Sebelum tidur, mesti ada sahaja permainan yang perlu saya mainkan bersama Qaisara. Walau sudah berada di atas katil, paling kurang sejam saya kena layan anak dara saya ini. Kalau tidak bermain dia akan menyanyi atau berlakon di atas katil. Kadangkala dia paksa kami suami isteri melihat dia membuat show.
"Umi kita main musafir nak?"
Ajak Qaisara. Saya tahu dia selalu main musafir dengan babanya. Macam mana permainan tersebut? Qaisara akan membentuk rumah dengan bantal-bantal dan saya harus ketuk pintu untuk masuk dan beritahu saya adalah musafir yang datang mahu meminta sedikit air.
"Tok..tok.."
Saya mengetuk pintu. Qaisara berpura-pura membuka pintu dan mulutnya berbunyit...aittt....seperti bunyi pintu di buka.
"Assalamuailakum.." saya memberi salam.
"Waalaikumshalam (cara qaisaralah).
"Saya ni musafir. Saya nak minta air sikit.."
"Oh..masuklah.." Saya pun masuklah..
"Awak duduk seorang ke?" saya tanya Qaisara.
"Tak dengan baba saya.."
"Mana baba awak?"
"Dia ada kat bawah, tengah main kad kat komputer.." balas Qaisara. Saya sudah gelak.
"Mak awak mana?" saya yang menjadi musafir bertanya.
"Mak saya kat kampung.."
"Oh..nama awak siapa?"
"Nama saya Teta.."
"Nama ayah awak siapa?"
"Nama ayah saya Seyit Kara.."
"Oh..nama emak awak siapa?"
"Emak saya Norhayati Berahim.."
"Nama awak siapa pulak.." Giliran Qaisara bertanya saya pula.
"Oh..nama saya Ting Tong!" Balas saya sambil ketawa.
"Aik..bukan ke nama umi Norhayati Berahim.." Kah..kah..Qaisara dia mencipta cerita, dia sendiri sudah keliru.
"Eh..itu nama mak awaklah, saya ni musafirlah.." terang saya.
"Ya tak ya pulak!" Qaisara sudah menepuk dahinya dan kami berdua sudah ketawa berdekah-dekah. Ha.ha.ha..
"Hmm..awak duduklah, saya buatkan awak jemput-jemput dengan air jus.." suruh Qaisara sambil leka tangannya berpusing sana-sana. Seperti mengadun jemput-jemput.
Ha.ha.ha..baik sungguh hati tuan rumah ini. Kalaulah semua orang tahu bagaimana melayan musafir seperti Qaisara, ramailah yang bermusafir semata-mata kerana ALLAH.

16 comments:
hahahaha.. teta ni lawak betullah!!!! ada je kerenah dia.. tergelak-gelak saya baca entry ni...
kahkahkah...lucu betul! qaisara qaisara, celik mata je dah mula kasi umi dia pecah perut...ekekekeke
ahaha...lawak la qaisara ni. pandai berlakon lak tu :D
hehehhe..lawak juga teta ni...mesti x sunyi rumah dengan telatah dia...
hahaha..
jim rasakan,bile besar nnt, teta leh jd pelawak N plakon air mata..kikiki..
comel btul teta tu..
kalau dh btul2 pandai wat cekodok nanti, aunty nak bermusafir ke umah teta lah ehehe
muahahahhaha
lawak la kak
tersenyum kite baca
heeeeee
wakaka... lucu teta ni. seronoknya. ada aje kesah qaisara yg mencuit hati. sib baik teta tak bertanya, nape nama awak ting tong. jenuh pulak akak nak menjawab nantii.. hehe
Salam Kak yati,
hahaha.. ada juga permainan mcm ni yek.. x pernha tahu.. best..best.. best..
hahaha nasib baik x bjiran..klu tdk mau hari2 auntie tini bermusafir ke umah Teta..dpt mkn free hari2..whahaha
*kreatif lah pmainan nih..pupuk smgt ksh-syg sesama insan..i likeee.. :)
hihi...kalau anak saya berlakon mcm ni halamatnya time dia buat jemput2 itulah uminya lena dulu...
yatie..hari2 ada aje permainan dia, macam-macam..suami pun suka melayan..
Qaisara memang tak boleh dok diam nuar, dia seorang sama macam 5 orang...
nadiah, kegemaran dia menyanyi dan berlakon..tapi tadika akak masukkan ke sekolah agama, bernasyidla esok..ha.ha
umi. kalau dia tak ada sejam pun terasa..
Jim..tak maulah dia jadi pelakon, he.he
Yatichomeyl, Qaisara yg sebenarnya memang murah hati, kalau pegi padang mainan mesti bawak gula2 bagi kawan2..
jane..thanks baca blog akak..
yelah ida baik dia tak tanyakan, kalau dia tanya senang aje..emak dan ayah saya bagi nama tu..ha.ha
Dayah, mainan ni direka oleh babanya, selalu main dgn babanya, bila baba sibuk..umilah layan..ha..ha
ha.ha Tinie.kalau Teta tak pandai masak, umi dia boleh masak sikit2, nak datang makan pun apa salahnya..
Sitisifir..hmm..qaisara selagi dia tidak tidur jangan harap uminya dapat tidur..
hahhahahhaha...lawak betul la qaisara nie..dia sndiri bleh konfius..
Post a Comment