Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, June 22, 2010

KELUAR MAKAN.

Hari Khamis lalu giliran saya membawa Ojan dan Hakim pula pergi berjalan-jalan dan menonton wayang sempena cuti sekolah. Yelah..sebelum itu saya membawa anak-anak buah di kampung ke wonderland. Kebetulan Ojan dan Hakim ke Langkawi bercuti dengan umi dan ayahnya. Jadi mereka tidak dapat turut sertalah. Kami ke Jusco Cheras Selatan sahaja. Makan sebelum menonton wayang. Mula-mula merancang untuk makan di Johnnys tetapi pekerja di situ menyuruh kami tunggu diluar kerana mahu membersihkan meja. Sedangkan ada beberapa meja yang masih lagi kosong dan sebahagian section itu ditutup. Mungkin tidak mahu mengotorkan banyak meja agaknya. Jadi kerana malas menunggu kami ke Rendang Opah. Nyata pilihan kami tidak silap.
Ha ha..Tengok si Teta macam nak pergi dinner lak ya. Dengan beg tangan warna pink lagi.

Nasi beryani untuk dua orang. Banyak sungguh lauk pauk dia. Ada daging kurma, ada ayam masak merah.

Ini lauk nasi beriani juga. Ada bergedel sekali.

Di pesan oleh dua beradik ini. Ojan dan Hakim. Mereka memang suka makan nasi beriani. Abang menyerahkan ayam kepada adiknya sebab Hakim tak makan daging lembu.




Ini lontong yang saya order. Mangkuknya amat besar sekali. RM9. Saya makan tak habis, Ojan dan Nurul tolong habiskan pun tak boleh habis.

Ini laksa Singapura yang dipesan oleh bibik.



Asam laksa yang disertakan dengan dua otak-otak dipesan oleh Nurul.



Tersengeh-sengeh Nurul sebelum dapat makan! Ha ha.



Air bandung cincau! Agak manis sedikit.



Rojak buah, untuk pembasuh mulut. Tapi tak habis pun sebab masing-masing dah kenyang. Berpuas hatilah dengan makanan di sini.





6 comments:

Marina Monroe said...

Salam NB, Comel betul si Teta..geram akak teguk dia, kecil2 dah pandai posing..just a suggestion frm akak, Teta memang boleh di pertengahkan utk model iklan..she has the potential..
Mungkin NB and husband tak suka kot, jadi maafkan akak yea.

Duke Luce Dell'amore said...

mknan kt Rendang Opah mmg xmengecewakan..sedap2 blaka..

tp masa jim keje kt jusco tu dulu, jim pelik sbb xramai org dtg mkn kt restoran tu..huhuhu..

maybe promotion xmenyeluruh kot?

Yazrina said...

aikkk.. dah tukar layout..?? awal akak update n3 hari nie.. blom subuh lagi dah ada n3..

Leeza said...

Rindu pada rumah lama...blog coklat. Yang baru ni pun cantik. Makanan tu menggiurkan...ada spaghetti tak kak, kat situ? Hehehe.

idasm said...

wah... rumah baru ye kak. cantik , ida suka.
nampaknya food kat rendang opah semuanya lazat dan sedap. ida x pernah singgah lagi kat situ. ada rezeki, boleh try lain kali.

kak, take care...

GreenJade said...

wahh cantiknye rumah baru ...beseri2

akok nih bikin cacing2 dlm perot saye mengamok2 nk makan lah ihiks