Saya memang sukakan buah-buahan. Apa sahaja buah-buahan sentiasa menyelerakan. Bila berkahwin dapat pula suami yang sukakan buah-buah jadi hidup saya bertambah gilang gemilanglah jadinya kerana dapat makan buah-buahan selalu. Kalau setiap bulan kami habiskan dalam anggaran Rm300-400 untuk susu Qaisara begitu jugalah perbelanjaan buah-buahan kami. Kadangkala tak masuk diakal. Tetapi memang begitu. Kalau suruh suami membeli buah-buahan lagilah dahsyat. Dia boleh habiskan rm150 untuk buah sahaja dan ianya hanya tahan seminggu.



Ini juga buah kegemaran saya dan juga suami. Kalau di negara Asia durian adalah Raja segala buah, tetapi di Eropah mangga adalah king of fruits mereka. Tidak tahulah kenapa buah mangga digelar begitu, mungkin sukar untuk didapati atau harganya yang mahal. Saya boleh habiskan buah mangga sekilo atau dua kilo sehari dan suami kalau diikutkan 5 kilo pun boleh. Heasy..melampaukan. Sebab itu saya tanam pokok mangga depan rumah. Walau pun kecil dan rendah, pokok mangga saya sudah 3 kali berbuah. Di Turki memang tidak ada buah ini, kalau ada pun terlalu mahal dan diimport dari India. Dahulu suami akan beli mangga saban hari, sehingga saya naik jemu.


Ini namanya grapefruits. Tak ada kena mengena dengan buah grape atau anggur ya. Suami sangat suka buah ini dah saya pula sangat tidak suka kecuali dibuat jus atau salad. Kerana apa? Ianya terlalu masam..



Oh buah-buahan ini sentiasa ada di dapur rumah saya terutamanya tembikai dan honey dew. Rock Melon jarang ada dan harganya amat mahal. Sebiji kecil akan menjangkau RM15. Kadangkala kalau di Tesco buah honey dew dan tembikai dijual murah, berbiji-bijilah di beli suami. Paling kurang seminggu 3 biji dan kalau murah boleh 10 biji seminggu. Suami suka breakfast buah-buah ini dengan keju. Kata dia di Turki musim panas sahaja ada tembikai dan harganya tidak semurah di sini. Tetapi kadangkala cemuih juga tengok asyik tembikai dan honey dew sahaja di dapur rumahkan..ha.ha..

Ini buah kegemaran siapa kalau tidak Teta dengan babanya. Hmm..selalu suami saya makan di luar buah ini dengan kawan-kawannya. Walaupun agak berbau tetapi ramai kawan-kawan suami suka buah ini. Mereka selalu pergi ke tepi jalan melepak di situ dan makan ramai-ramai. Setiap kali makan buah ini di luar, suami kena basuh tangan dia bersih-bersih. Kalau tidak, bila balik Qaisara cium tangan babanya dan dapat tangkap babanya makan durian. Alamat saya terpaksa tadah telinga mendengar Qaisara membebel.
"Umi baba makan durian tak ajak Teta!" Ha.ha.ha..

