Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, June 16, 2009

PERKARA REMEH YANG MELUKAKAN HATI

Bila tengah stress atau teringat kenangan lama yang menyakitkan, rasanya biskut kecil ini dapat menghiburkan hati. Selalunya Qaisara makan gulanya saya makan biskutnya..ha.ha.ha


Kenapa kita tidak dapat melupakan sesuatu perkara yang menyentuh hati. Kenapa perlu kita ingat sampai ke mati. Sedangkan perkara tersebut adalah sesuatu perkara remeh temeh di mata orang lain.

Contohnya..
Saya masih ingat lagi, ketika itu saya sedang demam. Rasa hati mahu makan tetapi saya tidak berselera. Tetapi saya gagahi juga dengan membuat telor masak kicap sebanyak empat biji. Ketika itu saya dengan pembantu rumah saya yang lama. Pembantu rumah ini tidak pandai memasak. Selepas memasak, saya makan sebiji dan tiga lagi saya tinggalkan untuk makan malam pula.
Petang itu apabila saya ke dapur semula. Telur masak kicap saya sudah habis. Menurut pembantu rumah saya, sebiji telah dimakan olehnya dan dua biji lagi telah dimakan oleh seseorang yang datang ke rumah.
“Masakan dia makan sampai dua biji..”
Hati saya diruntun kesedihan yang amat keterlaluan dan seperti tidak boleh dijawab. Dan peristiwa itu tetap saya kenang sampai sekarang kerana malam itu saya tidur dengan kelaparan kerana tidak makan.
Kenapa saya tidak dapat melupakan perkara tersebut setelah beberapa tahun berlalu? Sedangkan yang saya masak hanya telor bukannya daging unta yang susah dicari?

Alasannya.
1. Ketika itu saya sedang berada dalam kesakitan. Orang yang sakit adalah orang yang cukup sensitive dan tidak berdaya dan memerlukan bantuan orang lain. Mungkin sebab itu saya terasa..

2. Mungkin peranan otak saya. Otak ini memang bekerja bagaikan sebuah CPU (Central Processing Unit) dari sebuah komputer. Kemampuan otak ini sangat mengagumkan. Otak tidak memerlukan seluruh data yang diterima Otak hanya memerlukan setengah dari data sudah cukup untuk menangkap makna dan mengimbas semula memori, apatah lagi memori yang melukakan. Mungkin dengan melihat kicap atau telur. Memori itu akan diimbas kembali. Saya tidak boleh membuang kicap dan telur kerana ianya dua perkara penting dalam kehidupan saya dan orang melayu (saya teringat kata Nik Fauziah ..kalau kilang kicap ditutup..meroyanlah..keluarga dia yang memang suka makan kicap..ha.ha)

3. Mungkin tidak ada permohonan maaf daripada orang yang memakan telur saya sebab apabila di tanya dia memberi pelbagai alasan. Tetapi saya telah memaafkan dia.

Saya tahu memori itu masih menyengap dalam fikiran saya. Ianya salah satu daripada berpuluh memori luka dan sedih yang masih memburu fikiran saya. Dan saya rasa pembaca entry ini juga mempunyai banyak memori yang kelihatan remeh tetapi melukakan dan terbawa-bawa sehingga sehingga ke hari ini. Dan mungkin juga dengan berkongsi memori ini dapat menghilangkan rasa luka di hati. Siapa tahukan……


19 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

besar pengertian entry ni sbnrnya..

ain said...

saya pun byk memori yg menyedihkan tetapi remeh di mata orang. sama juga mcm akak, kalau ternmpak benda2 yg mengingatkan kepada memori itu, saya akan terasa sedih wlupun dh lama berlalu.

saya masih ingat lagi satu memori remEh tapi menyedihkan berlaku 10 tahun yg lepas. Bila terpandang manusia itu, hati saya mcm terluka dn terkilan !!!

hubby saya kata saya sensitif sgt. hehe

Deeeee said...

Salam Kak Yati,

Memori sedih, luka mmg payah untuk di lupakan apatah lagi untuk di padam terus dari ingatan. Sya juga seperti akak.

