Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Sunday, June 13, 2010

KENDURI KAHWIN

Sekarang musim cuti sekolah. Di Malaysia ini kalau cuti sekolah, maka banyaklah kenduri kahwin yang harus dihadiri. Baru-baru ini saya menghadirkan diri di kenduri kahwin sepupu saya di Dewan Taman Medan Baru Petaling Jaya. Punyalah susah mahu mencari Dewan ini sampai sesat beberapa kali dan beberapa kenduri kahwin yang kami jumpa barulah berjumpa dewan ini.




Saya kalau pergi kenduri kahwin, saya datang, makan dan cabut balik. Amat jarang saya tunggu pengantin bersanding. Sudah jadi tebiat saya tidak gemar melihat pengantin bersanding sejak dari kecil lagi. Pernah saya beritahu arwah emak.
"Apa bodohnya orang duduk macam tu dan semua orang pandang?"
Ha ha..budak-budak masa dulukan tetapi anehnya sampai sekarang perangai itu saya bawa. Apatah lagi dalam keluarga saya, tidak pernah terjadinya persandingan apabila setiap ahli keluarga kami berkahwin tetapi tidak pernah bersanding.




Tengoklah anak-anak saya ni. Belum pengantin bersanding dia orang dah buat macam-macam atas stage. Danish, Qaisara dan Balkish. Dah macam boria pulak mahu mengadakan persembahan mereka bertiga ni. Ha.ha.

Ketika makan, pengantin datang. Dapatlah tengok persandingan yang serba ringkas ini. Cuma bagi saya kalau boleh biarlah anak-anak yang menjadi pengapit itu kita tukarkan memakai baju kurung. Bukankah lebih manis?


Apa yang dicerita oleh Seyit Kara dengan abang ipar saya ni. Bukan main khusyuk kedua-dua mereka tidak menghirau orang sekeliling.


Adik saya Ateh yang muka macam orang penat. Suami dia, adik ipar saya cari dewan ini tak jumpa dan terpaksalah Encik Seyit Kara pergi mengambil mereka. Ha.ha.sampai saya usik dia. Macamana ni? Orang Turki pergi ambil orang Malaysia di Malaysia. ha.ha. Oh bab jalan, Encik Seyit Kara memang terror.


Ojan dan Hakim pun turut serta. Hakim cuba menyorok sebab takut saya letak gambar dia kat FB. Ha.ha.


Haji khusyuk tengok orang bersanding sampai orang ambik gambar dia macam ni pun dia tak perasan. Ha.ha. Haji..Haji..


Peace lepas makan dah nak balik le!





3 comments:

Leeza said...

Suka tengok gambar Danish, Balqish dan Qaisara....warna baju sedondon....

Nor Ramli said...

betullah kak...byk adab dan hukum yg ditinggalkan bila tiba majlis reception/sanding...masa akad nikah terpelihara serba-serbinya...:) keluarga am pun tidak bersanding juga bila tiba majlis kahwin...:)

Marzalina said...

gambar kak nb..la paling sempoi..siap peace lagi hehehe