Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, June 4, 2009

HELLO KITTY VS UPIN DAN IPIN

Apa penyakit telah melanda Qaisara saya pun tak tahu. Di Turki, pantang nampak Hello Kitty, mesti dia mahu membelinya. Pakaian luar dalam semuanya mesti berhello kitty..

Ini baju tidur yang saya belikan di Grand Bazaar Istanbul. TL10. Kata suami kenapa tak belikan dia 10 helai. Mak ai...

Dia sibuk berposing, ketika ini di hadapan Dewan Bandaraya di Keyseri, sementara menanti suami menyelesaikan penukaran nama tanah.

Baju sejuk macam-macam saya tunjukkan dekat dia. Brand diesel, addidas, winks dan entah apa-apa brand. Tapi dia nak juga pambeh (merah jambu) hello kitty ini. Harga 35Tl. RM70 lebih. Bagi saya yang cheapskate ni. Mahal le..he.he sebab di sana baju sejuk melambak-lambak dan harganya biasa dibawah TL20.

Sebenarnya banyak barang hello kitty yang saya belikan untuknya, jeans, panties dan t-shirt . Tetapi apabila balik ke Malaysia. Dia ikut saya ke pesta buku di Mines dia sudah kemaruk pulak dengan Upin dan Ipin..ha.ha.ha..

Dalam ramai-ramai anak-anak yang berkerumun si Upin mengangkat Qaisara, apa lagi Qaisara sukalah dia. Langsung tak takut. Berbuih-buih mulut dia bercerita pada babanya yang kebetulan tidak datang ke mines tadi, pasal Ipin dan Upin. "Apa bintang upin dan ipin tu honey? Kucing ke.? " Tanya suami dekat saya. Ha.ha.ha.. Suami saya, manalah tahu pasal karektor kartun-kartun ni.

Upin dan Ipin ini sudah menjadi fenomena bagi kanak-kanak. Bangga jugalahkan orang kita boleh mencipta karektor kartun yang ada indentitinya sendiri. Dengar-dengar menurut kawan-kawan di Indonesia, Upin dan Ipin ini cukup popular di sana.

15 comments:

ain said...

cutenya qaisara!! saya pun tak tau upin n ipin tu kartun kak.hehehe

p/s...sabtu ni saya akan ke READ MSIA. hopefully I can see u there.

Marzalina said...

Qaisara mmg pandai bergaya la kak..ada bakat jadi model ni hehehe

Umie said...

comel nyer dia..lawa tu warna pink..umie pun suka kumpul barang warna pink...

Unknown said...

Salam perkenalan...iela amat meminati tulisan2 kak. Dah jadi follower kak pun. Wah seronok anak kak dpt baju Hello Kitty baru...Macam ner cuaca di Turki tu...Selamat Pulang..

IdaAnuar said...

comel nya sara....rugi saya ke gerai buku akak tapi tak jumpa akak..

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

qaisara pakai hood tu sgt meletop gayanya...ngeee ;D

yatie chomeyl said...

tantek2 baju hello kitty kaler pink. best ada anak pompuan...leh pakaikn baju tantek2x..hehe

ibu aira said...

cutenya Qaisara.. mcm model!!!!! geram tengok dia...

idasm said...

seperti biasa... si comel akak memang de bomb... suka tengok gaya dia pakai hood tu...

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

ain
la ko ain..upin dan ipin pun tak kenalkah? Orang2 indon pun tau..ha.ha.ha

Intan..tak maulah jadi model, kecil2 bolehlah kalau besar nanti kalau boleh dia jadi hafizah..he.he angan2 aje..

umie ni macam kanak2 riang suka warna pink ya..

miela77..cuaca diturki nyaman, cuaca medditernian..bermatahari tapi sejuk..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

nuar..qaisara sentiasa meletop..ha.ha

Yatiechomeyl, budak2 pakai apa sahaja cantik..cuba kita yang pakai..keh2

ibu aira..anak2 sentiasa comelkan

idanuar..la bila ida pegi ke booth? Akak cuma ada ujung minggu aje..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

idasm
sihat ya? qaisara part bergaya bagi ke dia..

Mummy Hanan said...

Seronok dan terasa juga lucu bila sya baca kisah2 awak sepanjang perjalanan...yg paling sya gelak..bila hubby awak komen kakaknya tu..his..buat lawak betul...

Oh Qaisara jumpa Upin dan Ipin ye..hem kalau Hanan sya tau nie, mesti jeles nie...Hanan sya pun suka kat budak 2 org tu...sehingga sya yg tua nie pun ikut suka.. apa tak nya disuruhnya sya buka u tube utk liat U & I...hehehe

Unknown said...

fikri pun suka upin & ipin.. sbb tv rumah kami cam ala2 susah nak tgk gambor nyer... maka haruslah saya dl dr youtube.. tu pun hari2 fikri dok ngadap, tak rerti nak jemu2...

Hunny Kitty said...

kak yati kene bawak anak kak yati bergambar dengan kereta saya nih...mau3 silap hari bulan dia suh kak yati belikan dia sebijik keta helo kitty!!! heheheheh saye pon minat kat hello kitty jugakkkk