Tapi bila di fikirkan kembali, kenapa payah benar hendak melupakan? Sedangkan ia bukan rumit tapi diri kita yang merumitkannya. Simpan ia terlalu lama, pendam ia sendiri, mulut kata maaf tapi masih mengungkit perkara lama. Saya selalu ingatkan diri, kalau kita maafkan orang biarlah ia Ikhlas. Jika Ikhlas InsyaAllah, ada DIA bantu membuang luka di hati. Mmg senang berkata dari membuatnya. Tapi kita ena berusaha. Mcm itulah saya. Kadang-kadang marah pada diri, kenapa perlu ingat perkara2 yang menyakitkan. InsyaAllah by the times flyes kita akan lupa lupa dan terus lupa tapi bersyarat kita mahu let it go.

Amboi .. pjg pulak ocehan saya ni.. hehehehe..

Sidratul Muntaha said...

salam
ayu ade byk kenangan yg sedih
tpi yg ni smpai bile mmg takleh luper
perkara terjadi dlm bualn puasa
masa itu umur ayu dlm 10 - 11 thn
mak ade buat mee rojak utk berbuka
dek kerana jenuh menunggu abah yg lambat balik kerana ade hal n mg abah tak berbuka selagi tak sampai ke rumah
ayu dgn gelojoh cuba nk mkn mee rojak tu
even ade mknan lain waktu itu.
tapi mak tepis tgn ayu masa tu yg tgh pegang mee tu sbb nak tggu abah blik
punyerlah sedih
smpai skunk
ayu cukup susah nk mtk mak mskkna makanan utk ayu
n even hati ni nak sgt2 mak buat mee rojak
tpi ayu still cari diluar sbb hati ni sedih sgt2 bile kenangkan blik.
apepun
itu mak
n ayu tak salahkn dia
cume
sejak dari hari tu
nk mtk mak mskkn ape2 pun cukup susah
tak thu kenapa...

Marzalina said...

salam kak NB..lamanya tak makan biskut tu..masa kechik2 dulu selalu makan..saya suka sungguh!

Mama Nazhan said...

kak yati...saya ingat saya jer ade kenangan sedih yg bagi org lain mungkin takde hal... tambah lagi saya yg tunggal dan beribu tunggal...lagi byk sedihkan?
Apa2 pun..biskut tu saya panggil biskut pusat... kuih/jajan zmn saya kecik2 tuu... lagi satu kuih taik kucing...jenis jual mcm tu jugak ler...

ibu aira said...

sebenarnya kak yati dlm hidup kita tak lepas ngan perkara sedih yg menyakitkan yg remeh di mata org. saya paling sensitif kalau ianya melibatkan hal tentang kwn2. hal yg kecik pun boleh jd besar bg saya dan pahitnya hal tu teramat susah nak di buang dr ingatan.. kalaulah ia umpama tulisan yg di tulis atau di taip yg boleh di hilangkan begitu saja.. skrg pun saya sedang bersedih dgn seorang kwn saya..

suami pula berkata saya terlalu memikirkan hal yg kecik.. sensitifkah saya????

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

hikhikhik..
Telor ade r makanan ruji jim..
sume benda mesti ade telor,bru jim berselera nk mamam..klu tak,mesti cam xlalu je nk telan..
dpt telor ngan kicap je pun cukup..senang jew..

Unknown said...

salam..nasib baiklah tak jadi mcm cerita batu belah batu bertangkup...alahai pasal telur pun boleh jadi sensitif...

skrg ni bila umur dah meningkat memang cepatlah sensitif..

NIk Fauziah Nik Hussin said...

salam kak yati..
meroyan tak de kicap dan telur! Klu tak tkde lar masak nasi putih bertelur hahah! Orang kata perkara lain mgkin boleh lupa tapi bab makan ni payah (iyer ke?)
pstt... skrg ni ada dua jenis kicap plak kat rumah satu yang lemak masin satu lagi kicap manis dari kedah lagi.. anak2 punya..kicap mudim.. hehe mcm tukang sunat la plak!

