Hari Ahad yang lalu saya collapsed semula. Langsung tidak boleh bangun. Solat pun duduk, jam 4 petang suami saya memaksa saya bangun. Kata dia, jom mari potong rambut. Dia memang tidak suka saya berambut panjang. Kata dia geli tengok perempuan berambut panjang, berminyak dan tidak berjaga. Huh! Tahulah dia tak banyak rambut. Cemburu dengan orang yang banyak rambut!
Saya gagahkan untuk bangun, pergi ke Metro Kajang. Sementara menunggu rambut saya dipotong suami dengan Qaisara berjalan-jalan di Metro Kajang, masuk satu kedai satu kedai. Kemudian Qaisara membawa balik sesuatu. Melolot mata saya melihatnya sedangkan dia tersengeh-sengeh tanda seronok.
"Untuk siapa ni?"
"Untuk Babylah.." balas suami. Kadangkala kami memanggil Qaisara Baby.
"You ajar dia pakai benda ni .."
"Apa salahnya, dia bukan baligh lagipun.." Selamba sahaja suami.
Aduh..anakku, anakku..babanya sama aje, ikut sahaja apa anak mahu! Saya tahu Qaisara selalu teruja memakai benda ini kerana sering melihat mami Ah Kua memakainya.
Saya gagahkan untuk bangun, pergi ke Metro Kajang. Sementara menunggu rambut saya dipotong suami dengan Qaisara berjalan-jalan di Metro Kajang, masuk satu kedai satu kedai. Kemudian Qaisara membawa balik sesuatu. Melolot mata saya melihatnya sedangkan dia tersengeh-sengeh tanda seronok.
"Untuk siapa ni?"
"Untuk Babylah.." balas suami. Kadangkala kami memanggil Qaisara Baby.
"You ajar dia pakai benda ni .."
"Apa salahnya, dia bukan baligh lagipun.." Selamba sahaja suami.
Aduh..anakku, anakku..babanya sama aje, ikut sahaja apa anak mahu! Saya tahu Qaisara selalu teruja memakai benda ini kerana sering melihat mami Ah Kua memakainya.
Pengilat kuku ini memang biasanya dipakai oleh orang2 Turki sejak dari anak-anak. Bila yang perempuannya cukup umur mereka akan pakai bila tidak bersolat. Cuma di sini, pengilat kuku belum membudaya dan kita sering dihambat perasaan bersalah bila mahu memakainya.
Kemudian selesai saya memotong rambut, suami mengajak saya membeli sesuatu. Kata dia, Qaisara mahu membelikan saya kasut tetapi mereka berdua tidak tahu size saya. Kata suami kasut yang dipilih Qaisara itu cantik dan kalau saya tak suka, pakai sahaja di rumah. Tetapi bila saya tengok kasut yang dikatakan cantik itu. Mata saya terbeliak. Ini kasut yang dipilih oleh Qaisara dan babanya, udahlah suruh dipakai di rumah pulak kalau saya tak suka! Rasa nak ketawa berguling-gulang masa itu juga!
18 comments:
hehe.. lawaklah akak sekeluarga. agaknya suami akak teringin tengok akak pakai kasut tinggi kot...
hehe... qaisara tu.. takpelah sekali sekala dia nak lepas gian kot.. hehe..
seronoknya akak dpt pelawaan potong rambut.. kalau ida agaknya ibarat tunggu bulan jatuh ke riba kot.. jgn berangan nak berambut pendek... tak pernah diluluskan oleh suami.. nasib le..
akak take care....
lama tak gi metro kajang... last masa sekolah kat jalan bukit dulu.. balik sekolah mesti lepak kat situ... hehehe
amboi cantiknya kasut yang qaisara pilih tu...kalau rumah zaid banjir akak datang la pakai kasut tu... gerenti tak kena air banjir hehehehe... melawak je.. :)
Adoiii kak NB..pagi2 lagi dah buat intan ketawa berdekah-dekah..hahaha..lawak gilaa la qaisara dan husband kak NB ni..ada ker nak suh pakai kasut mcm tu kat umah hahahaha..adooii..lucu batul kak oiii..
hehehe..klakar la akak sekeluarga ni..mcm best je..qaisara pun comel..yg xtahannya kaxut tu..boleh ke nak pakai kat rumah?? akak jadi beli ke kasut tu??
hehe, baiknya qaisara, ingat kat mama dia...habis tu, jadi beli ke x kasutnya?
kelakar la n3 akak kali ni. qaisara pun dh pandai melawa gak ekh. abis tu, akak beli tak kasut yg gleme tu. mesti cun bila akak pakai kat dlm umah..tup..tap..tup..tap bunyi heel kasut nanti.hihihi
p/s..take care!!!!
