Awak mungkin bukan lelaki sempurna, tetapi awak ayah yang terhebat, yang mendahulu segala keperluan anak-anak dari segalanya.
Hubby! Awak ingat tak di hadapan kaabah, di mana awak berkata dengan saya.
“Honey tolong doakan anak-anak saya. Awak seorang yang berhati baik. Pasti doa awak dimakbulkan tuhan..”
Saya tahu kesedihan awak, rasa sedih awak terhadap perlakuan anak-anak. Bahkan pernah awak berkata dengan kata-kata yang memeranjat! Saya tahu awalk tidak bermaksud begitu, tetapi awak tengah bersedih Tetapi ingat tak Hubby! Saya usap belakang awak, suruh awak beristighfar, suruh awak mengambil wuduk dan mengaji. Saya tahu awak menangis ketika itu.
Saya tahu kesedihan awak. Awak memenuhi segala permintaan anak-anak awak. Sampaikan kadangkala ianya begitu keterlaluan. Apa sahaja yang anak awak mahu, awak penuhi. Awak sentiasa diselubungi rasa bersalah kerana awak berasakan awak bukan ayah yang baik.
Tapi hidup dengan awak selama 6 tahun. Saya tahu awak ayah yang terhebat. Ayah yang paling baik di dunia pernah saya jumpa. Tetapi anak-anak tidak memahami. mungkin hati muda mereka. Saya tahu kesedihan awak apabila setiap lebaran, tidak seorang pun anak-anak awak yang menelefon. Sedangkan awak yang bersungguh-sungguh menelefon mereka. Tidak kira mereka berada di
Hubby, Qaisara beruntung berayahkan awak.
Walau kadangkala awak marahkan sikap Qaisara yang keterlaluan nakal tapi itu lumrah seorang ayah.
Awak tidak marah Qaisara duduk atas perut awak sambil mulutnya bercerita itu dan ini.
Awak tidak malu membawa Qaisara ke mana-mana dan memperkenalkan kepada semua kawan-kawan awak. Bahkan awak sentiasa bangga bercerita mengenai Qaisara.
Awak tak pernah mengatakan tidak kalau Qaisara menyuruh awak membuat susu dan setiap malam awak selalu menukar lampin Qaisara.
Awak selalu mengatakan Qaisara satu-satunya anak awak walau saya selalu ingatkan awak, jangan sesekali berkata begitu.
Saya tahu awak ayah yang hebat, tapi awak terluka.
Hubby..doa kita tidak pernah berhenti. Doa untuk anak-anak. Mereka anak awak tapi mereka juga anak saya.
Alhamdulilah selepas beberapa tahun, tahun ini kita dapat berkumpul dengan anak-anak. Kita dapat makan semeja. Kita dapat bercerita dan ketawa.
Saya tahu ketika berkumpul begini, mata awak bersinar dan awak begitu gembira sekali.
Saya tahu awak teramat gembira dan saya masih ingat lagi selepas kita pergi makan bersama, Awak pegang tangan saya. Kata awak.
“Terima kasih kerana menenami kami makan, terima kasih honey kerana sentiasa bermanis muka dengan mereka walaupun apa yang telah mereka lakukan terhadap kita menyakitkan..”
Hubby, Awak bukan sahaja ayah yang terhebat, awak juga suami yang cukup memahami. Awak tidak pernah menyekat saya pulang ke kampung, bahkan kalau saya tidak pulang awak akan mengingatkan.
Jika ada musibah dalam keluarga berlaku, awaklah yang sampai dahulu.
Ingat tak, awak yang bergaduh dengan jururawat apabila adik saya kemalangan jalanraya dan mereka membiarkan adik saya berdarah tanpa di rawat. Wah..dalam beberapa saat sahaja adik saya sudah dibersihkan kerana penangan mulut awak..ha.ha..
Awak tidak pernah gagal mengucap terima kasih setiap kali saya sediakan awak makanan.
Awak tidak pernah gagal mengucapkan kata maaf jika tersilap kata dan langkah.
Hubby selamat hari bapa. Selamat panjang umur dan diberi kesihatan yang baik Moga-moga dipanjangkan jodoh. Andai satu hari takdir memisahkan kita, saya tidak pernah kesal bersuamikan awak.. Hujung minggu ini kita akan sambut hari bapa berempat. Bezya akan datang bersama kita.
Saya dan Qaisara sayang awak. Dan saya tahu, kalau Qaisara pandai menulis dia akan menulis seperti apa yang saya tulis ini…
Bezya akan datang menyambut hari bapa bersama kita. Sekarang awak tahu betapa dia selalu mengharap untuk bersama dengan awak. Namun selama ini dia mungkin menjadi mangsa keadaan. (jangan ada pembaca nak kenen-kenen anak dara saya ni ya..ha.ha..)
