Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, June 10, 2009

RANCANGAN TELIVISYEN YANG PALING TERUK!

Saya teringat satu rancangan di Telivisyen di Turki yang saya tonton. Saya tidak ingat apa rangkaiannya tapi yang saya ingat TRT(TRT ni banyak rangkaiannya). Seorang lelaki berusia 76 tahun muncul di kaca telivisyen dalam rancangan ‘Mencari Jodoh’. Pengacara wanita di malam itu yang memakai baju bertali halus dan sering bercakap Insya-ALLAH, Amin, Alhamdulilah memulakan bicaranya.(itu budaya orang Turki, bawak tasbih di tangan tapi minum yang memabukkan) Bertanyakan lelaki itu kenapa beliau mahu mencari jodoh.

“Semuanya hidayah ALLAH. ALLAH yang mendorong saya mencari jodoh dan juga kerana tidak ada orang mahu menjaga saya.”

“Pakcik ada anak ke?”

Ada..anak lelaki tetapi dia tidak mahu menjaga saya..”

Tidak lama kemudian lelaki itu mengeluarkan beberapa helai geran tanah dan juga bank statementnya (masa ni saya nak ketawa guling-guling). Menunjukkan yang dia berharta dan berduit.

Tidak lama kemudian dikeluarkanlah seorang makcik yang sudah berkedut banyak, berusia dalam 60 tahun. Tetapi mereka dipisahkan dengan satu skrin berbunga supaya yang lelaki tidak nampak yang perempuan dan begitu sebaliknya. Pengacara bertanyalah beberapa soalan kepada perempuan tersebut. Dan perempuan tua itu pun menjawab. Tidak lama kemudian perempuan itu bertanya pada lelaki tersebut.

“Mahukah awak berkahwin dengan saya? Kalau awak berkahwin dengan saya, saya tidak minta harta awak. Saya hanya mahukan kasih sayang” (Biar betul soalan tersebut atau suami yang salah translate..he.he..). Suami siap komen lagi, orang tua dua-dua orang ini, kalau jadi kahwin malam pertama kerana terlalu excited mahu meninggal kena sakit jantung..ha.ha.ha

“Kata lelaki tu, saya belum tengok awak macam mana nak kahwin..”

Lepas tu skrin dibukalah. Mata bertentang mata, tetapi tiba-tiba ada panggilan diterima oleh pengacara. Telefon daripada cucu lelaki tua itu.

“Dadeh (Atoklah maksud dia)..kenapa Dadeh cakap kami tak jaga Dadeh. Sedangkan kami datang rumah Dadeh, Dadeh tak bagi kamu masuk..”

“Aku tak bagi kau masuk sebab kau tak pakai tudung, dalam Islam..bla..bla..”

“Tetapi bukan Dadeh tak bagi saya masuk aje, tapi Dadeh tak bagi Babah masuk juga..”

“Babah kau tak solat..etc..etc..”

“Siapa cakap Babah tak solat. Bukankah Babah seorang yang rajin ke masjid? Setahu kami Dadeh tak bagi kami masuk sebab Dadeh cakap di dalam rumah Dadeh banyak emas, Dadeh takut kami curi emas Dadeh..”

Dan terjadilah perang mulut yang amat sangat. Cuma yang buat saya ketawa bersar apabila cucunya berkata begini..

“Dadeh..dulu Dadeh cakap telivisyen adalah syaitan besar. Kenapa sekarang Dadeh sanggup masuk telivisyen untuk mencari jodoh..”

Penghabisan saya suruh suami menukar rangkaian, kerana malas mahu mendengar perbalahan demi perbalahan keluarga yang memalukan.

Dalam itu saya membayangkan, kalaulah ayah saya yang berusia 76 tahun mencari jodoh di telivisyen, saya sendiri juga akan marah dan rasa nak pengsan!

21 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

astaghfirullahalazim...nuar baca dah terbayang how louder i can laugh if i watched that show live!! hahaha

Anonymous said...

Salam ziarah. Nice blog. Informative.

