Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, June 21, 2010

WONDERLAND

Cuti sekolah ini, saya pun bercuti sekalilah. Tapi kali ini cuti saya macam tak lengkap aje sebab tak ada Ojan dan Hakim. Ke dua-dua mereka pergi bercuti ke Langkawi dan saya pulang ke Melaka. Qaisaralah paling seronok sekali sebab dapat berjumpa dengan sepupunya, kebetulan sebelum Wonderland di Melaka baru sahaja di buka. Jadi saya angkut anak-anak buah saya ke sana.
Wonderland park ini, gempak aje pada namanya. Tapi tak ada apa yang wonder di sini. Kalau dibandingkan dengan Desa waterpark dengan Sunway Tambun lost world, rasanya di sana lagi seronok. Dengan bayaran RM30 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak, rasanya macam tak berbaloi lah. Lebih-lebih lagi airnya yang keroh dan agak kotor! Anak-anak buah saya, bibik dan adik saya Nurul bergambar sebelum masuk. Ramai weh..anak saya. Ha ha ha..
Tengoklah airnya yang keroh? Memanglah tempatnya di Ayer Keroh, masakan taman tema pun air nak kerohkan? Bila balik Qaisara dan bibik asyik mengaru sahaja.

Ini dia Balkish. Dia kalau lihat diluar suka menangis. Merajuk sikit menangis. Tetapi bila ada di taman tema ini, dia lebih berani dari Qaisara. Semua benda dicuba dan dia naik. Saya sendiri tak berani naik gelongsor yang tinggi tapi dia selamba sahaja. Tabik sungguhlah dekat dia!


Inilah Balkish! Tak sempat ambil gambar dia dah jatuh terjunam dan kemudian ketawa mengekeh. Perut saya yang melihat pun kecut. Dia selamba aje.



Tidak tahu kenapa kali ini Qaisara macam tidak berapa suka bermain gelongsor, dia hanya mencuba sekali dua sahaja. Mungkin terlalu tinggi dan panjang untuk kanak-kanak. Tidak macam sunway untuk kanak-kanak rendah sahaja.




Danish! Seronok sangat dia!


Adli yang mula-mula takut kemudian berani. Sebenarnya banyak gelongsor yang mereka cuba, cuma selepas nak dekat balik baru saya teringat mahu mengambil gambar.


Termasuk mengambil gambar dugung ini. Ha.ha.ha..




Salah satu permainan yang ada di sini.





Lepas bermain, anak ini masing-masing sudah kelaparan. Burger, chips, air dan sebiji epal harganya RM10. Rasanya makanan ini murah jika dibandingkan dengan Desa waterpark dengan Sunway yang harganya mahal berdentum!





4 comments:

idasm said...

oh ini yg akak update kat FB tu ari yea.. main air... bestkan... ida mmg suka main air. budak2 apa lagi... mesti seronok..

akak... jgnlah tulis dugung... tak sampai hati nak baca. akak xdelah godang sangat kak. berlambak lagi yg lebih godang... hehe...

idasm said...

oh ini yg akak update kat FB tu ari yea.. main air... bestkan... ida mmg suka main air. budak2 apa lagi... mesti seronok..

akak... jgnlah tulis dugung... tak sampai hati nak baca. akak xdelah godang sangat kak. berlambak lagi yg lebih godang... hehe...

Leeza said...

Kak...ohh ini entry wonderland yang ditambahbaikkan. Za cari juga mana dugung ni...patung ke apa ke....akak cantiklah...slim pulak.Beraninya anak2 itu terutama Balkish. Ngeri melihatnya macam jatuh je.

GreenJade said...

hehe puas intai2 kat mane dugongnye..upe2 ade depan mate jek hihihi...kelako lah akok nih hahahaha