YOU ARE A GREAT FATHER!
Hubby, you always put your wife and children interests first. I know you enjoy smoking, but you quit not for your sake but for me and our daughter.
You are Qaisara protector. Even sometime you didn’t show a good example. You never using you seat belt!.ha.ha.ha..
You always spend your spare time with Qaisara. When you get home from work, I know you are tired and want to relax but you still have a time to play with her.
You never afraid to give us your hugs and kisses!
Your always do the mom stuff. Changing diapers, feeding, bathing, rocking Qaisara to sleep in the middle of the night. You help out as much as you can.
Hubby..We love you so much..
HAPPY FATHERS DAY!
20 comments:
Salamz,
Happy fathers day to Tuan Seyit. Thank you for caring so much and love my sister and Teta.
Entry yang menyentuh hati....
sedihnyer n3 ni kak..saya dah mengalir air mata dah baca n3 ni..sedihnyer...happy father day utk suami akak..he's great father..
so sweet...i'm touch! huhuhu...
HAPPY FATHERS DAY UTK HUBBY KAK YATI!!!
psst...now I know, akak ada anak2 lain juga!!!
selamat hari baya buat hubby kak yati... saya pun baru tau kak yati ade anak2 lain.Berapa sumenya yer kak yati? memang kak yati bertuah punya Tuan Seyit.
terharu saya baca ebtry kali ni..menyentuh hati sungguh. tiba2 rasa bersalah pada abah dan rasa rindu membuak2 pulak untuk abah huhuhu
nukilan yg sangat indah..
akak mmg seorg wanita yg hebat..
smoga akak sekeluarga dirahmati & diberkati oleh-Nya..
AMIN..
happy father's day buat baba Qaisara..
-rindu arwah ayah bila baca entri ni-
wah! happy family
huhu..
entry yang hebat untuk hari bapa!
mengalir air mata gembira bila membaca.. :-) happy fathers day for qaisara baba..
salam kak...
sama juga nasib kita kan? api btul kata akak..klu kita sentiasa bedoa utk anak2 insyallah satu masa nanti anak2 akan dpt terima kita....selamat hari bapa utk hubby kakak n tahniah pada kakak kerna menjadi isteri, ibu dan sahabat yang terbaik pada abang n qaisara..salam sayang dr tiny...take care
entry ni touching la kak...
sedihnya..
happy father's day !! tuan seyit..
kak... terharunya baca n3 akak...
happy father's day tuk tuan seyit...
tersentuh baca entry nie..
hepi fathers's day to baba Qaisara..
hopefully happy ever after to your family...
happy father's day to all wonderful father in the world esp tuan seyit
kak yati,
kalo begini cerita nya, saya juga nak ucap tahniah pada Qaisara sebab ade ayah yang HEBAT...
Tahniah juga pada akak sbb dpt suami HEBAT.
saya baru tahu, husband akak ada anak2 yg dah besor2...
tersentuh bace en3 k.yati..
tetibe rase bulu roma naiTuan Seyit so lucky having u k.yati and also u..
Happy fathers Day to All fathers In The World
kak yati, hubby intan bgtau, dia menangis bila baca entry kak yati ni.. laju aje intan pulak baca...dan..samalah..berair mata ini...happy fathers day to tuan seyit ... :P
so touching...
hu hu hu
Salam Puan..
Sebenarnya saya baru terjumpa blog Puan...saya tersentuh bila mbaca kisah pengorbanan suami pn.Hal ini mengigatkan saya kpd suami saya (kebetulan org Turki)..setiap malam semenjak kami dikurniakan 3 anak..mmg kami bergilir2 bersengkang mata..tp dia lah yg lebih memainkan peranan menidurkan anak. Si kecil, Fethiye akan tidur bila didodoikan oleh babanya. Mlm tadi saya perhatikan, baba walaupun penat setelah bekerja seharian, bila tiba malam hari,tugasnya masih sama..sediakan 3 botol susu, cium Irfan dan Furqan (sambil mendukung Fethiye) dan tugas yg terakhir..mendodoikan si kecil Fethiye. Dilunjurkan kaki ke lantai,didodoinya Fethiye dengan turkish nursery rhymes..dan kali ini lagu dodoinya agak sayu dan sedih..saya tak pernah dengar sebelum ini. Si kecil yang banyak kerenah tidak tidur2 juga sehinggakan baba kepenatan. Bila besar nnti saya berdoa supaya anak2tidak lupa jasa babanya yang lebih banyak bekorban demi memastikan anak2 nya gembira. Saya akan pastikan mereka hafal dan faham nyanyian ini "Bu Adam Benim Babam"
Post a Comment