Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, December 15, 2009

TETA OH TETA KENAPA BANYAK TANYA!

Malam tadi saya tengok video bangau oh bangau yang didownloadkan oleh Ojan bersama Qaisara dan seperti saya sangka banyaklah soalan yang ditanyai oleh Qaisara pada saya.
Bangau oh bangau, kenapa engkau kurus?

Bangau tu apa umi?” (saya tekan pause)
“Bangau tu burung sayang..”
“Oh!”


Macam-mana aku tak kurus, ikan tak mahu timbul. Ikan tak mahu timbul. Ikan oh ikan, kenapa engkau tak timbul? Macam-mana aku nak timbul, rumput panjang sangat. Rumput panjang sangat.

Kenapa rumput panjang umi. Rumput tu kat mana umi?” (pause)
“Sebab orang tak potong. Rumput tu dalam sungai, dalam laut..”
“Aik..dalam laut ada rumput?”
Mata Qaisara sudah terkebil-kebil. Auwah.ha.ha..alamak saya tersalah cakap ke?

Rumput oh rumput
kenapa engkau panjang? Macam-mana aku tak panjang, kerbau tak makan aku. Kerbau tak makan aku. Kerbau oh kerbau,

“Kerbau tu apa umi?”
“Kerbau tu macam lembu tapi besar sikit..”
“Kerbau macam lembu..”
“Ya..nanti kalau umi jumpa umi tunjukkan Qaisara ya?”
“Ok...”

kenapa tak makan rumput? Macam-mana aku nak makan, perut aku sakit.Perut aku sakit.
Perut oh perut,kenapa engkau sakit? Macam-mana aku tak sakit, makan nasi mentah. Makan nasi mentah.

Sakit perut umi? Kenapa?”
“Sebab makan nasi mentahlah..”
“Nasi mentah? Kenapa dia makan nasi mentah. Siapa yang makan umi?”
Masa ini saya sudah terkebil-kebil. Yelah..betul juga pertanyaan si Qaisara ni. Siapa yang makan nasi? Perut siapakah itu?
“Kerbaulah sayang..”
“Oh..kerbau pun makan nasi umi ye..” Aduh..saya hilang kata-kata. Mahu sahaja jawab tidak, tapi dalam lagu tadi perut tu perut kerbaukan? Mahu tak mahu saya angguk sahaja
.

Nasi oh nasi, kenapa engkau mentah? Macam-mana aku tak mentah, kayu api basah. Kayu api basah.

“Kenapa nasi mentah umi?”
“Kayu api basahlah sayang?”
“Kayu api basah kenapa pula nasi mentah?”
“Dulu masak nasi dengan kayu.”
Saya pun berceritalah macamana nasi dimasak menggunakan kayu bukan periuk nasi macam sekarang. Qaisara macam faham aje. Lama dia berjeda dan saya tekan balik on dekat video tersebut.

Kayu oh kayu, kenapa engkau basah? Macam-mana aku tak basah, hujan timpa aku. Hujan timpa aku. Hujan oh hujan, kenapa timpa kayu?

“Kayu api basah siapa yang buat umi?”
“Hujan sayang..”
“Mana dia letak kayu api?”
“Dia letak kat luar rumahlah sayang. Hujan turun kayu api basah.”
“Oh..kenapa masa hujan tu dia tak bawak masuk kayu dalam rumah umi.Tak adalah basah.”
Ha.ha.ha..ya tak iye juga. Agaknya tiap kali hujan dia melihat saya atau bibik berlari-lari mengangkat baju masuk dalam rumah. Sebab itu dia berkata begitu!

Macam-mana aku tak timpa, katak panggil aku. Katak panggil aku. Katak oh katak, kenapa panggil hujan? Macam-mana aku tak panggil, ular nak makan aku. Ular nak makan aku. Ular oh ular, kenapa nak makan katak? Macam-mana aku tak makan, memang makanan aku. Memang makanan aku......

Umi, katak makan seranggakan umi..”
“Ya Qaisara, pandainya anak umi..”
“Alahkan dalam princess and frog, frog makan serangga. Lidah dia panjang warna pink tu..”
He.he.he..ya beberapa hari yang lepas saya bawa Qaisara tengok filem Princess and frog, sebab itu dia tahu katak makan serangga.
Hmm..tahun hadapan Qaisara baru 4 tahun, bayangkan bila usia dia semakin meningkat. Mahu pecah kepala saya nak jawab soalan daripada dia!


9 comments:

Miss Nurul said...

hehehe comelnya teta...setiap apa yg didgr, smua nk tnya ekk... kalau ikutkan, kita masa kecik2 dulu mcm tu jgk kan kak. cuma x tau sampai ke tahap 'banyak tanya' yg mcm mn... huhu...

Marzalina said...

hahaha...qaisara ni memang la bijak sangat...kalau intan jenuh la nak pikir jawapan kpd soalan qaisara tu...hehehehe...menguji minda betul..

Nadiah Sidek said...

setiap 1 rangkap lagu ada je ye soalan dia. bagus tau bdk yg byk bertanya ni. slalunya bdk yg byk bertanya ni cerdik :)

Leeza said...

Dulu kak za juga banyak tanya. tapi apa yang za dapat ialah kepala kena sekeh.tangan kena cubit. jadi tak mahu sakit diam je lah. bila dah sekolah, cikgu pulak pening kepala...dan za jadi org yang paling ditakuti bila ada perbentangan kumpulan....awal2 member bagi warning jangan tanya soalan...keh3. sekarang bila my students tanya, za akan jawab sebaik mungkin...terkadang suruh mereka cari dalam buku tertentu kemudian bincang beramai....tak mahulah suap info saja. mereka kena cari sendiri juga.

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

video kurang lima minit tapi menonton mesti sampai setengah jam ni...dok pause jeh...hihihihi...

Qaisara masuk sekolah nanti, mesti byk bertanya ni...ada je soalan cepuemas dia nnt...hihihihi. =D

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

wakakaka..
nmpaknya umi die kene bljar jgk ape yg teta blajar..so, klu die tanya soalan2 cepucemas,umi dah tau ape nk jwb..

adoi!dah terbayang cikgu skolah mlayan soalan2 Teta ni..mau pengsan cikgu2 tu nnt..pengsan sbb ketawa..kikiki... :)

Deeeee said...

Salam Kak Yati,

Aduhai... sepanjang lagu tu si teta bertanya macam2 .. kalaulah akak buka lagi lagu2 yg lain? Ambik pening kepala nak menjawab tu kak. Mahu akak migrain... hehehehe..

Teta bijak! Keep continue ask ur Umi ya sayang ^_^ *psss kasi Umi pening sikit, nanti Teta dah besar mesti Umi rindu ^_^*

IntanSham said...

sama lah kak yati dgn anak saya si aina, sebaya dgn teta, kdg2 soalan dia, sampai habis dah jawapan nak bagi... hahhahaaa

GREENJADE said...

hahaha klu saye terpana & hampit terpitam gak dpt soklan2 btubi2 gitu

Anuar-bkn soklan cepu emas jek..dh jadi soklan 'cepu cemas' cikgu-cikgi Teta nnt nk m'jwbnye..ihiks :D

*malu btanye sesat jalan..x gitu Teta..?hahaha**