Hari itu masa saya tunjukkan saya buat donut ini di FB, ramai pula bertanya saya macam mana resipinya.
Sebenarnya buat donut ni mudah sahaja. Cuma perlukan sedikit kekuatan untuk menguli. Kalau malas uli campak sahaja dalam breadmaker. Tetapi saya lagi malas nak keluarkan breadmaker saya yang besar segedabak itu. Ini resipi dia ya kawan-kawan
BAHAN BAHAN
1 ½ peket yis segera/mauripan
1/4 cawan air suam
1 cawan susu
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil garam
2 biji telur
½ potong butter.
600 gram tepung
Minyak secukupnya.
Cara-cara
Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk . Kacau dan tunggu sehingga dia berbuih.
Masukkan susu, gula, garam, telur, butter dan tepung dalam mangkuk besar kemudian masukkan yis tadi. Gaulkan sehingga sebati.. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
Tutup mangkuk dengan kain lembab dan biarkan pada suhu bilik sehingga kembang . Saya biarkan dalam 1-2 jam. Terpulang pada kembangnya.
Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Saya gunakan donut cutter yang agak besar dan donut saya jadi gebu macam tuannya. Ha ha ha
Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit. Donut itu akan mengembang.
Panaskan minyak. Goreng donut , tos dan keringkan minyaknya. Tabur dengan gula halus atau kalau nak salutkan sambal, salutlah dengan sambal pun sodap.
6 comments:
wow gebunya donut akak,hehe
saya buat guna breadmaker je sbb malas nk uli hehe
gebunya..
nk wat jglah..
breadmeker dh msk kotak kena pki tangan la..
kena ikut resipi kak yati pulak nampaknya sebab dah banyak kali buat donut tapi tak pernah menjadi.
ni dh pos resepi harus gerak secepat mungkin nih..hehe
sy pon mls nk keluarkan breadmaker kak.rela uli dgn tenaga 4 kerat ni hahah
nak buat donut le ari ni..biasa buat tak jd aje k.yati. kali i nak guna resepi akak...insyaAllah jadi le harapnya..
Post a Comment