Beberapa hari yang lepas saya balik kampung di Melaka bersama kakak saya Mijah, Ojan, Akim dan mana boleh tinggal anak saya si Qaisara. Namun di Melaka, saya tidak ke mana-mana kerana rasa malasnya mahu bergerak. Ingat nak ke Jusco terbesar di Malaysia tapi Jusco tersebut sudah meletup dan ditunda pembukaaannya. Dan saya pasti Ketua Menteri Melaka sedang berpeluh memikirkan masalah ini..
TV di kampung pula rosak tapi kami tak kisah. Masa yang ada kami luangkan dengan berbual dan berbual, lebih-lebih lagi kakak baru balik dari Mekah. Asyik berceritalah. Berbual makan dan berbual. Letak goreng pisang satu pinggan besar habis, letak keropok habis..ha.ha.
Malam tadi kami balik ke Kajang semula. Tetapi setiap kali balik dari kampung ke Kajang kami pasti akan menghadapi satu masalah. Iaitu masalah Qaisara yang akan meraung macam orang digigit lebah.
Cuba bayangkan kalau kami berkemas dan letak beg di hadapan pintu sudah pasti dia tahu yang kami akan balik. Dia akan meraung walaupun masa untuk pulang sejam atau dua lagi. Punyalah teruk si Qaisara ni.
Jadi untuk mengelakkan dia menangis awal, pembantu rumah saya lalu pintu belakang untuk mengisi segala barang. Jadi Qaisara tidak nampak..
Semalam pembantu rumah melakukan perkara yang sama. Barang-barang yang sudah dikemas dimasukkan ke dalam kereta melalu pintu belakang. Jadi Qaisara yang leka bermain dengan sepupunya tidak nampak. Tetapi tiba-tiba emak tiri saya datang dang menghulurkan RM10 padanya. Mendadak sahaja Qaisara meraung seperti digigit tebuan.
"Hey..kenapa dengan Qaisara kenapa?"
Panik emak tiri saya bertanya Qaisara yang sudah menangis-nangis.
"Nek senah dah bagi dia duit, patutlah dia menangis. Dia tahulah, kalau nenek bagi dia duit sudah pasti dia kena balik ke Kajang. Hisshh..orang tak mahu dia tahu..."
Saya memberitahu emak tiri saya.
"Lah..manalah aku tahu.." emak tiri saya menjawab sambil ketawa-ketawa. Memang setiap kali dia mahu balik, neneknya pasti akan memberikan RM10 padanya untuk diisi ke dalam tabung. Jadi Qaisara sudah pasti sedar, saat pulang ke Kajang sudah dekat dan seperti biasa Drama Queen saya ini akan menangis sehingga suaranya hilang dan telinga saya berdengung.
17 comments:
kalau cerita pasal Qaisara ni..selalu buat intan sengih panjang hehehe..ada ada jer ragam dia kan..
hehe..qaisara ni mcm2 la. kalau tinggalkn dia sorg2 kat kampung dia nk tak kak?
hehehe.. gotcha! cerdik dia, lain kali kena buat script yg sama tuk satu rumah, :-)
intan qaisara ni aje ada tingkah dia..macam2 hal..selalu berangan dapat 2-3 orang macam dia..ha.ha
nadiah..mana umi boleh tinggalkan dia, alamat keraslah kat kampung menangis..ha.ha..
roza ini masa kecil, jangan besar dia buat umi dia pula menangiskan..
Moga2 dh besaq besok c Teta ni bkn jns kacang lupakan kulit kan NB... Ingat asal usul bla bla blha :D walhal koje beliau hanya main n mainkan? :D Suke benor dia kampung. Saya pon rindukn kampong :(
salam kenalan,,,ya allah comelnyer qaisara ni yekkk..ermm pandai bergayalah...
wakakakaka..
dh terbayang2 dah muka nenek tu blk tgok cucu die mraung tiba2...
mcm2 hal si teta ni..saper r yg ngajar die jd Drama Queen tu?umi ek?
kikiki..
hahaha...penat je misi simpan barang ikut pintu belakang yer kak...hahaha! =D
hahaha ini btul2 drama bersiri ulangan kak.ade2 aje keletah Teta yg buat sy tesengih2 pnjang
sian akak..misi ter'kantoi' tanpa disengajakan hehehehe
mula2 mcm sedih plak sbb si teta kna balik kg dah..tp, nak trgelak pun ada sbb gelagat drama queen dia tuh..adehlah..kecik2 dah beremosi nih..hihi..
Salam Kak Yati,
hahahaha.. golek den baca kak..
Adoi la Qaisara permata hati..
cepat betul deriamu ya..
taw2 jer...
teringt zmn kanak2 dl bila bc e3 ni..bila blk kg beginila keadaan saya..
heheheee.. anak2 kakyong plak, kalo lama jer balik kg @ bermalam di rumah mertua , bangun pg esoknya lepas jer sarapan terus ajak balik.. terutama fikri.. 'jom la ibu, balik rumah..' selagi kita tak berkemas selagi tu lah dia dok nagging nak balik...
teta tu sonok balik kg sbb ramai kawan kot..
wakakak mcm2 feel dak qaisara neh, susah nak sembunyi apa2 dgn dia..cepat je dia dpt detect ekekeke
balkisah..memang sentiasa berdoa siang malam, biarlah dia suka balik kg sampai bila2..
salam umiliya, selamat datang ke blog akak yang tak seberapa ni..
jim, akak sendiri pun teperanjat bila qaisara menangis meraung2..tapi bila dia tunjukkan duit kat tangan dia..barulah akak faham tau..
nuar..memang hancus misi kita orang..tak semena2 penangan rm10..ha.ha..
ha.ha..tinie, qaisara ni tingkah dia tak boleh diagak ..macam2 hal..
Aku, diriku..qaisara memang teramat suka balik kg, kalau dengar nak balik kg..dia da siap awal2 pagi..
dayah..dia memang cepat menangkap, tapi kadangkala bimbang juga..dia masuk rumah orang, balik nanti dia komplen macam2 kat kita..
hamizah, agaknya masa kecil2 semua orang suka balik kgkan..
kakyong, rasanya begitulah..di kampung ramai kawan, kerjanya bermain ajelah..
oh..qaisara tak boleh sembunyikan apa-apa dari dia, macam kucing atau anjing deria rasanya amatlah tinggi..
Post a Comment