Tidak habis-habis dengan cerita Qaisara. Ha ha ha
Yelah abis siapa lagi saya nak cerita ya tidak?
Semalam ada sambutan hari jadi di sekolahnya, untuk kawan-kawan dia yang menyambut hari jadi pada bulan April. Rupanya diadakan juga sambutan penyampaian hadiah untuk suku pertama tahun ini.
Bila Qaisara balik, macam-macam goodies yang dibawanya pemberian ibu bapa yang anaknya menyambut hari jadi.
Qaisara pula asyik bercerita mengenai badut yang kelakar. Bila saya selongkar beg Qaisara, saya terjumpalah satu pencil warna yang membuat saya tersentap dan rasa mahu menangis.
"Tah..pensil warna ni siapa beri?"
"Cikgu.."
Qaisara macam tidak kisah sahaja.
"Oh ramaikah yang dapat?"
Qaisara termenung sambil mengelengkan kepalanya.
"Tak ramai umi ada beberapa orang sahaja, termasuk Farisya."
Farisya adalah kawan Qaisara yang berusia 6 tahun. Farisya ini agak cantik orangnya dan sungguh pandai membaca. Baik bahasa Inggeris atau bahasa melayu. Bahkan Farisya begitu lembut dan sopan.
"Oh..Qaisara tahu tak Qaisara dapat award?"
Walau award tersebut bagi ibu bapa mungkin tidak apa-apa, saya sangat teruja. Tahun lepas saya ingat saban hari kalau mahu ke sekolah, Qaisara meragam dan tidak suka. Tahun ini bila ditukarkan ke sekolah. Dia amat teruja. Dia sudah boleh bersolat dengan bacaan yang sempurna. Sudah bolah menghafal ayat lazim dengan sebutan yang betul, bahkan sudah boleh membaca dengan dua suku kata. Penggunaan bahasa inggeris juga sudah semakin baik.
"Oh iye ke.."
Muka Qaisara macam tak apa-apa. Saya cium Qaisara.
'Umi proud of you sayang.."
Qaisara hanya ketawa-ketawa sahaja seolah-olah langsung tidak kisah dia dapat hadiah ke atau tidak? Sedangkan uminya rasa sangat teruja, bukan gembira kerana award tersebut tetapi gembira kerana tahun lepas saya selalu mengadu pada kakak saya seorang guru, tentang Qaisara yang macam acuh tak acuh sahaja tentang pelajaran. Apatah dia paling tidak suka menulis. Namun Alhamdulilah tahun ini dia nampak berubah. Seperti kata kakak saya Mijah, tahap Qaisara belum sampai. Bila sampai masanya dia akan suka bersekolah dan belajar.
Syukur Alhamdulilah...
6 comments:
syukurrrrrr.... kak yati tengah menempuh...saya sedang menuju... kadang-kadang risau jugak...
ALHAMDULLILAH.. seronok kan.
syukur... maybe dia belum faham tentang award tu kot.. bila dah paham nanti mesti dia teramat suka macam mamanya...
Tahniah Kak Yati... Kita sbg ibu mmg akan tersentuh juga... Gembira dan bersyukur
...sangat bangga bila setiap tahun anak2 akan naik pentas terima award!
skang sume dah peringkat 'u'...tinggal sorang lagi..PMR..semuga akan berjaya juga..
tahniah buat teta. Tahniah juga buat uminya. Mestilah Mestilh uminya teruja sebb yg bjaya anak nan seorg. Teta mmg bijak. Salam rindu dr ida.
Post a Comment