Saya memang tidak sukakan mendengar lagu! Kalau saya drive berpuluh-puluh batu pun saya tidak akan bukan radio. Saya tidak akan mendengar lagu. Akim pernah cakap menaiki kereta dengan saya agak membosankan tetapi sekarang dia sudah ada MP4, Ojan pula tidak kisah dia tidak sukakan mendengar lagu. Dia memang remaja yang agak pelik, dia cuma sukakan komik. Bahkan dia tidak pernah kenal mana-mana penyanyi. Sampaikan saya masih ingat satu ketika dahulu ketika gossip penyanyi Datuk Siti Nurhaliza mahu berkahwin dengan Datuk K disiarkan dan Datuk Siti beria-ia menafikan di Melodi, dia bertanya pada uminya.
“Umi siapa perempuan ini cakap no komen-komen tapi dia dah bercakap panjang lebar..”
“Itukan Siti, Ojan tak kenal ke Siti?”
“Siti mana Umi?”
Ha..ha.ha..bayangkan budak seusia dia ketika itu rasanya 12-13 tidak mengenali Siti Nurhaliza yang begitu popular di tanah air. Terukkan anak buah saya yang seorang ini.
Berbalik pada saya. Memang aneh perasaan ini, sedangkan satu ketika dahulu sayalah pencinta lagu dan muzik yang ulung. Saya boleh membaca segala note muzik dengan baik. Saya boleh bermain gitar, saya boleh bermain clarinet dan beberapa lain alat muzik. Bahkan dari mendengar lagu saya boleh buat note-note muzik!
Tetapi kenapa rasa cinta saya pada lagu dan muzik semakin lama semakin pudar?
Beberapa tahun yang lalu saya ke kelas mengaji. Mempelajari tajwid selama dua tahun di sana. Setiap petang saya akan ke kelas yang tidak jauh dari tempat kerja saya.
Petang itu ada ceramah agama yang disampaikan oleh seorang ustaz. Ustaz itu bercerita mengenai muzik, memberi perincian mengenai muzik yang dibolehkan dan tidak dibolehkan dalam islam dan saya masih ingat kata-katanya.
“Sepanjang perjalanan kita menaiki kereta, kita buka lagu yang mengkhayalkan, lagu mengenai cinta manusia sesama manusia, dengan muzik rock dan muzik yang entah apa-apa. Kita pun menyanyi-nyanyi mengikut aluan lagu tersebut. Tiba-tiba tanpa kita sedar, kereta kita dihentam lori dari belakang, kita meninggal di situ juga. Kita meninggal dengan diiring dengan muzik yang mengkhayalkan, dengan mulut kita menyebut lirik lagu yang menyesatkan kita dan kita tidak sempat mengucap. Tahukah anda itu tanda kematian orang yang kufur..”
Aduh! Kata-kata ustaz itu begitu menyentap jiwa saya. Ya..saya memang suka memandu, di dalam kereta saya banyak kaset atau CD lagu-lagu barat yang mengkhayalkan dan andai satu hari nanti, saya memandu dan saya mati kerana kemalangan dan saya tidak sempat mengucap bagaimana sedangkan mulut saya asyik menghafal lagu?
Sejak hari itu sampai sekarang saya jarang membuka radio atau mendengar lagu, biar di dalam kereta atau di mana-mana sahaja. Ada tidak ada muzik yang saya dengar sekarang ini lagu-lagu kanak-kanak daripada CD kartun Qaisara atau IKIM, semasa saya mengandung saya beli lagu-lagu HIjaz dan Rabani untuk Qaisara yang berada di dalam perut saya. (kedengaran macam berlagak alimkan..tapi mungkin usia sudah meningkat.hiburan bukan lagi keutamaan dalam hidup).
Dan maha aneh, kalau saya membuka radio, saya mendengar satu lagu. Saya boleh tahan lagi, dua boleh tahan lagi. Bila masuk lagu ketiga dan seterusnya kepalanya saya sudah pening dan berpinar.
Kalau ada lirik lagu dalam novel saya, selalunya lirik lagu lama yang saya ingat dan jangan tanya saya tentang lagu baru sekarang ini. Memang saya tidak tahu! (kecuali ada satu dua lagu, sprt lagu Aizat yang Akim masukkan dalam handphone saya..itu saya tahu)
Psttt..tapi saya teringin melihat Qaisara belajar bermain biola mewarisi kebolehan Atok saya yang begitu superb!
aku bukan budak baik
7 months ago
14 comments:
ustaz kat surau suwoh kami buang tv...lagi hebat...asik ulangkali tanya biler mau buang tv...gaji pertama tv tu lah sy beli...huhu
adoi..
takot jim nak nyanyi2 pasni..
pendam je r bakat ni nmpknya..huhuhu..
tapi mmg lah muzik yg tidak baik diharamkan.tp kdg2 tu dgr jugak utk hilangkn stress..hu2
kak yati... kadang2 bila tersedar dan insaf seketika..saya akan selongkar balik laa.koleksi nasyid..zikir dari hijaz atau badrul amin...ntah bila nak insaf terus mcm kak yati..
salam kak...mmg satu dua lagu boleh lagi layan dlm kerekta, tp bila dah banyak, Allah..rasa serabut lah.
