Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Saturday, December 12, 2009

TERIMA KASIH YA ALLAH!




Cepatnya masa berlalu! Pantasnya waktu berlari seperti tidak dapat dikejar. 30hb October hari itu saya mengambil tanggungjawab menjaga Ojan dan Akim. Hari ini saya akan menghantar dia pulang ke rumahnya kerana umi dan ayahnya akan pulang dari Mekah.
Dua hari lepas saya ke rumah kakak saya. Membersihkan rumah. Seminggu sekali atau dua kali kami akan ke sana. Ojan rindukan biliknya dan Hakim rindu untuk bermain PS2 di rumahnya.
Ketika kami selesai berkemas saya berbaring di bilik Ojan.
"Andak ingat tak?"
Tanya Ojan, dia berbaring di sebelah saya. Saya pegang tangannya.
"Dulu andak tidur di bilik ini dan Ojan tidur setiap malam di sebelah Andak. Andak akan bercerita dengan Ojan setiap malam sebelum Ojan tidur.."
Masakan saya akan lupa perkara tersebut. Saya dahulu tinggal dengan kakak saya sehingga Ojan berusia 9 tahun. Saya yang menunggu kakak saya di luar labour room ketika kakak saya melahirkan Ojan. Saya orang pertama melihat Ojan lahir ke dunia selain daripada kakak saya, jujurawat dan doktor.
"Ingat apa pula tak ingat sayang.."
"Andak akan cerita macam-macam cerita. Tapi karektornya tetap sama, Ali dan Abu. Kadangkala Ali jahat, Abu baik. Kadangkala Abu baik, Ali jahat.."
Ojan bercerita. Kami ketawa. Ya..saya masih ingat. Setiap malam Ojan pasti akan meminta saya bercerita. Cerita apa sahaja tetapi dia yang selalu mahu Abu dan Ali mengambil bahagian dalam cerita saya.
"Andak bercerita tak dengan Qaisara sekarang ini?" Ojan bertanya.
"Qaisara macam Ojan juga, tiap malam Qaisara akan minta andak bercerita.."
"Siapa karektornya kali ini Andak.." Ojan sudah tergelak.
"Qaisara dia suka Alia, Mimi, CiCi.."
Mengimbau kenangan lalu memang seperti tidak percaya. Ojan yang kecil dan amat manja dengan saya satu masa dahulu sudah hampir menjangkau usia 16 tahun. Dia sudah besar dan selalu berangan dapat lesen kereta dan membawa ke mana sahaja saya akan pergi.
Dapat menjaga Ojan dan hakim lebih kurang 7 minggu, saat-saat yang amat mengembirakan saya. Ojan agak berdisplin. Akan bangun bersolat subuh tanpa di kejutkan dan pukul 9 akan menghadap sarapan paginya. Hakim pula agak suka tidur. Kalau tidak dikejutkan dia akan tidur sampai jam 12 tengah hari. Bersarapan pagi tidak kira waktu.
Setiap hari saya akan bertanya.
"Dah mandi tak? Dah gosok gigi tak? Tengok gigi?"
Ha.ha.ha..teruknya saya sebagai emakkan? Tapi mereka sering gelak-gelak kalau saya melakukan begitu.
"Dengan andak ni teruk! Kalau nak berjalan, kena pakai baju cantik-cantik. Kalau dengan umi. Umi tak kisah pun. Pakailah apa aje.."
Ojan membuat komennya terhadap saya. Tetapi saya tidak kisah. Memang setiap kali mahu keluar dengan saya, saya akan pastikan seluar dan baju apa yang mereka berdua perlu pakai. Kalau dibiarkan mereka pakai sendiri. Mata saya yang sakit! Mereka boleh pakai selipar yang sudah nipis dengan seluar track bottom yang koyak sana sini!
"Jangan naikkan kemarahan umi. Umi penat. Kasihan umi. Lepas pakai baju masuk dalam bakul. Jangan main campak sahaja. Andak ada pembantu rumah. Umi tak ada. Umi penat. Tengok betapa susahnya Umi dan Andak bila nenek meninggal"
Itu nasihat saya pada Ojan dan Akim. Ojan yang kadangkala beritahu Uminya suka membebel. Emak mana yang tidak membebel dalam dunia inikan?
Hari ini saya akan melepaskan mereka. Saya akan rindukan saat bersama mereka. Melihat Ojan melukis, memerhatikan Akim yang bermain dengan Qaisara. Malam tadi seperti dapat mengesan sesuatu suami meraba muka saya. Dia seperti dapat merasakan saya menangis! Namun kerana dalam gelap dan saya pantas sahaja mengesat air mata saya dia tidak dapat mengesan. Pagi ini di hadapan PC saya menangis lagi.
Bila tuhan akan beri saya peluang menjaga mereka lagi! Seperti kata Lizabujang.
"Macam mana kita sayangkan mereka. Mereka tetap anak orang.."
Ya..mungkin hakikatnya, mereka anak kakak saya tetapi mereka macam anak saya lebih-lebih lagi dengan Ojan selama sembilan tahun sentiasa bersama saya. Sering muntah di badan saya (dia sebiji macam Qaisara, makan lebih sikit, pasti muntah), sering mengikut ke mana sahaja saya pergi..
Dan pada ALLAH saya berdoa supaya anak-anak ini akan ingat Andaknya...


