Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, May 31, 2010

JOM BUAT KUIH KOCI

Jom kita belajar buat kuih koci pulut hitam. Kuih koci ini dimakan panas-panas pun sedap, di masuk sekejap dalam peti ais pun okay aje. Tak susah membuatnya..



Ambil daun pisang, layurkan atas api dan kemudian potong begini.




Si Qaisara pun sibuk tolong lap daun pisang. He.he..



Santan di campur dengan garam , kacau di atas api sehingga naik minyak, jangan jadi tahi minyak sudah..



Kelapa parut dimasak dengan gula melaka untuk intinya.


Tepung pulut dicampur dengan tepung pulut hitam. Pulut hitam 1/4, kalau banyak nanti pahit pula. Gentel jadi begini dan masukkan inti. Celup di dalam santan yang dimasak sebentar tadi dan kemudian balut dengan daun pisang.

Kukus..



Siap untuk dihidangkan. Jangan malas-malas ya, boleh cuba buat.


Kata Qaisara lima bintang umi! Ha.ha.ha


18 comments:

Leeza said...

Kita buat lipatan segitiga untuk balutan kuih koci. Juga takde pulut hitam. letak pulut putih je. Cara membuat sama je.

fazlinil irma said...

sy kat sini malas nak guna daun pisang.. letak dlm bekas.. kukus.. jdlah badak berendam.. hehe..

umie said...

sedapnya..nak sikit..hehhe

catz said...

salam,

hi kak yati.
saya peminat novel2 akak..
:)
found your blog while blogwalking.
:)


thanks for sharing the recipe. memang sedap koci pulut hitam ni.
saya suka sejukkan dlm peti ais sebelum makan.
tapi belum pernah buat sendiri.

btw..nice blog.

salam kenal,

catz

SyuQ said...

i lurve kuih koci....

lg2 koci pulut hitam. sodappp

Lady Arween said...

akak..terliur la..lama x makan koci pulut hitam..nk plak kalu inti pakai kelapa yang sedang2 ja masaknya..terasa lemak n moist inti kelapa tu..haishhh

Intanaziela said...

aduh..sedapnya kak yatie..terliur..hahahaha

Mama Nazhan said...

sedapnya kak yati....kalau bulan pose mesti suruh hubby beli hari2... tp susah gak nak carik terutama yg pulut itam... akak buat la lagi...nextweek saya mai na.. :)

Sayang.Ibu said...

akak.. aritu kan blajo wat kuih koci labu dgn mak, sedapppp... blh try koci pulut itam lak pasni... :)

azwani said...

kak yati..tepung pulut hitam tu ada jual kat kedai ke? ke blend beras pulut hitam..hehe..tak tau..

Duke Luce Dell'amore said...

kak,pic last tu Qaisara nampak dh besar sgt!
hehehe..

NORHAYATI BERAHIM said...

kuih koci pulut putih pun ada kat sini za..sama aje, cuma pulut hitam ni lebih sedap tau..

fazlinil, ha.ha..yelah itu lagi senangkan, tapi daun pisang tu yang menambahkan aroma..

umie..boleh belajar buat..

NORHAYATI BERAHIM said...

catz salam kenal, thanks sbb datang menjenguk, ye.kuih koci ni memang sedap..letak dalam fridge pun sedap..

Syuq..kalau emak buat lagi sedapkan..he.he

Aween..memang, gunakan kelapa mudakan..memang sedap..he he

NORHAYATI BERAHIM said...

intan..jangan mengidam sudah..ha.ha.jenuh shamsul nak mencarikannya, tapi kalau intan nak..akak boleh tolong buatkan..

Bai, ha.ha..pandailah dia..suruh kita buat, nak cari daun skrg ni susah sikit kat kajang ni..

intan, adik akak yang bongsu terror buat kuih koci labu walaupun dia masih belajar di U lagi dan kuih koci ini pun dia terror

NORHAYATI BERAHIM said...

azwani ada jual tepung pulut hitam tu, kalau tak ada..ambil sesudu dua pulut hitam tu, kisar dgn mesin..boleh aje..

jim..memang macam anak dara dah, tapi baru 4 tahun..lambatnya dia besar jim..ha.ha

melissa said...

Salam kak Yati, mcm mana nk balut kuih koci tu cantek2 mcm yang kak Yati buat yea? n sukatan 1/4 tepung pulut hitam tu utk 1 tepung pulut biasa ke?

NORHAYATI BERAHIM said...

melissa, macamana nak cakap ya? adunan kuih tu kena ngam2 dengan daun pisang, sebenarnya senang aje nak lipat tu.
betul 1 tepung pulut 1/4 tepung pulut hitam..sbb takut nanti kuih tu keras atau pahit kalau banyak pulut hitam..

baby ryu zahid said...

terliur saya tgok kuih koci akak ni..berangan angan nak buat tp asyik bz jer..