Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, June 30, 2010

CERMIN KERETA POCAH!

Salah satu kereta saya yang telah dipakai oleh Mr Seyit Kara selama beberapa minggu sudah retak cerminnya. Saya rasa terkena batu. Hmm..gunung manalah Mr Seyit Kara masuk sampai batu terkena cermin ni. Tahu sangatlah Turki seorang ni. Dia main redah sahaja. Bila ada masalah, isteri dialah yang akan selesaikan. Dia akan pakai kereta yang lain. ha haha..


Call services centre macam-macam-macamlah cerita dia orang. Sampaikan berkali-kali telefon untuk set temu janji dan tanya harga pun tak dapat-dapat. Saya telefonlah pemuda cina ini. Dia beritahu, lepas dia tutup kedai dia datang rumah repair. Wah..mudahkan. Maka datanglah dia berempat.

Mula-mula keluarkan cermina. Mereka buat kerja dengan pantas. Paling tua dalam group ini bos mereka berusia 30 tahun. Lainnya di bawah 20 tahun. Mereka sudah bekerja semasa belasan tahun lagi. Memang mengagumkan. Mereka begitu cekap sekali.


Kawasan sekeliling cermin yang ditinggal tadi dibersihkan. Memang teliti mereka buat kerja. Ralit saya memerhatikan kerja mereka yang amat pantas itu.



Kemudian gam yang berwarna hitam di letakkan di sekeliling tempat yang akan dilekatkan cermin.




Kemudian dipasang dengan teliti dan kemas. Tekan sedikit dan kata mereka, jangan cuci selama 2 hari.


Siap! Harga dibawah RM500 dengan jaminan cermin ini selama dua tahun. Saya terfikir, kalau anak-anak muda melayu, yang duduk melepak. Merempit dan tidak bekerja, bekerja seperti pemuda cina ini. Hidup mereka sudah senang. Yalah bayangkan mereka datang dengan dua buah kereta. Satu Estima dan satu lagi Honda Accord dan yang memandu Honda Accord itu hanya berusia 19 tahun!
Sesiapa mahukan perkhidmatan tukar cermin atau tinted kereta. Mereka akan datang ke rumah. 016-3229221. Ha ha iklan percuma.




9 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Yati,

kebanyakan keje kaum cina mmg lebih bagus & kemas.

Anonymous said...

ttg cepat, kemas dan teliti tu mmg saya setuju..

ازلينا ااحمد‬‎ said...

Akak seorang isteri yang sabar dan bijak. Semoga di ikuti yang lain. Tahniah

Hamizah said...

wah!senang rupanya tkr cermin keta rupanya..

hanisah hassan said...

wah...kak yati , nisa kerja dengan kebanyakkannya cina . Bukan nak puji diorang .Tapi diorang membuat kami budak melayu di kilang ini bertekad nak jadi lebih baik dari diorang .Sehingga duit itu jatuh no 2 , tapi pengalaman kerja yang kami kejar.Tapi ada buruknya juga.Yang itu kat mana-mana pun sama kan kak.

GREENJADE said...

cepat & tangkas gitu.pandai akak cari solution. :)

kdg2 respek gak ngn kegigihan dorang nih..after working hours pon still x merungut bila diminta tlg.

contonhnye jiran blkg umah tokei wokshop then x bape kenal pon..keta poblem anytime sanggup dtg tlg.

idasm said...

bagusnya servis diorang yea. bagus jugak akak buat iklan percuma tu. senanglah sapa nak contact.

Zana S said...

oh bagusnya! selalu depa suruh hantar kedai. nak wat cemane, kaum depa mmg pandai cari peluang. :)

Anonymous said...

Terima kasih kepada tuan tanah yg buat blog ni. Cermin kereta saya baru2 ni pun retak. Makin lama makin panjang. Dok survey kedai mana yg murah. Akhirnya jumpa blog ni & tertera nombor telefon yg buat bisnes cermin ni. Semalam dah jumpa owner kedai ni di jalan Loke Yew. Nasib baik tukar cermin depan RM550 je walaupun cermin tu cermin 2nd hand dari kedai potong, masih dalam keadaan baik. Kalau ikutkan harga cermin ori cecah 4-5 kali ganda.