Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, November 10, 2011

CINTA KALUT SUDAH ADA DI PASARAN

RM25/RM28

Hidangan enak yang tersusun di atas meja makan begitu membuka selera. Sebutlah nama mana-mana chef tersohor, sudah tentu masakan ibu yang paling sedap walaupun hanya menu nasi goreng main campak-campak sahaja rencahnya. Bertuah betul Rina. Setiap hari makan makanan yang sedap-sedap. Nasib baiklah badannya tidak naik seperti tepung yang terlebih ibu roti! Ibunya, Hajah Kamisah memang pernah menyandang juara pertandingan memasak di kampungnya suatu ketika dahulu.
Haruman ikan siakap tiga rasa dan kailan ikan masin sudah cukup menyelerakan. Selera yang menggebu terus mati apabila ayahnya, Haji Arifin membuat keputusan tidak membenarkan dia menyewa rumah sedangkan dia akan mula bekerja dalam tempoh dua minggu sahaja lagi. Rina hanya terpaku mendengar keputusan tegas ayahnya. Nasi di dalam pinggan hanya dikuis-kuis dengan jari. Wajahnya masam mencuka tanda protes.
“Tak habis-habis kena kongkong! Ah, tak sukanya aku!” Rina mengomel di dalam hati.
Rina akan melapor diri di sebuah sekolah rendah di Bandar Baru Bangi sebagai guru sains dan matematik. Dia sudah berkira-kira mahu menyewa rumah bersama sahabat baiknya iaitu Zuliani, tetapi ayahnya pula menjadi halangan.
Bukan dia tidak kenal dengan sikap ayahnya. Jarang sekali mahu menerima pandangan anak dan isteri. Bagi Haji Arifin, sebagai ketua keluarga dia berhak membuat keputusan. Kalau berbincang pun tidak ada gunanya, keputusan tetap memihak kepada Haji Arifin.
“Hah, kenapa termenung lagi? Tak puas hati? Usah mengada-ada nak merajuk ketika menghadap rezeki. Ada jugak yang bermandikan kailan ikan masin ni!”
Keras suara Haji Arifin sudah cukup mengejutkan Rina daripada lamunan. Jantungnya berdegup kencang. Jangan dibuat main dengan ugutan Haji Arifin! Jangan sengaja cari nahas. Cakapnya tidak pernah tidak serupa bikin. Apa yang dikata pasti dikota.
Hajah Kamisah hanya memberi isyarat mata supaya Rina lekas-lekas makan sebelum Haji Arifin naik angin.
Rina yang memang amat memahami isyarat ibunya terus menyuap nasi ke mulut. Laju suapannya tidak ubah seperti orang kebuluran. Dalam fikirannya, mahu cepat habiskan makanan kemudian berkurung di dalam bilik sahaja. Kelazatan masakan ibunya sudah tidak terasa lagi. Nasi yang ditelan bagaikan butiran pasir. Hatinya sebak. Air mata yang bergenang cuba ditahan agar tidak tumpah di hadapan Haji Arifin yang garang macam singa lapar.
“Rina, perlahan sikit makan tu... nanti tercekik!”
Tegur Hajah Kamisah. Tidak senang dengan kelakuan Rina yang kelihatan gelojoh.
Rina mendongak dan bertentangan mata dengan Hajah Kamisah lalu tersenyum kelat. Rina memperlahankan suapannya. Haji Arifin mengerling tingkah laku anaknya. Malas hendak melayan rajuk Rina, Haji Arifin terus bingkas bangun setelah menghabiskan nasi di pinggannya. Sedikit pun dia tidak menegur anak isterinya.
‘Huh, ayah memang begitu! Sikit-sikit, ugut! Sikit-sikit, dia saja yang menang. Susah! Memang susah kalau nak berbincang. Tak pernah dengar pandangan anak. Asyik dia saja yang betul!’ Rina mula membentak di dalam hati.
Jauh di dasar hati Haji Arifin, dia terpaksa bertindak tegas kerana amat sayangkan anak-anaknya. Sedikit pun tidak terdetik di hati Haji Arifin untuk mengongkong mereka. Anak perempuan susah dijaga. Lebih baik menjaga sekandang lembu daripada menjaga anak perempuan seorang. Biarlah kalau mereka membuat tanggapan dirinya suka mengongkong. Paling penting, dia tahu tindakannya amat wajar untuk keselamatan dan maruah anak-anak.
Selesai sahaja makan malam, Rina membantu Hajah Kamisah mengemas di dapur. Ketika mencuci pinggan, dia tidak dapat menahan sebak lalu terus menangis tersedu-sedu. Tergamam Hajah Kamisah dibuatnya.
“Rina, sudahlah... jangan menangis. Nanti nampak dek ayah lagi susah! Sabarlah. Ayah buat macam itu pasti ada sebabnya. Tak ada ayah atau ibu yang bencikan anaknya. Lagipun, apa yang ayah cakap tadi ada benarnya. Buat apa Rina nak menyewa, tinggal aje di rumah Kak Lin...” pujuk Hajah Kamisah.
Sesekali Hajah Kamisah mengintai ke ruang tamu. Kelihatan Haji Arifin sedang leka menonton berita di televisyen. Mendengar sahaja nama Mazlinda, Rina menelan air liurnya. Air mata yang berjejeran di pipi dikesat.
“Tapi ibu, Rina dah janji dengan kawan nak tinggal dengan dia. Lagipun Rina kena lapor diri dalam tempoh dua minggu saja lagi. Habis nak menumpang dekat mana lagi? Rina nak kerja, bukannya nak berfoya-foya. Rumah Kak Lin? Huh, tak nak! Seganlah ibu. Dia ada suami, anak-anak... Nanti menyusahkan dia pulak. Susahlah macam ni! Tolonglah pujuk ayah...”
Rina cuba meraih simpati Hajah Kamisah.
Hmmm... itulah, lain kali tanya pendapat ibu dan ayah dulu. Jangan pandai-pandai buat janji. Rina rasa dah cukup dewasa ke nak buat keputusan sendiri?”
“Rina tahu ibu... tapi bu...”
Belum sempat Rina menghabiskan ayatnya, Haji Arifin tiba-tiba sahaja muncul di dapur dan menyampuk perbualan mereka. Pasti Haji Arifin sudah mendengar setiap butir bicara dua beranak itu. Dari raut mukanya pun Rina sudah dapat mengagak apa yang ayahnya akan katakan.
“Tak boleh! Tak ada siapa boleh pujuk ayah walaupun ibu kamu. Keputusan ayah muktamad. Jangan nak cari kebebasan pulak. Esok ayah telefon kakak kamu. Jangan nak berdalih lagi. Faham?”
Sergah Haji Arifin garang. Wajahnya serius. Suaranya juga tegas. Setegas keputusan yang dibuat.
“Faham ke tak?”
Sekali lagi Haji Arifin bertanya apabila tidak ada jawapan daripada mulut Rina. Dikerling pada Hajah Kamisah yang sedang berpura-pura sibuk menyapu lantai. Dia tahu, isterinya sengaja tidak mahu masuk campur dalam perkara itu.



0 comments: