Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, July 1, 2010

TOUCH AND GO


Kami nak ke pesta buku Shah Alam. Ketika itu saya bersama suami. Tiba di toll Cheras dan berhenti di bahagian Touch n Go, satu kereta di hadapan cuba guna kad touch and gonya. Berkali-kali tetapi tak berhasil. Saya tengok di papan paparan, rupanya kurang. Tol RM1, dalam kad beliau ada 80sen sahaja.
"Pergilah tolong.." saya suruh suami membantu.
"Tak payahlah.."
"Tak apa, pegilah guna kad touch n go kita, banyak lagi. Tak ada apa RM1 tu.."
Maka Seyit Kara dengan muka kelat keluarlah dengan susah payah. Tolong imbas kad dia.
Malangnya ada yang saya tak tahu........
Masa giliran kereta saya, rupanya tak boleh dah. Jadi kami tekanlah butang pertolongan.
Seorang petugas tol datang.
Kata petugas tersebut, satu kad boleh satu kali sahaja. Ya ALLAH!
Seyit Kara sudah membebel. Kata dia nak tolong orang, kita yang susah.
Tapi petugas di situ minta saya RM1, dia tekan entah apa butang dan kami lepaslah.
"Baguslah, lain kali buat lagi. Tolong orang diri susah. You macam tulah.."
Seyit Kara berleterkan saya. Saya bantai gelak aje. Karang kalau saya lawan, panas pula hati diakan. Macam tulah seorang baran, seorang kena bantai gelak.
"Tak apalah Ling, sekurang-kurang sekarang kita tahu, satu kad tak boleh pakai sampai dua kali. Pengalaman jugakan.."
"Yelah tu.." tembak suami.
"You tau ling, sebagai penulis I sering menganggap apa sahaja peristiwa, baik atau buruk semuanya bernilai di mata I. Semua tidak sia-sia."
Senyap. Lama suami berjeda.
"Hmm..esok tulis dalam blog, supaya sesiapa pakai touch n go, jangan tolong orang depan. Nanti mereka kena macam kitakan.."
Suami memerli dan seperti biasa saya bantai ketawa sahaja, sambil urut belakang suami! Ha..ha ha..





16 comments:

Balqis Nazid said...

macam chomel jer muka pak seyit time ni tgh nak bayangkan he...he....

Epelijau said...

haha...lagi 1 kan kak..minimum nilai dalam kad adalah RM1.40 baru bule swipe walaupun tol kita nak bayar cuma 50 sen ke apa ke.. (sbb dah penah terkena..)

Leeza said...

Info yang bagus..nasib baik tol kuching tu cuma satu je...dan harganya tetap rm1.50. hahaha....

GreenJade said...

**wah gud info nih kak.thx*

hehehe tingat lak kes saye tu ari..same case..alangkah best nye kalu blkg saye time tuh adelah akok Yati ihiks

Sitisifir10 said...

wahahahaha... sabo je la... setuju xleh dua2 panas..susah2 kita tlg org pun insyaAllah ke depan ada masa kita pulak ditolong :P tabik pd k.yatie

Ummu Sofea said...

Salam Kak Yati,

Suami saya macam tu juga, kalau tak puas hati.. Ini dialog dia..

"Esok tulis dalam blog..."

Sama kan dialognya..:P

En iLham said...

pernah berlaku ketika pertama kali saya menggunakan smart tag
saya letak pada posisi yang salah di atas dashboard kereta
kononnya nak laju jugalah macam kereta lain bile melepasi tol
sayangnya palang tu tak terbukak pun
banyak juga kereta yang sudah beratur di belakang

akhirnya ada seorang jurutol wanita menjerit

'abg, terbalik letak tu'

haha
kemudian boleh jalan

yatie chomeyl said...

ooo yatie pon br tau..xleh guna 2x ye hik3x

idasm said...

salam. akak mcm biasa... sentiasa bermurah hati nak menolong orang.
tp mcm akak cakaplah, dpt pengalaman dan pengetahuan. sekarang dh tahulah.. kad tu x leh guna 2 kali.
(kak, mr. seyit siap pesan suruh tulis dlm blog tu!.. haha)

Duke Luce Dell'amore said...

WAKAKAKA..
dh terbyg muka pak seyit mencuka..
mcm2 hal!
klakar btul

Hamizah said...

hahaha baru ku tahu..

Nadiah Sidek said...

"Hmm..esok tulis dalam blog, supaya sesiapa pakai touch n go, jangan tolong orang depan. Nanti mereka kena macam kitakan.."

hahaha..kelakar la ayat pak seyit ni

Zana S said...

oh iye ke...pasni mmgtak dapat la nak nolong org lain di kala susah. sebenarnya bila tgk org depan kena cenggini, selalu duk pk, kalau lah kita yang kena, pastu line dah panjang.. huuuu... cemane??

kakyong said...

oohh.. boleh amik pengajaran ni.. mana lah tau kot2 ke Kl nanti..

Rusiah_Hazri said...

kelakor betul entry yg ni..mok de ketawa tergolek2 teringat "buat baik berpada-pada.. buat jahat...
' tapi dh buat baik pun belum tentu dapat balasan baik kan...yg mok de suka pesanan pak seyit kita yg last tu...suruh tulis dlm blog..ha..ha..

Rani Rashid said...

sikap kak yati byk memberi inspirasi kpd sy...sy ingin berusaha mencontohi sikap2 baik k.yati..