Assalamualaikum...Puan Yati...I think both of them nak beli weapon untuk you baling pada peragut or anjing...kot...Silap-silap haribulan teak sempat nak mengucap...kalau kena baling...I'm just thinking positive about the shoes....klakar betul le...
salam kak NB,
lawak btol pg2 ni baca entry akk...
hehehe..
akk tak tanya ke kenapa derang memilih kasut tue?hehehe..
adeh...sara yg ada kasut bertumit pn last2 memilih sandal jugak.. :)
*kalo akk pakai kasut yg qaisara pilih tu mst akk sama tinggi ngan abg seyid...hehe
kak yati
get well soon ok...
btw, cantik la kasut yg Qaisara pilih tu hihihihihihi...nampak rumaja kembali
salam yati....
hahaha...gelak dlu tu(sowi..)
tapi pe2 pun mmg cantik pilihan qaisara ngan babanya...
pe salahnya melaram aje ah kat dalm rumah..kira cam praktis kalo dah tebiasa nanti blehlah pakai terus....
anak2 ni mmg dia suka kita cuba yang baru...mungkin yati x pernah pakai kasut tumit sebelum ni...
jadi qaisara teringin tgok ummi dia mengenakan kasut bertumit...hehehe
x salah kalo nak amik hati mereka cuba ajelah...
kita sebagai ibu mmg cuba sedaya upaya menjadi ibu yang terbaik vat anak2 kita....insyaAllah (^_^)
cayang cokmo2..
ala kak yati cantiknya kasut..agak2 macamana kak pakai ya,bila berjalan?ala kak pakai waktu jemputan kawin ke,apa2 majlis lah kak..or simpan untuk qaisara pakai..semoga kak cepat sembuh ya..
salams akak...
mestilah gelakkkkk..hahahaha.lawakla.camner teta dgn baba boleh terpikir nak belikan kasut tu?Sebenarnya nak hiburkan hati orang yang tengah demam tu....good terapi la kak.n citer akak kali ni good terapi for me yang dah naik angin dgn anak buah yg ponteng sekolah 2 hari dah.....
Ida salam..dia orang berdua ni memang selalu buat cerita kartun, baba dengan qaisara kadangkala memang kepalanya begitu. Suami memang tak suka akak berambut panjang dan setiap kali nak gunting rambut dia akan bawak akak ke salon..
Zaid salam...yelah pakai kasut kat umah ko banjir macam tu, akak dgn kasut tu pun hanyut sama..
Intan suami akak tu kalau intan nak tahu kadangkala akak panggil dia Mr Bean, suka buat lawak yg entah apa2..ha.ha.ha
salam umie..tak adanya akak nak beli kasut tu, siapa nak pakai? Esok ada pulak qaisara yang bergaya ngan kasut tu..
Salam yatiechomeyl, konon2nya itu hadiah hari ibu dari qaisara utk uminyala..tak beli pun..akak tak pakai..buat apa membazir..
Ain salam, qaisara memang suka melawa..tapi makeup akak jarang benarkan dia pakai tapi baba dia suka sangat belikan, belikan lipstiklah..
Salam watierman
jiran rumah memang ada bela anjing tapi anjing tu jinak2, qaisara pun suka..tapi mata para suami ni kadangkala pelik sikit..apa yg kita tak suka, itulah dia nak belikan..
Sara salam. idea ini tak tahulah idea suami atau anak, tapi qaisara tu memang suka kasut bertumit tinggi tapi akak tak benarkan dia pakai lagi buat masa sekarang..
salam casper thanks..
memang cantik tapi akak tak suka pakai high heel walaupun wedges
salam k.yati...
rindunya lama tul xmenjengah.. bz melayan tia yg baru pandai berjalan... asik dok kejar dia jer...:)
kelakarlah Qaisara ngan baba dia tuh.. hehehehe xdpt saya bayangkan k.yati yg very simple person ala2 vogue gitu.. tp kalau sesekali apa salahnya.. hehehehehe
salam kak yati. baru baca n3 akak. Lawak nya kak. saya tergelak sorang2 depan pc.
salam,
Hemm, Puan Yati, jgn mare ye, sya pun ketawa tengok kasut tu..wui tingginya...mcm mana nak pkai kat umah ye... sya pun mcm awak tak suka pkai yg tinggi2 tu... sya dpt bayangkan awak berjalan mcm org jepun pakai bju kimon siap ngan bajunya sekali...hahahaha buat lawak betullah hubby n anak awak tu ye....
Post a Comment