Kalau hendak cerita buah apa yang saya suka, semuanya saya suka. Buah rambutan, buah manggis, buah berangan. Semuanya saya suka. Cuma saya rasa, saya tak suka buah Apple. Tidak tahu kenapa. Buah apple adalah buah terakhir yang saya makan apabila sudah tidak ada buah lain untuk dimakan..
Kata suami bersyukur di Malaysia macam-macam buah ada, bukan setakat buah anggur, apple tetapi buah-buahan tropika. Oh..ada satu buah yang amat saya suka tapi jarang di dapati di Malaysia. Kecuali balik ke Turki sahaja saya dapat makan puas sepuas-puasanya. Sudah tentu buah ceri!
20 comments:
pernah dengar pasal miracle fruit x? buah kecik yang bila kita kulum lama lama nanti makan apa sahaja buah buahan yang masam seperti grapefruit itu akan rasa manis gile? buah strawberry manisss sangat apple hijau manissssss sangat rapuh sedap.
honey..
setahu akak ada dua jenis miracle fruits ini, di kampung dulu banyak sekarang susah nak cari, kami panggil buah lembah, pokoknya macam pokok kelapa tapi kecl.cuma masa dulu tak ada grapefruits jadi tak dapat nak taste buah masam ke tidak...
di negara eropah miracle fruits yang sejenis buah beri itu..
tapi tak tahula ada lagi miracle furits yang lain honey maksudkan..
sedap semuanya.....cuma buah pisang kaki dan buah salak za tak pandai makan.buah terap memang tak boleh cium baunya...pening.kita bersyukur dapat makan semua jenis buah.
vahh majoriti mt feveret fruits lah..
kak,pisang kaki juga byk di Itali..sms sy di sana smpat memetik & mkn buah fresh tuh..manis & rangup. :)
aduyaiii mangga...ferghhh..sy suke mkn dgn cili api kicap diperah dgn air limau kasturi..duhh kecur liur ku :p
bestnyer tgk buah2..sama mcm saya penggemar buah esp mata kucing dan rambutan. Sekali hadap saya dapat habiskan 3 kilo..huhu
owh skrg mmg musim buah pisang kaki nih..org jepun pon panggil buah ni "kaki" jugak. sedap2..manis2..musim sejuk2 cenggini mmg buah kaki & strawberi melambak2..hari2 makan buah kaki je ehehe
seronok pulak baca cerita kak yati psl buah2an ni. we all anak beranak suka sgt buah mangga n buah anggur!! sekilo sekali hadap je.hihi
amboi!
citer pasal buah pnjg berjela..kikiki..
rock melon sgt best!
jim ingat lg,time blaja kt dungun,everyweek kene serve fruit platter.. klu ade rock melon,tu r buah yg jim akn serang dulu!yummy!
salam kak yati..
singgah melepas rindu...
nadiah suka mangga jgk! tp dgn syarat..mangganya mesti manis..tak suka masam2. durian pun suka..tembikai pun suka..anggur suka gk tp bkn yg masam la. entah knp nadiah dpd dulu tak suka mkn benda2 masam ni
bestnyer bercerita pasal buah. akak ni kalau menulis, pasal apa pun , sedap aje bila membacanya. hehe. akak, ida x pernah makan persimmon tu, selalu tgk kat pasar borong. mcmn rasanya yea? .. hehe.
intan suka makan buah buahan..tapi tak suka makan sayur sayuran...hehehe
Wah baca cerita Kak Yati pasal makan buah, kecur air liur.....
Emm semuanya sedap , Bersyukur negara kita ada bermacam2 jenis buah yg boleh kita dapati disini.
ish2, mewah buah sungguh ....
Saya memang sudah empat hari makan buah utk breakfast, lunch dan dinner. 4 hari sebelum tu makan telur je. Itulah menu diet saya utk seminggu ni sebelum treatment utk esok.
heheh xtau la rupa pokok tu sebab ayah baru start tanam je, dia dok amik kat rumah kawan dia. so dpaat la kitaorg merasa buah masam tapi manisss sangat.nak bagi kat NB pn x tau macam mana
penah makan buah tunjuk langit x..
pnjang btul kak yati menceceh psl buah ne. bagus jugak. sy pun pnggemar buah, sbb jarang makan sayur. memilih sayur! ;P
teringt buah2 'eksotik' kat kmpung sy yang kdg2 org xkenal.
* buah nanam (kat tganu org pgil buah katak puru)
* buah nona
* buah rokam
* jmbu mawar (teringt je, kecur air liur....)
hehe...
makanlah buah untuk kesihatan anda. ;)
saya ade beli papaya solo.. tapi kulit die kaler hijau.. dah boleh makan ke? or kene tunggu kuning jugak?
it's my first time buying papaya solo
Post a Comment