Semalam baru ayah intan dok pesan pasal mendengar muzik ni..dia mmg tak pernah bg kami sekeluarga dengar lagu atau radio...tengok tv pun xboleh kak..rumah intan mmg tak ada hiburan pun..x ada tv kat umah tu dah bertahun tahun lamanya, radio ada tapi tak boleh buka..kalau ayah intan x ada sekali sekala baru kami buka..tapi betul seperti apa yg ustaz tu kata kak..muzik mmg melalaikan, terutama golongan muda mcm intan ni...dan mendengar muzik pula tergolong dalam golongan dosa-dosa yg dipandang remeh..malah tak ramai yg tahu mendengar muzik tu merupakan satu dosa..yg tahu pulak buat buat tak tahu...mcm intan ni hehehe.
speaking of music
mmg lumrah kot kak sebab ayu dulu siap ade joint band jamming kejap
by then
bile dh msuk 25 ni
dah mule berumahtangga and since start second new job kat uia ni
mmg bile dgr lagu sgt2 memeningkna kepala klu byk
alhamdulillah
suami jenis tak suke dgr lagu merepek2 n lebih kurang mcm akak jugak ler
psng ikm/cd quran /tak buke radio lansung
mmg dr kecil dulu masa belajar di tahfiz abim
sgt2 maklum dgn hukum haramnyer muzik dan alat2 muzik bertali
skunk?
paling tidak pun sedaya upaya terapkan nilai2 keislaman yg asas buat ank2
'dgr muzik itu bleh tapi apabila sudah mula menyanyi dan menggerakkan bdn mengikut alunan muzik itu sendiri,pikir2kanlah kaum ape yg sedimikian?'
- kata seorg ustaz dulu pd ayu
apepun..
yg baik semestinya datang dari Allah
kak yati
saya suka lagu2 lama.Macam akak juga saya bila drive keta tak suka buka radio or pasang CD. Rasa rimas. Kalau anak2 buka saya akan slow kan volume tu. Radio kat rumah pun jarang sy buka.
Tapi kadang2 tu layan jugak la youtube cari lagi dulu2..cam lagu george benson ka, nak up mood sikit lagu billie jean tu hihihihihih
salam...
Za masih ingat...akak tanya za : KO minat Ella ke....n akak kata akak x minat mana2 penyanyi. Za dapat rasa sesuatu tapi za lupa tanya. Ustz pesan za , sebelum naik belon atau apa2 kenderaan selepas berdoa jgn lupa baca Fatihah dan mengucap dulu...bimbang apa2 x sempat nak mengucap. Za minat lagu korea tetapi awal pagi mesti pasang CD al quran dulu. lagu korea tu time tertentu saja...itupun x leh lama....telinga sakit.Thanks sebab bgtahu entry ini....sedar za yg banyak buat silap ni.
kak NB..btul tu..jgn kata akak..ita yg br nk masuk 29thn ni pun dh xminat nk dgr lagu2 kt radio..smpaikan lagu2 tkini sekrg pun x tau..kalau tau pun sbb kwn yg bgtau..kalau x, dulu antu lagu..sebut je lagu apa..setakat prog JGN LUPA LIRIK kt astro tu..ita rasa masuk mau dpt smpai 50k..heheh
nuar..akak buat nama aje ada beberapa tv kat umah, bukan tengok pun.tv yg tengok akak..ha.ha.
jim..nyanyi aje jim, asal orang yang dengar tak lari..tak apa..he.he.he
since 1990,memanglah dik fitrah manusia.aapa yang dilarang tu yg kita suka..he.he
Bai..insya-ALLAH perlahan-lahanlah bai...
nik..memang camtulah nik, mgkn faktor usia juga memainkan pernankan..
Wah intan..sampai TV pun tak ada? Tapi macam akak, ada TV tak ada TV pun sama aje intan bkn akan tengok pun, kecuali sesekali tgk CD barbie bersama Qaisara..
Ayu.bagus macam tu ayu, suami pun tak berapa suka dengar lagu ..dia lebih dgn computernya..
casper..itu akak cakapkan, mungkin faktor usia pun ya..dah tak suka yg bising2 yg bingit2kan
liza..ko faham ke lagu korea tu..ha.ha..tapi akak taulah muzik itu universal, muzik walaupun tidak difahami liriknya masih boleh diterima di telinga kita, lagu dalam Al_Quran sedap juga di dengarkan..
Ita..betullah Ita, mungkin muzik yang kita ada sekarang menyakitkan kepala kot.tapi akak suka sangat lagu sumayyah..hijaz, rasa nak menangis dengar lagu tu..
wah bestnya akak pandai main gitar.. kalo tak jd penulis mungkin dah jadi komposer lagu kot... :)
saya suka dengor lagu2 lama.. evergreen.. tp kat rumah takde radio..
so dengor lagu dr mulut anak2 jer lah...
Post a Comment