PROJEK PERPUSTAKAAN TERATAK RAHMAT
Pesta buku ini telah menemukan saya dengan kenalan lama dan baru. Semalam saya telah bertemu dengan seorang kenalan baru, Iskandar seorang insan istimewa yang juga seorang sukarelawan. Beliau telah banyak menjalankan kerja-kerja kebajikan. Blog beliau boleh dilayari di sini drbubbles
Sekarang salah satu projek yang sedang dirancang oleh Iskandar membangunkan sebuah perpustakaan untuk rumah anak yatim Teratak Rahmat di Perlis.
Penghuni Teratak Rahmat yang seramai lebih kurang 30 orang, menumpang berteduh di bangunan Persatuan Al-Islah, di Mata Ayer, Perlis. Adat orang menumpang berteduh, mereka mendirikan bilik-bilik asrama daripada bahan-bahan terpakai seperti papan lapis dan kayu, di bahagian atas dewan persatuan itu.
Pintu ini dibeli daripada penjual barangan terpakai, dan dahulunya ialah pintu bilik Setiausaha Dewan Undangan Negeri Perlis!
Peralatan bersenam dari barang terpakai.
Bagi menjayakan projek perpustakaan Teratak Rahmat, dana sebanyak RM25,000 - RM30,000 diperlukan bagi membeli buku-buku dan rak buku serta kelengkapan lain seperti tikar dan kusyen.
Sumbangan dana bagi menjayakan projek perpustakaan Teratak Rahmat boleh disalurkan ke akaun Maybank : 162188016529 (Iskandar Syah Ismail) dan para pembaca yang mahu tahu lebih lanjut mengenai program ini boleh menghubungi Iskandar melalui email : adabi99@gmail.com
p/s Insya-ALLAH kalau ada peluang nanti saya akan mengunjungi Teratak Rahmat yang berada di Perlis ini. Mungkin selepas saya pulang dari Amsterdam nanti..doakan saya diberi kesihatan yang baik.
5 comments:
Terima kasih atas maklumat. Saya doakan akak sentiasa sihat. doakan sy juga
Terima kasih atas hebahan usaha ini di blog puan. Semoga puan dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik semasa kelana ke Amsterdam itu kelak.
Insya Allah, saya akan memaklumkan perkembangan terkini projek perpustakaan di Teratak Rahmat dari masa ke masa.
Mudah-mudahkan usaha ini dipermudahkan Allah. Amin.
alamak, peralatan bersenam tu papanya nampak dari ironboard ajer.. hehehe
INSYALLAH kalau ada rezeki, mungkin akak saya hulurkan ke sini..
Ke Amsterdam ke??? Nak hikuttt? seronok nya kak..
Boleh kirim FM? hee saja sakat akak..Tapi kalau boleh bg tau ye..
nak FM hihihih
just kidding
Post a Comment