Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, June 23, 2010

AKAL SI TETA

Anak saya nak seorang ni, kadangkala rajin solat kadangkala malas nak solat. Kata dia kenapa satu hari kita kena solat sampai banyak-banyak umi. Boleh tak kalau satu hari kita solat satu kali atau dua kali sahaja. Jawapan saya tak boleh. Sebab ALLAH dah suruh solat kita kena solatlah tanda terima kasih kita pada ALLAH. Entah dia faham atau tidak, bagi saya tak mengapa. Tapi biarlah dia belajar perlahan-lahankan. Kadangkala dia ikut saya solat, kadangkala dia ikut bibik dan sekarang sebab adik saya Nurul yang cuti semester ada di rumah. Dia banyak bersolat dengan Nurul.



Part mengambil wuduk memang Qaisara suka. Sebab boleh main air. Alhamdulilah dia sudah boleh mengambil wuduk dengan tertib tetapi seringkali berlebihan membasuh muka.

Basuh kepala. Sampai lencun rambuat dia dan baju dia. Ha ha. Selalu setiap kali ambil wuduk kena tukar baju lain tau.


Sebelum solat. "Umi Teta hauslah, Teta nak minum boleh?" Wah..saya dah tahu, Teta dah buat akal. Ha ha. Tapi tetap bagi dia minum (Telekong ini telekong baru beli dari Siti Sifir agak besar sedikit. Tak mengapalah nanti Qaisara besar jugakan). Qaisara dah ada 4 telekong. Bagi saya nak menghadap ALLAH biar Telekong cantik dan bersihkan.

Umi, umi jom kita baca buku. Malas nak solatlah tu! Tau sangat perangai dia.. Kadangkala saya suruh dia solat ikut saya. Tetapi kalau dia solat ikut saya, rakaat kedua dia sudah duduk depan saya sambil panggil "Umi, Umi..Teta dah penatlah" Menyebabkan kadangkala bubar solat saya apabila tengok dia tersengeh-sengeh. Grrr..geram sungguh!



Tengok, dah aturkan sejadah dia, kiblat ke mana dia ke mana. Ikut mood dialah, kalau dia nak ikut dia ikut. Jenuh juga ya mengajar  anak bersolat. Agaknya saya dulu macam tu kot? He he



Baru satu rakaat dia dah buka telekong dia. Ayat klasik Qaisara pasti keluar.
"Umi Teta panaslah, berpeluh-peluh"
"Qaisara kena habiskan solat.."
"Teta penatlah umi..." Itulah alasan Qaisara, penatlah, berpeluhlah. Nak di marah baru berusia 4 tahun. Agaknya bila besar nanti dia baca balik entry saya. Apa perasaan dia ya? Keh..keh..


Dah buka telekong dah. Bukan didengarnya cakap kita. Dah bersedia melarikan diri.
Sempat lagi meninggalkan pesanan buat saya "Umi kemas telekong Teta ya!"
Aduh Qaisara, Qaisara.
Tetapi sebagai emak sudah pasti kita tidak berputus asa supaya satu hari anak kita dapat bersolat dengan sempurnakan?







11 comments:

idasm said...

takpelah kak, at least dia ada hati jugak nak ikut solat walau dapat serakaat pun. sure dia akan rajin solat satu hari nanti...

(comel je teta ni!!!)

Rizziela said...

comel ajer aksi teta ni

fArAh nAbiLA said...

hehe..slow2 la tu die bljar..

Nadiah Sidek said...

hehe..mmg byk akal si qaisara ni. bila dia besar nnt bg dia baca entry ni..mesti dia tergelak2. hehe..

♥♥♥ سواي @ ماما ايمان شاهيراه ♥♥♥ said...

salam kak,

haha kelakar la perangai teta ni, sama mcm anak saya... dia paling suka ikut ayah dia solat pasal x payah pakai telekung.. alasan sama cam teta, panaslah..penatlah....hihihi

Hamizah said...

hahaha pjg akal teta nih..

Duke Luce Dell'amore said...

pertama skali, blog akak dah cantik!!!!jim suker!!

umur 4thn kak..masih lg manja & ingat nk main je..i'allah stahun dua lg,die akan ikut akak solat smpi habis..

jim masa bdk2 dulu pun slalu komplen!especially waktu maghrib.. "nape nk kene solat time org nk tgok kartun ni??", jim soal abah.. tp abah xjwab,die tutup tv je..kikiki..

Lady Arween said...

Kelakar lah Teta nie..mesti akak tak sunyi dengan kaletah Teta..ada ja benda dia buat ceriakan akak..

Leeza said...

Kisah Teta ini menceriakan za awal-awal pagi tadi. ye lah kak...kita sebagai ibubapa tak boleh berputus asa kan mengajar anak2 bersolat.....

En iLham said...

haha
comel sungguh teta ni
takpelah kak
ajar pelan-pelan
teta pun muda lagi
dulu macamanelah saya diajar bersolat. nak tanya mak segan pula.hehe

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

qaisara kelakor btol! aduhai...kehkehkeh... :D