1.Di sini terutamanya di Keyseri, Kapacali, Salfatli bandar dan kampung berdekatan, bahasa Inggeris memang tak laku. Bercakap macam ayam dengan itiklah kita Ketika saya bercakap dengan suami di sebuah kedai, sepasang suami isteri berbual sama sendiri, mengatakan yang saya ini Orang Arab Saudi..pulak dah.
2.Ketika menunggu urusan suami membuat urusan menukar geran tanah. Seorang lelaki tua menarik tangan Qaisara. Ya.bakim..(mari sini) kata dia. Saya terperanjat, apatah lagi Qaisara. Rupanya lelaki itu mahu mencium Qaisara.
3.Qaisara sudah kena sindrom hello kitty, nampak sahaja gambar Hello kitty di jaket, baju dan seluar di Bazar. Dia mesti cakap dengan saya.
"Umi i want this.." Macam umi dia cetak duit. Ha.ha.
"Umi i want this.." Macam umi dia cetak duit. Ha.ha.
4.Terung banyak digunakan dalam masakan daerah sini, mana-mana saya pergi ke rumah saudara mara mesti terung dihidangkan. Tapi terung di sini cantik dan tidak berbiji. Saya belajar memasaknya. Dua hari di sini badan saya letih tapi gembira.
5.Setiap kali berita di telivisyen selesai di Turki, akan disiarkan pembunuhan 47 orang di daerah Kurdis di East Turki. East Turki masih berpegang, darah pasti dibalas dengan darah. Di majlis perkahwinan tersebut pengantin perempuan di dendami oleh seorang lelaki yang berahi terhadapnya. Lantas dengan 6 orang saudara maranya, mereka menembak pengantin perempuan dan saudara mara yang menghadirinya (penembak itu adalah salah seorang jemputan). 47orang terkorban. Menitis air mata saya melihat mereka menari kegembiran di hari perkahwinan tersebut dan kemudian ditembak tanpa belas kasihan. Cuma yang hidup ayah pengantin perempuan. Ramai kanak2 dan wanita terkorban.
6.Salah seorang anak buah saya bekerja di salon di sini. Mereka beria-ia menyuruh saya mewarnakan rambut. Suami saya? Bukan dibantunya saya menolak pelawaan tersebut bahkan beria-ia sama mengajak saya hari ini ke salon untuk mewarnakan rambut. Pulak dah..ha.ha. Dan apabila saya beria2 menolak rambut qaisara pulak mahu diwarnakan..
7,Saya tengah menunggu suami di hadapan dewan bandaraya, di tengah padang. Menghadap masjid di mana arwah bapak mertua saya menjadi muazim dan kadangkala imam selama 18 tahun...
8.Qaisara tengah berposing dengan jaket hello kittynya sambil mengejar burung..balik nanti saya letak gambar dia ya..cuaca di sini nyaman seperti di Genting. Petang kami akan ke Bursa menaiki bas selama 10 jam. Tidak ada kapalterbang dari Keyseri ke Bursa. Ingat malam tadi mahu naik keretapi, menyewa satu bilik untuk kami sekeluarga tapi urusan tanah belum selesai lagi. He.he.nasib ada Wifi di tengah padang ini. Wifi Swiss.com. Tibai ajelah..

8 comments:
alamak kak..kalau misai tebal intan xnak lah..kat penang pun byk hahaha
seronok ye kak kat sana...terutama tentang cara hidup dan budaya kat sana..mmg lain kan..
qaisara nak warnakan rambut? hehe..kan rambut dia dah perang semulajadi..tak perlu warna pun dah cantik..hehe
PULAK DAH... yer kak? hahahaha :D
keep on wifi..hiks ;)
aduhai kesiannya pasal kes kat rumah pengantin tu. Tega nya org yg buat tu kan?? ishhh ..
alamak kak.. jgnlah diwarnakan rambut teta tu.. sebab rambutnya dh ori brown.. lagipun boleh rosak kalau diwarnakan.
seronok pulak baca ayat akak.. 'pulak dah..".. hehe sekejap org turki, sekejap org arab yea kak..
aduhai.. ngeri dan pilunya mendengar kisah pembunuhan dendam kesumat tu... alangkah zalimnya...
kak.. nanti balik mesia.. akak upload pix plak yea... hehe
wah...padat sungguh jadual kak yati. apa2 pun enjoy ye kak!
yeah.. keep wifiing us ye kak...hahaha..
hehe.. qaisara macam saya. kitty maniac. even i already 20th. wee!!!
kak yati..
suka baca catatan perjalanan ni.. hopefully sentiasa ada wifi... ;)
Post a Comment