Hari Sabtu lepas, sekolah Qaisara mengadakan konsert di Jade Hill Resort Club tidak jauh dari bandar Kajang. Qaisara membuat persembahan sebanyak 4 kali.
Sebelum konsert bermula, uminya bergambar dahulu di tepi kolam renang. Ha ha ha
Qaisara dan seorang kawannya mengetuai, menyanyikan lagu Bear Hunt..
Membaca surah 4 kul bersama teman-teman.
Bermain alat muzik....saya tengok dia paling besar dibandingkan dengan kawan-kawannya.
Syukur Alhamdulilah. We safe now! Dalam bear hunt ini Qaisara ada membuat sedikit kesilapan, tetapi cepat dan tenang sahaja dia membetulkan. Cuma sampai sekarang dia sering bersungut, dia dan kawan-kawannya membuat persembahan dengan tidak begitu kemas walau sudah saya yakini. Dia sangat berbakat dan persembahan tersebut sangat bagus!
Goodies yang Qaisara dapat. Sebenarnya Qaisara dapat hadiah untuk tempat pertama. Tetapi dia berjalan terlalu pantas, tidak sempat nak ambil gambar..
Ha ha lepas konsert, saya memang sudah membawa bekal dari rumah. Kami bentang tikar di tempat letak kereta. Nasib tak kena perhambat dengan pengurusan resort tu..kih kih kih..
Berkelah begini memang menyeronokkan bagi orang kampung macam kami. Ha ha ha
Tea set yang saya belikan untuk Teta, untuk memberi semangat pada dia mengadakan persembahan. Tetapi lupa mahu dibawa berkelah selepas konsert hari itu. Marahlah mak cik tu. H aha. ha
7 comments:
Bertuahnya jadi Qaisara... Semua dia konker... hehe...
Tahniah Qaisara sbb dpt nombor satu...
comelnya tea set tu..
psttt den bekonan lah tea set tu kak.. hehehe
kak cantik tea set tu...beli kat mana?? ingat nak beli kat anak dara saya
untung ke jadi Qaisara Azz? Anak buah akak pun ada cakap. Untung jadi Qaisara..ha ha
Moon, Tini, Casper..ha ha semua minat tea set tu ya. Alah beli di Parkson..ha ha
teta dah lah cantik berbakat pula tu. mmg nampak teta paling tinggi di kalangan teman2nya
amboi kak.. seronoknya berkelah.. sempat lagi tu.. hehehe...
teta nampak sgt outstanding... tahniah, nampak sgt yakin diri...
Post a Comment