Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, April 27, 2011

PROJEK TERATAK RAHMAT

PROJEK PERPUSTAKAAN TERATAK RAHMAT

Pesta buku ini telah menemukan saya dengan kenalan lama dan baru.  Semalam saya telah bertemu dengan seorang kenalan baru, Iskandar seorang insan istimewa yang juga seorang  sukarelawan. Beliau telah banyak menjalankan kerja-kerja kebajikan. Blog beliau boleh dilayari  di sini drbubbles
Sekarang salah satu projek yang sedang dirancang oleh Iskandar membangunkan sebuah perpustakaan untuk rumah anak yatim Teratak Rahmat di Perlis.
Penghuni Teratak Rahmat  yang seramai lebih kurang 30 orang, menumpang berteduh di bangunan Persatuan Al-Islah, di Mata Ayer, Perlis. Adat orang menumpang berteduh, mereka mendirikan bilik-bilik asrama daripada bahan-bahan terpakai seperti papan lapis dan kayu, di bahagian atas dewan persatuan itu.


Pintu ini dibeli daripada penjual barangan terpakai, dan dahulunya ialah pintu bilik Setiausaha Dewan Undangan Negeri Perlis!





Peralatan bersenam dari barang terpakai.

Bagi menjayakan projek perpustakaan Teratak Rahmat, dana sebanyak RM25,000 - RM30,000 diperlukan bagi membeli buku-buku dan rak buku serta kelengkapan lain seperti tikar dan kusyen.
Sumbangan dana bagi menjayakan projek perpustakaan Teratak Rahmat boleh disalurkan ke akaun Maybank : 162188016529 (Iskandar Syah Ismail) dan para pembaca yang mahu tahu lebih lanjut mengenai program ini boleh menghubungi Iskandar melalui email : adabi99@gmail.com

p/s Insya-ALLAH kalau ada peluang nanti saya akan mengunjungi Teratak Rahmat yang berada di Perlis ini. Mungkin selepas saya pulang dari Amsterdam nanti..doakan saya diberi kesihatan yang baik.



5 comments:

Azlina Ahmad said...

Terima kasih atas maklumat. Saya doakan akak sentiasa sihat. doakan sy juga

Iskandar aka DR Bubbles said...

Terima kasih atas hebahan usaha ini di blog puan. Semoga puan dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik semasa kelana ke Amsterdam itu kelak.

Insya Allah, saya akan memaklumkan perkembangan terkini projek perpustakaan di Teratak Rahmat dari masa ke masa.

Mudah-mudahkan usaha ini dipermudahkan Allah. Amin.

sW33tdARLiNG said...

alamak, peralatan bersenam tu papanya nampak dari ironboard ajer.. hehehe

Azian Elias said...

INSYALLAH kalau ada rezeki, mungkin akak saya hulurkan ke sini..

Ke Amsterdam ke??? Nak hikuttt? seronok nya kak..

Boleh kirim FM? hee saja sakat akak..Tapi kalau boleh bg tau ye..

Ann Ishak said...

nak FM hihihih
just kidding