20 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

tumpang sayulah baca entry ni...

agaknya nuar pun akan alami benda yg serupa

farahi said...

akak dh wat kwajipan akak dgn yg trbaik buat mereka brdua..insya Allah, mereka takkan pnah lupakan semua tuh..sebanyak mn akak sygkan dorg, rsnya sbyk tu jugaklah mereka sygkan akak..huhu..sedih gak..

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

sayunye kak..
umah ojan jauh ke kak?
klu dekat,leh r tetiap mggu akak p jenguk die..

Madam Casper said...

Kak meleleh air mata saya baca n3 ni. Sedihhh.
Baca n3 ni buat saya redha dengan keputusan yang sy dan en.atan decide. Tapi dalam versi lain la kisahnya.
Saya nak tebus balik masa saya dgn anak2. W/pun bukan executive besar tapi saya tak sempat nak luangkan byk masa dgn anak2. Masuk kerja seawal jam 8 pagi balik jam 530 ptg. Dek kerana tak ada helper terus sinsing lengan baju buat kerja rumah. Sebelum maghrib yg besar dah pergi mengaji. Lepas tu kalut dgn yg kecil. Saya sedar saya dah abaikan anak2..huhuhuhuhu. Sampaikan masa abg nak exam tak sempat saya nak baca yassin adoiiiii..sedih laa kak.
Jadi saya harap saya dapat tebus balik masa2 tu..moga2 segalanya di permudahkan Allah.

yatie chomeyl said...

mesti lah diorang akan tetap ingat kat Andak sampai bila2..

Leeza said...

Sejauh mana anak2 itu pergi kak...mereka akan tetap sayang dan ingat kita. Percayalah...anak2 buah za walau dah berkeluarga masih manja dengan mak usunya ini.

GREENJADE said...

sebak bc n3 akak kali nih

sy amat2 memahami akak di saat pepisahan itu..bbcoz sy juga mmbela & mnjaga anak2 buah [2 org] sjk dorang baby till skg dgn sy..

ape pon akak dh buat yg tbaik..InsyaAllah moga ksh-syg Ojan & Akim sntiasa buat akak slamanya :)

Deeeee said...

Salam Kak Andak.. ehh silap Kak Yati hhehehe...

Mesti Ojan & Akim selalu igtkan kat Andak dia.. Ojankan dah janji nak jd driver Andak kemana sahaja ^_^

Deeeee said...

Salam Kak Andak.. ehh silap Kak Yati hhehehe...

Mesti Ojan & Akim selalu igtkan kat Andak dia.. Ojankan dah janji nak jd driver Andak kemana sahaja ^_^

Nadiah Sidek said...

sayunya baca entry kak yati kali ni..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

nuar..yelah, mesti sedihkan bila piah satu masa nanti dewasa dan nuar ada keluarga sendiri..

Aku& diriku, harap2 begitulah..itu doa akak siang malam..

jim, umah ojan tu taklah jauh..sekangkang hantu kangkang aje..ha.ha..tapi yela dia orang sibuk dgn sekolah tuisyen..etc..

casper..memang kadangkala kita kena buat keputusan demi anak-anak. Casper nak berhenti kerja ke? sebenarnya sebaik2 isteri dan emak adalah di rumah, tapi kadangkala nak buat macamanakan, ekonomi perlu dijaga juga, tidak semua orang bernasib baik dapat tinggal di rumahkan...

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

yatiechomeyl, harap2 begitulah..Amin..

za, memang itu yang kita harapkan dan selalu doakan..

Tinie, yalah ada ketikanya bila anak2 yang kita sayang, yang kita kepit sudah jauh daripada kita, kita pasti rindu dan kalaulah jam itu boleh dipusing semula..

Dayah..harap2 begitulah..janji ojan dengan mak andaknya akan tertunai..

Nadiah..entry ketika hati sedang sayu..he.he

Marzalina said...

ojan dan akim memang bertuah dapat ibu saudara macam kak ni..bertuah betul depa..

dlittlekitchen said...

touching citer NB kali nih..

Unknown said...

Kak, apapun cerita-ceriti akak yg dipaparkan disini akan menjadi menarik dan penuh bermakna. Inilah anugerah Allah yg tak ternilai utk yang terpilih... Alhamdulillah..

Ida Ra said...

Salam, Kak Yatie, sayunya hati saya baca entri ni. Saya baru ada anak saudara seorang tapi saya tetap sayangkan dia macam anak saya walaupun saya belum kahwin heheheheh. Saya kagum dengan Kak Yatie....:)

idasm said...

memang sayu baca entri ini. tp ida sure kak, diorang semua akan ingat andak diorang yg baik hati nih. insyaallah kak.

afzia hanim ibrahim said...

pertama kali sy komen dalam blog kak yati nie... selalunya sy cuma tumpang baca sahaja... entri ini benar2 membuatkan hati saya sayu... saya juga benar2 sayangkan anak saudara saya, baju yg saya belikan tuk dia lebih mahal dari baju saya sendiri, kasut untuk dia pun lebih mahal dari kasut saya sendiri... pendek kata saya berikan yang terbaik untuk dia... saya tak mengharapkan balasan... cukuplah jika dia mengingati saya sebagai auntinya...

Nur Asiah said...

kak yati..sedih la plak bila bc ceta nie..sayang diorang kat akak ya..akak pun sayang sungguh kat diorang..

Najla' Az-Zahra said...

sedih membacanya...terasa betapa kasihnya akk ti ngan ojan n hakim..jgnkn dpt andak...dpt kenal ngan akk ti pun dh sjuta kesyukuran buat naj... :')