Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Sunday, June 14, 2009

TETAMU YANG TIDAK SAYA JEMPUT MASUK

"baca en3 ni terasa lucu lak kak.. teringat duk bawah pokok tunggu tuan rumah..pastu kena halau balik plak tu hahahah!..Bagus en3 akak.. boleh muhasabah diri sendiri."

Komen daripada Nik Fauziah mengenai entry saya Adab menerima tetamu, menyebabkan saya tersenyum sendiri. Sebagai wartawan Nik Fauziah mengalami pelbagai peristiwa, salah satu peristiwa yang masih berbekas di hatinya apabila dia mahu menemuramah seorang personaliti/penulis tetapi puas dia menunggu di bawah pokok tanpa dipelawa masuk oleh emak dan anak-anak personaliti/penulis itu. Dan lebih mengecewakan Nik Fauziah apabila personaliti itu yang baru pulang dengan keretanya mengatakan yang dia terlalu sibuk dan tidak mahu diinterview. Apa perasaan anda apabila menjadi Nik Fauziah? Di mana adab kita sebagai orang Islam. Kenapa selepas membuat perjanjian dengan Nik Fauziah mahu diinterview, bila mengetahui yang Nik daripada majalah yang tidak glamour seperti majalah Mangga atau URTV, dia tidak dibenarkan masuk.

Memang saya selalu juga tidak menjemput tetamu masuk. Tetapi tetamu itu selalunya yang saya ragui.
1. Contohnya seorang lelaki berkulit hitam manis, lagaknya seperti orang asing. Membawa sekeping surat dan mengatakan dia mahu meminta derma untuk surau ini, untuk surau itu dan menunjukkan senarai penderma di kertas yang sudah kusam dan kotor. Tetamu ini memang tidak saya layan langsung.

2. Pernah ada lelaki yang kotor mungkin bekerja memperbaiki jalan raya, membawa botol kosong meminta air untuk minum. Saya tidak membuka pintu pagar, tidak menjemput dia masuk tetapi saya ambil botol kosong tersebut dan saya penuhi dengan air..

3. Saya juga tidak pernah menjemput masuk mana-mana individu yang suruh saya mengores, kad gores dan menang..

4. Saya juga tidak pernah membenarkan anak-anak yang menjual kismis doa atau apa sahaja masuk. Saya ragu, tapi saya kasihan anak-anak ini. Saya jarang membeli barangan yang ditawarkan tetapi saya kerap bagi anak-anak ini duit dengan berpesan. "Duit ini untuk kamu beli air, beli karipap tau. Bukan untuk sekolah kamu.." (teruk sayakan).
Tetapi kalau tetamu itu sudah membuat janji dengan saya, Insya-ALLAH saya akan menjemput dia masuk dan sekurang-kurang saya akan hidangkan dia meehon goreng.

Kasihan Nik kerana perkara ini terjadi padanya dan kalaulah ini terjadi pada kita apa perasaan kita? Sudah pasti kita malu dan kecewakan..

Dan sebab itu saya selalu mengingati diri saya, bagaimana saya tidak suka pun dengan seseorang tetamu, tetapi saya harus memanis muka dan tersenyum. Kerana senyuman itu adalah penawar keresahan dan mengubat hati yang luka..



9 comments:

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

btul2...
senyum itu pengubat sgala kekusutan..

NIk Fauziah Nik Hussin said...

huhu..malu la plak.. alhamdulillah,kakyati bukan seperti orang tu. Just stay the way u are.. syukur dapat berkenalan dengan orang mcm akak!

Umie said...

heheh..bagusla n3 akak ni..kdg2 umie pun xtau nak wat mcm mana ngan tetamu yg x diundang ni..kdg2 umie mendiamkan diri dalam rumah dengan perasaan yang seba salah..hahaha

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

pecah rahsia kak nik...sian dier jenuh menunggu...

Leeza said...

Setiap manusia dikurniakan akal fikiran dan didikan yang cukup. Setiap yang kita dapat sudah tentu Allah yang limpahkan . Stay the way you are ,kak Aty.

dhan said...

salam k.yati...
memang btul cara k.yati tu.. kadang2 kita kena ada rasa curiga dengan orang yang xdikenali...
ciannya k.nik hehehehe.. asam garam tu...

Madam Casper said...

Kak Yati

Saya pulak cukup pantang bila ada tetamu (jiran tetangga) yg berkunjung bila saya sampai jer kat rumah lepas penat bekerja. Letihh time tu pas tu ada tamu yg nak di layan ohhh gerammm. Dan saya juga tak suka berkunjung kerumah org yg baru balik dr kerja sbb kita tau mesti dia letih lepas seharian berhempas otak kat opis kan.

Intanaziela said...

salam..

kak yati,

saya juga berasa was2 bila anak2 kecil membawa minyak angin atau kalendar utk dijual..dan mereka menggunakan nama maahad atau nama sekolah...selalunya saya pun akan memberi sedikit wang, tetapi utk diri dia..bukan sekolah dia.. ;P rasa kasihan sebab dia kena bekerja walhal waktu itu waktu utk dia ulangkaji atau ke sekolah...

Unknown said...

saya yg dok rumah 24 jam ni pun seriau bila ade org yg goncang pintu pagar ckp nak promo lah apa lah...

pernah ade yg dtg waktu maghrib, & dia ketuk sliding door.. mati2 saya ingatkan adik saya.. rupernya promoter..
rasa mcm nak halau dgn penyapu.. dah le time tu org bz nak solat bagai,,,