Ini kereta yang menelan RM500-600 sekali isi perut. Perjalanan memang tidak membosankan walupun jarang amat kami berjumpa dengan umat manusia. Rupanya suami mengambil jalan lama yang tidak dilalui oleh kereta biasa kecuali lori makanan yang membawa bawang.
Ini kampung-kampung yang kami jumpa di sepanjang perjalanan. Macam kampung tinggal aje, nak nampak orang pun susah. Kata suami waktu tengah hari orang memang berada dalam rumah. Bila balik lalu jalan lain pun sama juga, tak ada orang pun di kampung-kampung di Turki ni.
Jalan masuk ke salah sebuah kampung. Anggaran penduduk di setiap kampung dalam 4000-5000 orang, ada papan tanda yang memberitahu kapasiti penduduk tapi lupa nak ambil gambar papan tanda.
Khemah yang didirikan oleh pengembala biri-biri. Saya ambil di dalam kereta yang bergerak jadi biri-biri yang banyak itu tidak dapat dilihat.
Nampak tak dibelakang saya bunga-bunga yang menguning, gunung sepanjang perjalanan ke Shaftaali hanya dipenuhi bunga-bunga bukan pokok-pokok macam di Malaysia.
Air dari gunung, bayangkan sejauh 300 kilo meter perjalanan pergi kami mendaki gunung, jarang-jarang kami dapat melihat rumah kecuali gunung dan kawanan biri-biri. Tetapi setiap 50km kami akan berjumpa tempat air yang dibuat begini untuk musafir minum atau membersihkan diri. Saya tak sanggup nak minum, sejuknya buat gigi saya berjoget-joget. Ha.ha.ha
Ini kakak ipar saya Khadija yang menemani anaknya mengajar di Shaftaali. Tetapi saya tidak dapat berjumpa dengan abang ipar saya kerana dia berada di Summer House di tempat lain. Bila suami melihat gambar kakaknya, suami saya cakap kakaknya sebijik macam pelakon filem Haunted House, orang yang baru mati dan bangun semula dari kubur. Ha.ha.ha..asal dia cakap begitu taklah saya tahu..
Ini anak buah saya Nuriah dan kakak ipar saya Khadija. Bergambar sebelum bertolak pulang. Hajat hati mahu berlama atau tidur semalam tapi kami harus pulang segera sebelum bertolak ke tempat lain. Jadual saya memang padat, perjalanan kami menggunakan semua kenderaan. Kapalterbang, kereta, keretapi, bas dan juga feri. Sampai sekarang letihnya tak habis.
12 comments:
seronoknya journey akak ngan kluarga ni..
cantiknya bunga kuning tu kak..
lagi satu. air gunung tu, bila akak cakap sejuk giler.. wah tak terbayang sejuknya.. mesti best!!! hehe...
air dari gunung..wah2..sangat tu kak... tapi kalo sejuk sy pun tak tahan...
memanggil la nak ke turkey..
cantiknya pemandangan gunung2 tu. mesti damai je!!
sume jenis transportation system di gunakan..memang efisien sungguh hehehe
letih2 kalau ada yg ngurut best kan akak?
salam kak norhayati berahim...
seronoknya...tgk gmbr2 ni rasa cam nak pergi hehehehe
itu suleiman mosque kan, kak yati?
yang sinan buat kan?
^__^
bestnya kalau dpt gi jalan2 mcm kak yati. harap2 satu hari nanti dpt gak gi turki.. Amin...
salam kak..perjalanan akak ni mcm nak g kampung umie kat sarawak..kapal terbang, kereta/van, bus, feri/bot xpress..keretapi je xda..hehehe
Jim
Berjumpa sanak saudara memang seronok, yg part paling seronok di sini cuacanya..
idasm..best apa kalau sejuk..keh2..menari2 gigi kita dibuatnya..
yatiechomeyl..part mengurut ni kita suruh si suami aje..keh2..keh..
Mrs sheikh..sejunya buat berlaga gigi aje..udaranya memang nyaman..balik malaysia.panas le pulak
salam wanupeh
sayang sulaiman camii di istanbul ini di keyseri..he.he
Ibu aira..insya-ALLAH satu masa nanti dapatlah tu..insya-ALLAH2
ain..memang pemandangannya cukup indah..terleka kita dibuatnya..
umie..iye ke? tapi free di sini bestlah umie, besar, ada tempat minum kopi, permainan kanak2 tak bosan. Qaisara pun suka
gigi joget2 sbb air dier sejuk sgt yer kak? keke...haunted house katenyer...kikiki :D
sangat compact perjalanan ka yati..
bila tgk org tu minum air dr gunung
tak tergambar sejuknya, lebih sejuk yg dr peti ais ker..!?
Post a Comment