View Profile: Rantong™

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

hahaha..
xsgka rncangan mcm ni pun ade..adoi!
mmg dah ternyata,tiada ape yg mustahil dlm dunia ni kn??
anything can happen..

hanihani said...

assalamualaikum
alhamdulillah kat Malaysia tiada lagi rancangan sebegini..harapnya tak mungkin akan ada lah..huhu

~Cinta Cukulet~ said...

hehehee....memang kelakar...nak cari jodoh pun sampai masuk tv

Ummi Salsabila said...

hahaha.kelakar dan sgt2 memalukan.da tua cr jodoh dlm tv.pastu boleh gaduh2 dlm tv plak.Ya Allah.malunye..

Marzalina said...

Mcm-mcm hal ye kak kat dunia ni...mmg lucu betul, kalau buat kat malaysia mcm ni..aduhai..rasanya ramai atok2 yg masuk rancangan ni hehe

♡ Eibu June's ♡ said...

salam yati....
heheheh lawak btullah...ada jugak rancangan mcm tu...
kalo dapat tgok sure gelak guling2....hehehehe

ain said...

Ya Allah..teruknya proggramme depa! memalukan aje. mcm menjatuhkan maruah sendiri. mau saya pun guling2 ketawa tengok programme ni.

yatie chomeyl said...

producer tak cut ke call tu? takper ye kontroversi memalukan camtu di siarkan on air ye?

sHe said...

hehe..
klakar gile pakcik tu..

agaknya kalau dia dah tengok muka nenek tu entah ape pulak la alasan dia..hehe..

since1990 said...

kat malaysia pown sebelum ni ada jugak buat rancangan lebih kurang mcm ni.program tu namanya 'mencari cinta' kan.hmmm..biarlah jodoh tu dtg sendiri,jodoh tu bukannya datang secara terpaksa...

me said...

kah³..tak tertahan ketawa ni..kelako tol... ;)
aduhai...ada plak program cari jodoh utk org² veteren...

malaysia bek jgn buat..kang haru biru siaran jd perkara yg sama cm kt turki tue...keh³...

shila said...

serius kelakarlah akak.. saya tersengih2dpn laptop sambil kontrol gelak nih

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Nuar..rancangan tu memang lawak pun.tapi sakit hati pun ada..tau, sakit ati bila atok bergaduh ngan cucu penerbit diamkan aje..

salam rantong..thanks rantong..

Jim..rancangan tu memang teruklah jim, isk..atok kita mencari jodoh dalam telivisyen..aduh

hanisa..harap2 tak ada penerbit nak buat rancangan gila cam tukan..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

cinta cukulet..kalau yang masuk tu muda macam cinta tak apa..ini atok atau moyang kita..

Umi salsabila..rasa geram sangat dengan telivisyen tu memalukan sungguhkan..dia orang kaut untung aje..

Intan..janganlah intan rancangan tu ada di malaysia..kena kutuk 7 keturunanlah atok2 tu nanti..

Ibujunes gelak, gelak juga..sakit hati pun iye juga..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Ain program turki memang teruk2..iklan dia pun dahsyat,filem dia pun teruk 8/1o bogel tu biasa.sampai qaisara cakap..chock aibnya..(terlalu memalukan)..he.he..

yatiechomeyl..itu yang akak geram sangat2 tu..dia orang biarkan cucu ngan atuk bergaduh, lepas tu ada yang bertepuk tangan pulak tu..

She..akak rasa nenek tu dengar cucu ngan atok, dia tak mahu atok tu..he.he

since 1990, jodoh orang muda tak apa..ini jodoh orang tua..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

sara tak boleh buatlah kat malaysia cam tu..atok tu dan nenek tu dah terketar2 dah pun.he.he

shila rancangan turki banyak yang kelakar2 tapi ini bkn sahaja kelakar.menyakitkan hati sungguh..

hertiny said...

sakit perut tiny baca n3 akak ni....adoilah...

Unknown said...

wah camni punya show pun ade... mujur lah atok2 & opah2 daku seme dah takde.. hihihhhiii

maza said...

Kalau omak den yg menjando lamo tu ha nak menikah laie, den tak do masalah eh!

hehehehe..

anak berkeliling riuh sekampung, dongan tak der toman pasangan, lain raso eh! huhuhu tak samo derrr...

hehehhee