Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, June 1, 2010

NOVEL DUET (2 NOVEL DALAM 1)


PESANAN QADIR JAILANI (NORHAYATI BERAHIM)
"Tok Saat tak bayar duit abah?”
Cantik sungguh bunga alamanda yang abah ukir. Macam hidup sahaja. Dalam hati Hajar memuji. “Mana Hajar tahu?”
“Tahu… Dia tu memang suka berbangga-bangga. Kemudian tak bayar duit kita. Jahat, kan abah?”
Abah terdiam. Hajar menenang muka abah lama. Akhirnya terdengar keluhan dari mulut abah.
“Mungkin dia bercakap benar. Kenduri-kendara ni memang banyak pakai duit. Itu yang dia tak dapat nak bayar duit abah. Mungkin bila-bila dia ada duit nanti, dia bayarlah. Tapi syukur, duit kayu, batu bata, dia dah bayar. Tak mengapa…”
Abah semuanya tidak mengapa. Bagi abah, semua orang ada masalahnya sendiri. Aduh… kalau semua orang macam abah, agaknya ramai orang di muka bumi ini jadi jahat dan mengambil kesempatan.
“Abah pergilah minta duit dekat dia abah. Tok Saat bohong tu, dia banyak duit. Tapi sengaja tak mahu dengan abah. Kalau Hajarlah, Hajar dah pergi serang dia..”
Sekali lagi perkataan ‘serang’ keluar dari mulut Hajar.
“Dalam hidup kita tidak perlu terburu-buru Hajar. Padah kelaknya. Masalah tidak boleh diselesaikan dengan amarah. Kalau marah sudah menguasai diri, perkataan yang keluar dari mulut kita akan mengores hati orang lain. Bila hati sudah tergores dengan kata-kata. Percayalah, ianya tidak boleh ditarik balik dan kesannya akan sampai bila-bila..”
Abah kalau menasihati memang Hajar tidak boleh berkata apa-apa. Segala apa yang keluar dari mulut abah, semua perkara yang benar.


TERAWIH TERAKHIR (ANUAR KAMARUDIN)
Sekejap sungguh masa berlalu, tinggal lima minit lagi untuk berbuka puasa. Sudah dua hari pula Anwar yang dalam keadaan koma itu tidak bertarawih. Terawih yang sentiasa dijaganya, tidak mahu terlepas hatta satu malam pun sekalipun. Namun apakan daya...
“Nuar, kejap lagi dah nak berbuka ni. Aku tahu kau mesti dengar. Kau bangunlah Nuar... Dah dua hari kau tinggal terawih. Boleh kita pergi terawih sama-sama. Kau cakap je dekat masjid mana pun kau nak pergi, aku bawak kau, okey? Ingat tak kau pernah kata pada aku yang kau mahu bertarawih di madrasah kampung di hujung-hujung Ramadhan. Kau bangkitlah sahabatku...”
Qushairi berbisik di telinga Anwar yang terkatup rapat matanya. Namun Qushairi percaya, pancainderanya yang lain masih mendengar apa yang disampaikannya tadi. Maghrib sudah masuk waktunya. Qushairi menjamah sebiji buah tamar sebagai syarat membatalkan puasanya.
Qushairi menggenggam lembut jari-jemari sahabatnya itu kemudian di telinga Anwar, dibisikkan azan. Sayu sahaja bunyinya laungan azan yang dibisikkan Qushairi. Antara tenggelam timbul sahaja dengarnya. Sebaik sahaja azan selesai dialunkan, Qushairi panar. Ada titisan air mata meleleh dari kelopak mata Anwar.
“Kau menangis, Nuar? Kau dengar azan yang aku bisikkan? Bangunlah Nuar... kita bertarawih bersama.”
Qushairi menangis. Lelaki itu menangis untuk pertama kali dalam hidupnya. Tidak pernah dia merasa terlalu sedih dan tidak terbebat rasa sayunya. Melihat sekujur tubuh layu yang statik di hadapannya itu adalah sahabat baiknya sendiri. Sahabat yang bukan sahaja menghulurkan tangan andai dirinya memerlukan bantuan, tetapi meminjamkan segala kudratnya untuk menolong dirinya sehabis daya.


13 comments:

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...
This comment has been removed by the author.
Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

jim baca sikit petikan Terawaih Terakhir tu pun leh wat jim menitik air mata..Tema persahabatan yg KUKUH tu mmg mampu wat pembaca mengalirkan air mata..

penulis senior dan junior dh bergabung, sure MELETOP!!

amboi kak! Hijau kmain cover buku..
idea bunga tulip tu idea Mr.Seyit kan?
hahaha..

jim ade tgok few cover yg uncle wat sblum ni..kikiki..

Fazlinil Irma said...

kak yati.. td sy jalan2 di Regent's Park.. sambil berjalan terdetik dalam hati.. mana satu ya rumah manja :)

Nor Azlina Yusof said...

Tahniah kak..tak sabar nie...agak2 bila blh beli..sori ek kak Yati..ter promote awal dr akak buku ni kat blog Aween

En iLHAM said...

wah..ni mesti beli ni
xsabar nak baca
wpun dah baca terawih terakhir kat blog Ak,tapi still nak bace lagi
hehe
dah boleh beli online kak???

IntanSham said...

wahhhh...novel baru lagi... dah blh beli online ke kak??? x sabo nihhhh

SyuQ said...

x sabar menanti... :-)

nas azahari said...

YG BELI HARI TU PUN TAK HBS BACA LAGI..DAH EKLUAR BARU..MMG STOCK AKAN BERTAMBAH BYK LAH..TGGU CUTI BACA SAMPAI LEBAM

Intanaziela said...

tak sabar...tak sabar...sungguh tak sabar..bila agaknya boleh beli ni kak yatie... :)

Mama Nazhan said...

salam kak yati..nextweek dah bleh beli ke novel baru ni? saya kompem nak ke sana..insyaAllah petang selasa ke nbkara...

Azlina Ahmad said...

Salam Kak Yati. Kak Yati buat hari Jumaat hari pengisian rohani, apa akak buat satu hari lagi untuk tips penulisan? Mana tahu akan lahir anak buah baru dari tunjuk ajar akak. Hehehe. Terima kasih

NUN@ said...

kat kb mesti tak sampai lagi ni? jhah nk g tengok arini jugak..tak tdo mlm la kalau tak dapat baca ni!!

me said...

sis...
dh de lam market lom ni?
x sabo dh nk beli & baca...sjk 2 3 menjak ni mud membaca menjadi²...ngeee