

Cantik bunga magnolia. kirim bawak balik malaysia boleh??? hehehe!

Zila said...

Romantiknya....patut le novel romantik menjadi...berkongsi hidup dgn lelaki romantik ....hehehe

Umie said...

romantiknyer suami kak yati...memang sungguh2 dia petik bunga tu...

me said...

waduh² sis...romantik bangat nih..

ini bole mendatangkan jeles..hahaha
tak de lah, gurau je... ;P

lawa bunga tue...denga nama je tp tak tau rupa bentuknya cm mana...

Unknown said...

best nya dpt bunga magnolia !
sian Qaisara tak lapar ke tak makan, ke ade makanan spare di blik hotel?

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

yatiechomeyl bunga magnolia ini macam bau bunga kenanga aje..

Liza, kadangkala romantis dan kadangkala angin..ha.ha..biasala adat berumah tangga

Wanupeh kata pak seyit nanti kita bawak wanupeh jalan2 di turki keh2

Dayah aiskrim kat turki sedap tau, dia sedikit likat kalau ada lubang digigi bagus tu..keh2

hueda..mata mengantuk..tengok2 bunga tu terus lelap balik bangun tidur baru le belek2 ...teruk punya isterikan..

Ain di Malaysia ia da berkali2 janji nak petik magnolia utk akak tapi tak tau pulak dia petik betul2

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Nuar..lelaki selalu buat sesuatu kita tak jangka..keh2

Myhasla..nak bawak balik boleh, tapi layulah tengah jalan..he.he

zila..ha.ha..kalau tak kahwin ngan suami pun cite akak tetap romantik..

umie..dia memang macam tu suka buat benda2 kita tak fikir

sara..bunga tu skrg merata2 di Turkey terutama di bursa

Kakyong..
Akak ada bawak koko crunch dengan bubur cendawan champells dari malaysia untuk Qaisara di makan dengan roti

Mummy Hanan said...

Salam ,

Eh,,romantiknya hubby awak tu...tak terbayang kpd saya macmana dia panjat tu ye...tp nasib awak le tu...bunga tu cantik lah....

Sekarang masih sejuk ke ?

ibu aira said...

salam kak yati..

romantiknya pak seyit..

harapnya romantik dan kebahgiaan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat...

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Mummy Hanan sekarang musim bunga tapi cuacanya berangin dan malam kadangkala sampai 10darjah..sejuk gila..

Ibu aira..
Kadangkala aje suami buat perangai tak betul dia..ha.ha.ha..
Insya-ALLAH itulah yang kita harapkan bahagian ke akhir hayat..amin

idasm said...

hehehe..ida senyum sengeh bc kisah akak ni... hehehe.. geli hati part restoran tu... tp jiwang pulak part bunga magnolia tu.. wah.. tegar sekali suami akak petik bunga tu.. demi isteri tercinta... hehe...lagi satu suka bila suami akak offer utk berhenti nak bg peluang utk akak bergambar.. sporting gitu!!!