Saya berpusu-pusu turun dari bas. Dari jauh saya melihat Kaabah. Tiba-tiba bila beg di turunkan dari basa, saya sedar saya tidak membawa baju. Hanya sebuah plastik di tangan.
Alamak! Bagaimana saya mahu melalui kehidupan 2 minggu di Mekah? Tanpa baju ganti. Bukankah Mekah terkenal dengan panasnya.
Saya telek diri saya, saya masih bertelekung. Telekung yang cantik. Oh..saya memang suka telekong yang cantik-cantik. Menghadap ALLAH memang kena cantik. bagi saya. Mesti sama standard dengan baju yang saya bawa pergi jalan-jalan.
Dalam risau, saya tiba-tiba terasa beg sandang saya amat berat. Saya buka, saya tidak nampak jelas apa yang dalam beg saya. Cuma saya tahu beg itu penuh dengan duit.
Saya terdengar seseorang bersuara.
"Itu, duit tu banyak tu. Jomlah kita tawaf. Lepas tawaf kita beli jubah baru."
Saya sangat gembira saya berlari-lari mendapatkan kaabah.
Saya sedar ketika azan subuh.
Hati saya lapang. Gembira bukan kepalang.
Rindu dengan kaabah 2 kali yang telah saya kunjungi.
Beberapa jam kemudian, saya menerima surat saman. Dari seorang pengedar yang kami tamat perkhidmatannya. Mesti ada sebab saya lakukan begitu? Sana sini orang komplen buku nbkara tak ada. 2 tahun saya menahan rasa. Tak mengapa, demi penulis saya, demi penerbit lain yang mungkin menerima nasib yang sama. Saya akan lawan. Hati saya tidak gundah. Saya bersedia ke mahkamah. Mencari pengalaman baru.
Sesekali saya tertanya-tanya. Apa kaitan mimpi saya?
Orang kata, mimpi sebelum subuh mainan syaitan?
Tapi saya masih ingat beberapa mimpi saya.
Salah satunya.
Saya melihat seorang sahabat saya menangis. Terngiang-ngiang kata-katanya.
"Tie, akak dah tak ada sesiapa di dunia."
Saya melihat seorang lelaki dimandi dan dikapankan. Lelaki itu teramat kurus. Badannya merengkuk seperti lama terbaring. Siapa lelaki itu?
Kakak itu seorang janda, ada seorang anak lelaki sahaja. Saya berharap yang mati itu bukan anak lelaki itu. Ya.saya berharap. Tapi siapa lelaki yang dimandikan itu?
Saya tersedar. Azan subuh berkumandang. Saya bangun bersolat subuh. Berdoa tidak berlaku yang buruk-buruk terhadap kakak itu.
Namun pukul 7 dia menelefon saya, hati saya berdebar kencang. Saya mendengar dia menangis di telefon.
"Tie..akak dah tak ada sesiapa di dunia ini"
Ya ALLAH, jantung saya mahu melantun..
"Kak siapa meninggal?" suara saya menggeletar. Saya berharap sangat yang bukan anak lelakinya.
"Ayah akak Tie.." pengakuan itu amat melegakan saya.
"Akak kenapa ayah akak kurus sangat? Merengkuk pula tu?"
"Dia lumpuh dah lama, dia terbaring lama. Memang dia macam tu? Macam mana yatie tahu?"
Ya..saya tidak pernah melihat ayah sahabat saya yang nun jauh di Selatan.
"Oh..saya melihat dia dalam mimpi saya.."
Itu salah satu mimpi yang pernah jadi kenyataan. Ada beberapa mimpi lagi lagi yang berlaku sebelum azan subuh dan ianya menjadi kenyataan.
Apa makna mimpi saya ke Mekah tanpa membawa baju tetapi saya dalam keadaan bertelekong.
Kata Nik Fauziah, mungkin ada orang mahu memalukan saya. Tetapi tidak dapat kerana saya menutup aurat.
Saya tak tahu apakah andaiannya betul. Namun di hati saya benar-benar berharap begitu.
Saya berdoa, supaya ALLAH jauhkan fitnah dari saya sekeluarga.
Saya buat solat hajat Saya tahu ayah juga dikampung buat solat hajat untuk saya. Itu yang selalu dilakukan.
ALLAH lapangkan hati saya, ALLAH gembirakan hidup saya, permudahkan segalanya.
Hati saya lapang.
Saya tidak sabar ke mahkamah. Saya teruja.
Seperti kata kakak saya Maznah, segala pengalaman baru adalah baik untuk kau sebagai penulis.
Ya..betul kak. Dan saya mahu menikmati hidup ini seperti dalam mimpi saya ..
10 comments:
gud luck kak...
Allah Maha Berkuasa kak..berserah padanya. All the best kak!
kak...semoga Allah sentiasa bersama kak...
Salam kak NB,
Teruskan perjuangan. InsyaAllah, pertolongan Allah akan menyusul nanti.
Salam kak yati , sabar ya ...pasti ada sesuatu yang tersembunyi disini.Sesuatu yang indah suatu hari nanti mungkin.Kenikmatan dikemudian hari.Nisa doakan dari jb ya kak.From Jb with love.Hanisah hassan...
Salam Kak NB
ita x pandai tafsir mimpi..
tp mimpi sblm subuh salunya membawa petanda/petunjuk
mimpi selepas subuh baru dikatakan mainan syaitan/perasaan..
apa yg ita leh ckp..ye..akak akan didtgkan ujian oleh Allah..mcm akak ckp..akak dpt surat saman dari seseorg..
tp pcayala..petunjuk akak dpt menerusi mimpi tu..tmpatnya yang paling mulia..di Mekah..walaupun katanya x membawa sebarang baju..tp akak ada telekung yg cantik melambangkan keimanan akak kpd Allah swt..
kemudian..akak kata ada duit yang banyak..pcayala..selagi keimanan teguh kpd Allah..insya allah..kemenangan berada di pihak akak..
duit = rzki kan..
kalo bkn dari segi wang ringgit..tapi maybe akak menang dr segi keimanan / moral..
yang penting..akak bjuang utk kebenaran..
yang buruk dari ita, yg baik dari Allah swt..
akak mmg seorg yg tabah!
jim kagum ngan kekuatan akak..
honestly,mlalui blog akak,byk jim blajar erti hidup..
i'allah urusan akak akan dipermudahkn olehNya...
LAWAN KAK!
Salam Kak Yati,
Sejak berutusan email dgn akak tempoh hari, saya semakin tenang. Saya sentiasa ingat pesanan kak Yati, bila musibah tu dtg, kita terima sebagai muhasabah diri. Kalau kita ditimpa musibah di dunia, ada kebajikan yg kita dpt di akhirat. Saya doakan kak Yati mendapat kebaikan, jika tidak di dunia ganjaran yang lebih baik di akhirat. Amin!
Salam kak...
biar berjutapun tangan menghalang, jangan sekali-kali mudah mengalah. Akak selalu beritahu Za supaya jangan mengeluh dan berputus asa. InsyaAllah segala halangan dan dugaan ini menjadikan akak kian kuat .Kami sentiasa mendoakan segala yang terbaik untuk akak sekeluarga dan NBKara. Perjuangkan hak penulis dan penerbit tempatan. All the best kak...love u always.Love NB Kara novels forever.
huhuhu...sayu bc entri ni...whatever it is, semua orang sentiasa di belakang akak menyokong dan terus berdoa supaya segala-galanya berakhir dengan baiknya. amin ya rabbal alamin...
Post a Comment