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

nuar paling penting kita bkn orang yang memakan telur itu.he.he

ain..orang lelaki kadangkala dia mudah melupakan..dia menganggap perkara itu remeh, tetapi kadangkala kita anggap remeh dia pula anggap serius..tapi bila akak cerita perkara ini pada suami..dia marah sungguh dengan orang itu..dia tidak menganggap perkara ini remeh...

dayah..maaf memang mudah tapi melupakan amat payah..

Leeza said...

salam akak...
pertama: biskut itu fave za.
kedua : mmg tak sedar diri la org tu...tabiat buruk. Time kita sakit mmg kita punya rasa keinginan nak makan....syukur sekrg kalau demam n nak makan sesuatu mesti dpt sebab kita ada kemampuan nak beli.namun za x leh lupa time za sakit telinga yg sangat.....n seseorg x bg anak2 nya mendekati za....tghari itu za bangkit dgn kesakitan , naik sampan, naik bas pg klinik jumpa doktor dan kena injek...yg sampai skrg za serik coz injeksion itu memakan masa 3 bulan baru sembuh dan hilang biru lebamnya.since that day, kalau za sakit za ubat sendiri.....

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Ayu..alahai sedihnya akak baca, memang kalau dgn mak ayah lagilah. Banyak juga kenangan yang menyedihkan dari mak ayah kitakan yg kadangkala membezakan adik beradik..dan kalau itu berlaku pada pada akak seperti berlaku pada Ayu mgkn perkara yg sama juga yg akak lakukan. Bkn kita berdendam tapi kesedihan itu membuat kita terasa hati..

Intan ko ingat pasal makan aje aik..ha.ha

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Alah Bai..bila ko sebut pasal tunggal, emak beribu tunggal akak da sedih dah..huuhhhhh....mesti banyak kenangankan..masa mak akak da tak ada..masih ingat lagi orang tutup pintu, bila raya akak jalan beraya..ingat lagi muka orang tu Bai..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

yatie..memang banyak perkara sedih yang kadangkala orang lain rasa biasa2 aje..tapi Alhamdulilah, bila akak ingatkan sesuatu yang menyedihkan suami akan cakap "menangislah, menangislah..nanti you akan lega" dia jarang memperlekehkan cerita akak walau pun kesedihan itu dia yang ujudkan..he.he;

jim ko tak abis-abis ingat makan ya..sebb tu jim putih melepak macam telur putih..ha.ha

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

ina..saya orang Islam yg tetap teguh mempercayai keesaan ALLAH

Nik..
bkn sbb telur..tapi sbb kita sakit, akak kalau sakit memang teruk..akak masih ingat dgn tangan mengigil akak potong cili dan bayang..bila nak makan semula da tak da dan da tak berdaya nak masak semula. Akak masih ingat.masa tu 5 hari Akak demam tak bangun2..ko pun tau, kalau akak demam terukkan..

wanupeh said...

salam kak norhayati berahim...

hihihihi...sebut pasal kicap ni mmg faveret... ^__^

dulu masa kecik2...kalau kicap abis masa nak makan, sanggup kayuh basikal beli kicap dulu...nnt tak lalu makan nasi huhuhuhu...

apa2 pun...kenangan yg sedih ni mmg susah nak lupa ya....emm....

since1990 said...

perkara ni jarang berlaku pd saya.yg slalu berlaku ialah perkara remeh temeh yg slalu aje mencetuskan pergaduhan dlm persahabatan...hmmmmm

Unknown said...

Salam Kak Yati,

Memang dalam betul maknanya entri ni. Betullah Kak Yati, bila masa kita sakit, susah hati dan dalam emosi yg tak menentu dan pada waktu begitu ada yang cuba menyakitkan lagi perasaan walau kata2 atau perbuatannya bila difikirkan kembali hanyalah hal yg kecil dan remeh, mesti akan terasa bertambah sedih dan sakit dan akan bertahun-tahun diingati dan entah2 sampai mati. Padahal kata-kata atau perbuatan org tersebut kalau dilakukan ketika kita sedang dalam keadaan happy dan waras, pasti tak akan mengusik perasaan kita pun… ;)