Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, April 12, 2011

RAMBONGAN SEKOLAH

Minggu lepas Qaisara mengikut rambongan sekolah ke Balai Bomba, Kilang cokelat dan juga Taman Buurng. Ketika sekolah memberikan buku komunikasi kepada saya yang sekolah mahu membuat rambongan sekolah. Bukan hati saya sahaja yang rusuh. Bibik juga termenung dibuatnya. Yelah mengapa tidak. Qaisara tidak pernah pergi ke mana-mana tanpa saya dan pembantu rumah. Ada tidak ada dia ke tempat membeli belah dengan kakak saya yang dipanggilnya mak long. Itu pun setiap jam saya akan menelefon.
'Qaisara betul nak pergi ni?"
Qaisara sendiri jadi keliru. Sama ada mahu pergi atau tidak. Sekejap dia nak pergi sekejap tidak mahu.
"Teta pergilah ya. Nanti kalau nak buang air, beritahu teacher, teacher nanti bagi makan. Ramai kawan-kawan seronok."
Saya memujuk dia walau sebenarnya saya sendiri tidak mahu dia pergi. Akhirnya Qaisara bersetuju. (sebenarnya saya tanya guru Qaisara sama ada ibu bapa boleh ikut atau tidak. Jawapan guru Qaisara "NO" he he he).
Bila hari yang ditunggu tiba, hati saya jadi pusang. Berbelah bagi sebenarnya. Qaisara nampaknya begitu seronok sekali. Pagi-pagi sudah menyuruh bibik membuat tocang untuknya.
"Kalau nak buang air beritahu cikgu ya sayang, lapar pun cakap..bla bla" saya pesan dia. Qaisara hanya mengangguk sahaja.
Sepanjang hari saya lalui dengan debar. Suami pula risau bila mengetahui yang Qaisara akan melawat kilang.
"Heasy kalau kena hempap barang-barang di kilang macam mana?"
"Kalau ada kayu jatuh macamana? Kalau Qaisara terjatuh dalam kawah cokelat macam mana?"
Heasy..pak cik ni betul-betul menakutkan saya. Saya tidak mahu memikirkannya. Jadi untuk menghiburkan hati saya keluar pergi membeli rak kasut. 
Bibik pula satu hal. Bila tengok jam dia akan berkata.
"Kalau macam ini adik dah ada di rumah umi ya. Mulut dia dah riuh beritahu nak makan itu ini."
Saya tengok bibik menangis. Aduhhh..parah sungguh bibik saya! Yelah mana tidak. Qaisara itu segala-galanya bagi dia. Qaisaralah yang ajar dia berpakaian macam mana, Qaisara yang selalu puji dia baik, cantik dan sebagainya.
Pukul 4 petang saya pergi ke sekolah. Qaisara sudah berada di sekolah. Wajahnya penat tapi sangat riang 
berbercerita. Lega hati saya melihat dia. Bahkan balik sahaja dia terus duduk atas pangku saya. Memeluk dan mencium saya. Bercerita itu ini, terutama dengan hadiah yang dia dapat kerana dapat menjawab soalan.


]
Teacher tanya, kalau rumah terbakar panggil nombor apa? Teta jawablah. Nine nine nine! Teta dapat hadiah puzzle! Tapi puzzle ni bukan dia yang main, umi dengan bibik yang main. Ha ha..

Saya tahu satu masa nanti bila masanya tiba, saya harus melepaskan Qaisara pergi lebih jauh dan ketika itu saya mahu dengan tidak, terpaksa menerima keadaan tersebut dengan rela hati.



8 comments:

Zila said...

I understand your feeling kak...last 2 weeks my youngest daughter ikut taska dia visit kilang coklat gak...I mintak dgn teacher nak pi sekali.Nasib baik cikgu dia bagi. Senang hati nampak dia depan mata & boleh shopping coklat...hahah!

Umie said...

alahai...tersentuh gak hati..kalu umie ada anak pun mesti mcm tu gak...

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Zila boleh ikut? hesy hesy kenapa cikgu tak benarkan akak ikut? Kejam sungguh..ha ha

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

umie setiap ibu memang berperasaan begitu..

New Mama Mia said...

hehehe..ari tu mia pegi lawatan pun sy mcm tu.risau memanjang.siap post kat FB perasaan risau tu...payah btl jd ibukan?cmner la nnti dia nk kawen.sure sy yg melalak....huhuhu

Nor Azlina Yusof said...

Terharu aween baca..nak pulak ada yg kijam..duk bakar2 akak masak teta pi lawatan sekolah haritu

dlittlekitchen said...

masa sy sekolah dulu, jgn mimpi nk pergi rombongan ke apa.. tp mana yg rombongan tu pergi, bapa sy akan bwk sendiri..

tp bila dah further study, hahahaha.. x cukup jalan nk ukur, xcukup lampu jalan nk kira...miahahaha

anak2 skrg ni, ada rombongan ke KL pon nk pergi, padahal 20min da sampai.. tp as usual jawapan ayah dia OK, jawapan mak dia NO... hehehe

kalo rombongan tu betul2 benefits terpaksalaa bg...

jadi ibu ni mmg laa bimbang sangat2... nk2 zaman skrg nih..

Balqis Nazid said...

teringat masa Nina (anak adik) nak g rombongan sekolah dulu..
Ibu dia tak paper pun mak long dia yang lebih2 ha..ha..
Mak Longnya pulak yang risau..
"Kalau ada anak esok2 tak taulah macamana -itu kata nazid"