Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, June 2, 2010

ARNAB SI TETA

Saya memang sukakan bintang terutamanya kucing. Tetapi disebabkan saya sudah letih untuk bersedih bila kucing saya mati, saya tidak mahu memelihara mana-mana kucing. Kecuali kucing fakir miskin yang datang berkunjung di belakang rumah memang saya sediakan makanan. Namun baru-baru ini Qaisara mahu memelihara arnab. Kebetulan Fadhilah sahabat saya ada menjual arnab dengan harga RM20 seekor. Murah tau!




Ini dia taukeh arnab Fadhilah Maarif. Banyak sungguh arnab yang dipeliharanya. Kebetulan ketika kami datang, salah seekor arnabnya baru melahirkan. Kalau nak tahu dia menamakan arnab-arnab peliharaannya dengan nama watak dalam novel-novel saya. Ku Pianlah, Jasmine, Chinta dan sebagainya.


Pilih-pilih di mana satu nak? Comel-comel semuanya sampai saya susah nak memilih. Tetapi yang berwarna hitam itu tidak boleh dijual, sebab kata Fadhilah dia tidak ada baka yang itu.



Dengan sebulat suara, saya, Qaisara dan bibik telah memilik yang ini. Kami namakan dia Bintik. Hakim tengok macam nak makan sahaja si Bintik. Ha.ha.




Seekor lagi yang ini. Nama asalnya kami kekalkan iaitu Kentang. Ojan pun suka bermain dengan arnab. Tak sabar menunggu dia besar.


Jom balik umi! Kita dah dapat Bintik dengan Kentang. Tak sabar-sabar Qaisara mahu bermain dengannya.
Qaisara bangun pagi sahaja sudah membelek si bintik. Bintik agak cergas sedikit dibandingkan dengan Kentang. Di mana-mana pun Qaisara bawa si Bintik ini sampaikan diletak atas katil bibik, menyebabkan bibik menjerit.



4 comments:

idasm said...

salam kak yati. lamanya ida x online. hehe. nampaknya kena buat marathon lah ni.. hehe..

1. wah.. teta dh ada bintik n kentang ye. tentu dia excited kan. tahniah ye qaisara... hehe.

2. kak, tahniah di atas kelahiran baru. cayalah kak. kalau siti ada CTKD, akak ada NBNK. hehe. cantiklah cover kak. ida suka. nampak tenang sangat.

3. akak tahu tak. kat ganukite, xde kuih koci ni. hehe. sedap kuihnya kan, ida pernahlah makan..

4. akak ni memang kreatif, nasi himpit pun boleh dipelbgaikan ye.. hehe..

5. ha, ni lagi satu, sukun, rasanya kat ganukite xde jugak.. hehe. goreng pisang n goreng ubi byklah. tp tima kasih jugak bg petua.

6. kak, nasi goreng kesukaan mr. seyit tu nampak menyelerakanlah kak. kelakar pulak bila akak bercerita pasal nasi goreng kedai mamak tu.. hahaha.. x basuh sebulan... ish.. x leh byglah kak.

kak... take care...

Leeza said...

Salam pagi....
cutenya arnab2 ini. Nama pun unik. Suka sekali Teta dengan haiwan kesayangannya.Lucu pulak bayangkan Bibik menjerit bila arnab diletak di atas katilnya....hahaha.

Marzalina said...

comelnya arnab...comel sgt!! tapi intan jenis penakut nak pegang hehe..kucing pun takut nak pegang apatah lagi arnab! tapi intan suka tgk..=)

GreenJade said...

comel2 nye..nama2 mereka pon comel2 jek eheheh