Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Sunday, June 20, 2010

KUIH KOLE KACANG


500gm tepung kacang hijau (ada di jual di Giant dan mana-mana kedai runcit)
3 biji santan
2 ketul gula Melaka (kalau kurang manis tambah lagi) diracik halus.
Daun pandan

11/2 biji kelapa diperah ambil santannya yang pekat kira-kira 1 mangkuk besar
Masukkan santan di dalam kuali bersama-sama gula merah sambil dikacau hingga larut.
Campurkan dua helai daun pandan.
Bila gula telah larut, matikan api sekejap masukkan tepung kacang hijau sambil dikacau hingga rata dan tidak bergentel. Hidupkan api semula dan kacau hingga pekat. Keluarkan daun padan.
Setelah itu tuangkan ke dalam loyang. Biarkan sejuk.

CARA MEMBUAT TAHI MINYAK

11/2 biji kelapa parut diperah ambil pati santannya sebanyak 1 mangkuk dan masaklah di dalam kuali sehingga bergentel jadi tahi minyak. Setelah itu taburkan di atas kole kacanng.




Kalau rasa banyak tu sedekahkanlah ke jiran. Kalau jiran tak makan kuih ini berikanlah pada pak guard yang jaga kawasan rumah kita. Ha ha..apalah NB merepek ni!


6 comments:

Melissa Imran said...

sedapnya kak yati, kuih favorite saya nie. kalau jumpa tepung kacang hijau di luar negara nie, saya akan cuba resipi nie terus!

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

ha ha melissa boleh goreng kacang hijau dan blend dia sehingga halus kalau tak ada tepungnya. Tetapi di malaysia ni tepung kacang hijau ni banyak..

Leeza said...

kakak, ada ke tepung kacang hijau? Tak pernah za menengoknya di area ini. supermarket besar mungkin ada. Za tak pernah makan kuih ni. Yang selalu mak buat keih setalam kacang hijau tu je.

GREENJADE said...

alerrr rugi x bejiran ngan kak Yati ahak ahak

Zaimah Zakaria said...

Kuih ni favorite saya ni? Dah lama cari resepi nak buat akhirnya syukurlah kak yati sudi kongsi resepi dng kami semua...:)

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

za..tepung kajang hijau banyak, kat kedai runcit berkilo-kilo ada za, kacau aje..senang..he he

Tinie..ha ha..jiran akak ada yang tak suka kuih ni..

Pearl, senang aje buatnya..