Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, December 22, 2009

TEKNOLOGI YANG MELALAIKAN

Sebenarnya dah lama saya mahu menulis mengenai perkara ini. Mengenai kita manusia yang terlalu taksub dengan teknologi/internet sehingga pemikiran sentiasa dikuasai dengan teknologi yang direka oleh orang-orang barat. Baru-baru ini saya terbaca di blog Intan MGM bagaimana dia hampir terlepas bersolat kerana leka bermain game di Facebook.

Bagi saya ini bukan berlaku pada Intan seorang sahaja, pada ramai orang lain. Beberapa bulan yang lepas saya melihat seorang teman yang membiarkan rumah bersepah dan anak tidak terurus semata-mata leka berladang di Facebook. Rata-rata yang saya lihat yang berladang di facebook ini kaum ibu yang mempunyai anak-anak dan suami. Sanggup bersekang mata semata-mata mahu berladang yang langsung tidak ada hasilnya! Alangkah ruginya kita..

Cuba bayangkan, kalaulah masa yang terluang di hadapan komputer kita manafaatkan seadanya sudah pasti banyak perkara yang kita boleh lakukan terutamanya meningkatkan hubungan kita dengan keluarga dan juga ALLAH. Kalau sudah asyik berladang, kain baju tidak berkemas, anak-anak tidak diberi makan sewajarnya dan memasak untuk suami cuma ala kadar. Tidakkah kita rasa bersalah sebagai seorang isteri dan ibu. Kalau dengan keluarga pun sudah terlalai, sudah pasti kita mengabaikan perkara yang tidak kita nampak iaitu hubungan kita dengan ALLAH.

Kalaulah masa yang kita habiskan di hadapan komputer tanpa faedah itu kita luangkan dengan mengaji Al-Quran, bersolat dan berzikir. Berapa banyak saham akhirat yang kita dapat? Saya sendiri pun kadangkala terlalai dihadapan komputer/internet sehingga solat pun hampir ke penghujung tapi sering mengingatkan dirinya sendiri jangan sesekali, internet dan komputer memanipulasi diri saya. Gusar juga kalau terlalu leka berada di hadapan komputer sehingga tuhan tarik balik rezeki yang telah diberi pada saya.
Lagi satu kalau kita menanam sayur dan bunga di kehidupan nyata ini alangkah bagusnya. Hasilnya dapat dinikmati seadanya.
Orang orang barat mahu melemahkan manusia adalah melalui hiburan. Tidak kiralah hiburan itu melalu permainan, nyanyi atau pun rekaan teknologi terkini. Sebab itu youtube direka, beribu-ribu permainan dicipta supaya hiburan itu meresap dalam fikiran kita dan menganggu kerja-kerja seharian terutamanya ibadat kita pada ALLAH. Dan melemahkan kita pada agama yang menjadi kekuatan dan tunjang orang Islam.
Dalam Islam sendiri hiburan dibenarkan, tapi kita ada garis panduan sendiri dan paling penting tidak melalaikan. Duduklah berapa lama yang kita suka di hadapan komputer, tetapi paling penting kita sudah menyelesaikan segala kerja kita, tugas kita terhadap ALLAH dan keluarga.
Tapi rasa saya, saya yang mempunyai anak seorang ini pun terlalu banyak perkara yang harus dikerjakan..memang langsung tak ada masa untuk berladang apatah lagi bermain apa-apa permainan di komputer, bahkan untuk menunggu youtube yang asyik buffering aje pun saya rasa hanya membuang masa sahaja..

15 comments:

Marzalina said...

salam kak NB..

betul kata kak..orang2 barat gunakan teknologi untuk lalaikan umat islam. intan sendiri dah jadi camtu..maian game sampai lupa solat..kadang2 bila solat..dalam fikiran asyik ingat pasal FB plak..kerja kat pejabat banyak tergendala sebab game yg tak berfaedah tu...bukan intan sorang jer..kawan2 pejabat pun sama..semua ralit main game yg sama...ada suami yg merungut juga..mujurlah intan tak pasang internet kat umah..kalau tak..encik MGM naik angin..habis laptop intan kena humban hehehehe..intan harap sangat hubungan intan dgn Tuhan tak rosak kerana benda ni..mudah-mudahan Allah ampunkan kita semua atas kelalaian kita ni. Sesungguhnya bila Dia sedarkan kita..tandanya Dia mengingati dan mengasihi kita.

Sidratul Muntaha said...

salam kak
lalai atau tak
tu atsa kita
kengkadang,bkn komputer jer or tenet
tgk tv pun boleh lalai
zaman berubah tpi kita ni jgnlah yg hanyut
sebenarnya byk benda lagi tpi apepun..cam kita ni jgn jdi hamba duitkan?so sama jugak cam teknologi ni..jgn jdi hamba teknologi...
abis citer...
pndai2 ler kontrol..
tpi manusia ni kan mmg mudah sgt lupa dan lalai..
saling ingt mengingat tu mmg baik..

idasm said...

susah kalau terlalu leka dan tak sedar diri. akak.. ida pun suka main game kak, tp alhamdulillah masih boleh bezakan yg mana haru s idutamakan. hehe...

Nor Azlina Yusof said...

salam kak yati..Aween nak share tips ja..lari fr topic sikit..huhuhuhu..Kalau tggu youtube lambat..akak install la download manager..pastu blh la..download dr youtube..laju ja kak..coz size file kecik..so..tak yah akak tunggu lama nak tgk youtube..Sorry ya kak..lari tajuk..

