“Seharusnya nama awak Norhayati Kara..”
Suami memberitahu saya pagi ini ketika dalam perjalanan menghantar Qaisara ke sekolah Turkinya. Hari ini ulang tahun perkahwinan kami. Kami bercerita mengenai banyak perkara yang terjadi dalam perkahwinan kami dan Alhamdulilah hidup kami semakin hari semakin bertambah baik dan bahagia.
“Huh..penat sahaja ayah saya membesarkan saya, bila sudah berkahwin nama Berahim itu ditukar kepada Kara..” saya meningkah. Suami ketawa. Saya tahu dia mengusik saya.
Setiap kali orang tanya sudah berapa tahun berkahwin dengan suami. Saya rasa macam dah lama, sebab saya kenal dia pun lama sebelum berkahwin. Jadi saya rasa macam dah 20 tahun berkahwin dengannya. This photo credit to my SIL Zekiye.
Saya sedar ramai orang melayu yang berkahwin dengan orang Turki atau bangsa asing, menukar nama mereka kepada nama keluarga. Bahkan nama anak-anak juga di letak nama keluarga. Ketika Qaisara dilahirkan suami mahu saya meletakan Qaisara Kara iaitu nama keluarganya, tapi saya menolak. Saya bagi alasan pada suami, suami patut berbangga mempunyai anak seperti Qaisara dan Qaisara harus berbangga mempunyai ayah bernama Seyit. Lantas saya letak Qaisara Binti Seyit. Supaya kata saya semua orang tahu, Qaisara itu anak pada Seyit dan Seyit itu ayah pada Qaisara. Sedangkan Kara itu adalah nama keluarga yang suami sendiri tidak tahu siapa orangnya.

Kami meraikan ulang tahun di dome sahaja. Makan beef steak he.he..
“Kalau suami isteri bercerai, apakah isteri harus menukar nama ke nama keluarganya semula?” saya tanya suami.
“Oh..dah pasti, mereka tidak boleh membawa nama suami..”
“Tengok betapa penderaan mental terhadap wanita telah berlaku. Sudahlah bercerai kemudian dipaksa menukar nama kepada keluarganya semula. Syukur kami di sini boleh mengekalkan nama ayah kami dalam apa keadaan”
“Cakap awak tu betul, di Turki sekarang kerajaan sudah membenarkan isteri mengekalkan nama keluarga mereka walaupun sudah berkahwin..”
Memang ada apa dengan nama, tapi bagi saya, saya bangga dengan ayah saya dan seharusnya saya bangga membawa namanya di hadapan nama saya.
Qaisara makan creamy pasta, tapi sikit aje makan. Suami yang habiskan makanan dia. Dia sudah berpindah ke meja sebelah. Sepasang suami isteri, isterinya melayu dan suaminya kulit hitam. Si isteri asyik memangku Qaisara, menciumnya dan begitu rancak bercerita dengan Qaisara. Saya punyalah risau takut anak saya dibawa lari orang. Padahal pasangan tersebut begitu baik sekali. Datang bersalaman dengan saya, berkali-kali mengatakan Qaisara sweet, clever dan cute..fuhhh..lega! Perjalanan balik suami kutuk saya yang bagi dia paranoid! Tapi kita kena hati-hatikan..
13 comments:
Salam Kak NB dan Tuan Seyit Kara.
Happy anniversary dan semoga sihat,murah rezeki,panjang umur dan bahagia selama-lamanya.
Salam dan Happy Anniversary to both of you. Semoga kekal hingga ke hujung nyawa.
Salam kak yati, happy anniversary utk akak dan suami. semoga akak & suami akan bertambah2 bahagia dan dimurahkan rezeki hingga ke akhir hayat... aminnnnn.... :)
happy anniversary kak yati! smg diberkati Allah & berkekalan sehingga ke akhir hyt.. :)
nadiah pun tak setuju kalau org duk tukar ke nama keluarga suami bila dh kawin :D
xsenang tengok perkahwinan campur. lagi2 kalau mereka yg x kuat berpegang pada agama. macam mana nak didik suami, atau isteri? klu kak yati lain la. mmg mampu. ni klu mcm artis, terbelah sana sini. macam mana nak didik suami klu diri sndiri tak terdidik. -pendapat je",)..hee
hepi wedding annivesarry utk akak & hubby.
bab berhati2 tu mmg perlu, nak2 lagi keadaan kat Malaysia yang tak berapa nak selamat dah sekarang ni, kan kak?
hepi anniversary kak yati.. semoga kekal bahgia hingga ke akhir hayat..
salma kak yati...happy anniversary..semoga bahagia hingga ke akhir hayat........
happy anniversary kak NB dan Tuan Seyit...wah...romantiknya kak dalam pic tu..hehehehe...intan pun nak cari mamat turki la camni hehehehehehe....
kak..walaupun suatu hari nanti if intan dah kawen..tapi intan ttp nak guna nama intan MGM...walaupun encik MGm tu selalu buat intan bengang hehehehe..mcm sesuai plak nama intan ngn MGM tu..
Salam Kak Yati,
Kak siapa pun jumpa Qaisara mesti nak pegang dia cium dia.. sebb dia cantik ^_^
Teta cantik!
Selamat Ulang Tahun perkahwinan ke-20 kekeke.. Dayah x tahu berapa.. iyer kan aje apa akak ckp hehehehe
kak yati,
selamat ulang tahun perkahwinan, semoga sentiasa berbahagia & dimurahkan rezeki selalu...
teta sweet.. semua pun pasti suka..
btw saya pun paranoid kalo anak saya dipegang org.. terutama anis.. org suka nak tegur dia, pegang2, bg gula2 lah.. lebih lagi kalo g shopping.. tu yg seme anak2 dipastikan berada dlm troli... :)
lebih baik berbangga dgn nama bapa sendiri dari nama keluarga..
sbb tanpa bapa,mana nk ade kluarga kn kak?
mmg sedikit paranoid/cuak2 bile ade anak yg somel & disukai ramai nih..makanye jd tertekan x pasal2 gitu.. hehehe
Hepi Anniversary to both kak Yati & bro Seyit Kara..moga ksh-syg & kebahgiaan berkekalan selamanya :)
Post a Comment