NIk Fauziah Nik Hussin said...

salam kak..

mmg btol teknologi (atau apa saja) kita yang kena tentukan buruk baiknya. Tp selalunya ia mudah disalahgunakan. Teringat kata sorang profesor jepun..org jepun belajar bhs inggeris untuk ambil ilmu mat salleh.. tp org melayu belajar bi banyaknya yang ambil budaya tak semenggahnya! agaknya lah kan??

ain said...

saya setuju ngan n3 kak yati ni!! nasib saya bukan kaki fb atau any games. hanya blogging sahaja. blogging pun hanya selepas saya sudah menyelesaikan kerja rumah dan hal suami dn anak2. Tapikan kakkk, saya ni kaki novel lah, satu mggu sampai 3 4 novel saya beli dan habis dlm masa 2 3 hari. nasib la hubby jauh, kalau takkk..mau kena sound gak.hihi

yatie chomeyl said...

terkena sekepuk atas hidung sendiri. terima kasih menyedarkan saya. suami pun dh banyak kali nasihatkan jangan terlalu lalai main game ..huhuhu

ازلينا ااحمد‬‎ said...

Kak, Ustaz Fathi Yakan ada bagi peringatan sedikit tentang internet ni di : http://www.scribd.com/doc/18013125/Bagaimana-Melayari-Internet-Dengan-Kebersamaan-Allah

Leeza said...

Salam kak Ty...don't worry, za takkan lalai. Sekarang ni tengah susah hati sebab za dah macam boring dengan laptop ni....termasuk internetnya. Nanti kalau za lama menghilang jangan cari pula.

GREENJADE said...

wpon sy ade FB seb baik sy x suke games2 dia.malah x pnah amek tau pon hehehe

stuju lah dgn akak.mereka2 itu xceli sedar mende2 yg melalaikan tuh..esp tv pon pngaruh besor gak tuh.kekadang pngaruh kwn2 pon menjadik gak..mcm berlawan2 plak sy nengok.

cth nye mcm konsert AF etc..klu bley xnak ketinggalan update mcm kwn2..blum lg drama2 besiri yg start time maghrib2 tuh..mcm2..alehai byk benor mende2 melalaikan nih

apepon pndapat sy,individu itu sndri yg perlu kawal diri memasing.kelak yg rugi diri sndri.
'MATA BESAR' kapir sdg memerhati kejatuhan umat Islam..

SyuQ said...

bg pendapat sy, teknologi tidak melalaikan tetapi memberi kemudahan pada kita. mcm penggunaan internet. melalui internet kita blh berblog, berkongsi cerita dan pendapat, ber chat thru ym, mirc n mencari kenalan seluruh dunia. melalui internet juga kita boleh berniaga online mcm menjual aksesori wanita dan sebagainya. dan tak salah juga kita mencari sedikit hiburan menggunakan internet melalui youtube dan sebagainya tetapi biarlah hiburan yang membina. apa yang menjadi masalahnya, adalah diri kita sendiri. kita yang menyebabkan diri kita lalai sehingga terlupa tanggungjawab pada diri sendiri, pada keluarga dan pada ALLAH. tak salah bila kita berladang dalam facebook. tetapi bila tiba time solat, kita solat. bila tiba time memasak untuk suami dan anak2, kita memasak. bila tiba time kerja kita kerja. apa yang menjadi pemerhatian sy, yg menyebabkan kita lalai kerana kita tidak pandai membahagikan masa dan tidak sedar tanggungjawab yang lebih utama. bukan kerana teknologi itu sendiri. tepuk dada, tanya pendapat masing2...

Unknown said...

kak, saya perlukan fb utk berhubung dan berkongsi dengan rakan2.. ttp saya tidak memerlukan fb semata2 utk games yg saya akui ianya melekakan. Syukur... saya tidak mempunyai minat ke arah itu..

Misz said...

salam akak...dalam era globalisasi skrg ni...langkah kita perlu seiring dengan peredaran masa...kalau kita terleka kita akan tertinngal...tapi yang penting pengaplikasiannya dalam diri kita...jangan sampai taksub tu melekakan diri kita...cukuplah sekadar tahu..jangan sampai merugikan diri sendiri...
sebagai guru..saya rasa saya perlu mengikuti peredaran zaman skrg ni...ia memudahkan saya memantau perkembagan anak murid saya...menasihatkan apa yng perlu mereka pilih n apa yang mereka jauhkan...mcm kata akak dlu..susah menjadi ibu bapa zaman ini...kadang kala ada tingkah mereka yang tak mampu kita jangkau...kepada semua ibu bapa...sama2 kita renungkan...kemana anak2 kita..

dlittlekitchen said...

salam... mmg btul FB ni kadang melalaikan sangat, dulu mula2 sy gila main bowling, lepas tu dh addict so sejak dari i2, sy dh berjanji x mahu terjebak lagi.. skrg ni sy geram tgk En. Suami asyik mengadap FB, sanggup tido lewat malam duk melayan mcm2 game dlm FB tu... kalo ikut hati mmg geram sesangat, tp pagi tadi sy ckp kat dia, "Alhamdulillah abang kejer OT smp pagi, cukup bulan boleh laa kita mintak FB bayarkan loan rumah dan kereta kita kan.... ", terdiam dan termenung sekejap dia...

en_me said...

salamm singgah akak tewww..