Entah mengapa saya terpanggil mengutarakan topik ini. Mungkin kerana sejak kebelakangan ini saya ada mendengar cerita mengenai seseorang yang didatangi tetamu tetapi memberitahu orang lain, tidak suka dengan orang datang ke rumahnya. Entah mengapa rumah saya memang sering didatangi tetamu. Kalau tidak adik beradik, sudah pasti rakan-rakan. Saya menerima dengan hati yang terbuka dan gembira memandangkan sudah terbiasa ketika berada di kampung,
Saya teringat seorang ustaz pernah berkata pada saya. Tetamu adalah pembawa rezeki, orang yang tidak meriakan tetamu akan ditutup pintu rezekinya.
Maksud tetamu:
Orang yang berkunjung atau menziarahi orang lain sama ada dijemput atau tidak dijemput
Konsep melayan tetamu:
Menerima dan melayan tetamu merupakan sikap dan amalan yang amat digalakkan. Keimanan dan kemuliaan seseorang dapat dilihat melalui cara menerima dan melayan tetamu.
Maksud Sabda Rasulullah saw;
-Tempoh layanan sebagai tetamu hendaklah dalm masa 3 hari
- Layanan istimewa selama sehari semalam mengikut kemampuantuan rumah
- Pada hari kedua dan ketiga layanan yang diberi sama seperti yang diberikan kepada
keluarga sendiri dan ianya dianggap sebagai sedekah
BAGAIMANA KITA HARUS MELAYAN TETAMU
Memberikan layanan yang baik:
Menyambut tetamu dimuka pintu/di halaman rumah, janganlah apabila tetamu datang muka kita masam mencuka seolah-olah menunjukan kita memang tidak suka akan kehadirannya.
Menjawab salam dan berjabat tangan dengan mesra, janganlah menjabat tangan hanya dihujung jari sahaja.
Mempersilakan tetamu masuk dengan mesra, lebar-lebarkan senyuman tersebut. Bukan rugipun senyumkan. Orang kalau tidak cantik sekalipun, kalau selalu tersenyum pasti wajahnya akan berseri.
Sediakan tempat duduk yang selesa dan bersih
Bersifat ikhlas dan berlapang dada:
Gembira dan berlapang dada atas kedatangan tetamu, ramai dikalangan kita berasa terganggu dengan kedatang tetamu. Kenapa kita harus bersikap begini? Sesungguhnya kita harus bersyukur kerana masih ada orang yang sudi datang menziarahi ke rumah kita.
Menunjukkan muka yang manis
Sentiasa tersenyum dgn muka yang manis. Aduh saya pernah melihat orang bermasam muka apabila tetamu datang, bahkan menghempaskan pintu. Kenapa perlu begitu?
Berbual bertanya khabar sama tentang diri atau keluarga, pernahkah anda melihat tetamu terkial-kial seorag diri tetapi tuan rumah duduk di dalam bilik. Ini benar-benar biadap. Kalau anda jadi tetamu apa perasaan anda?
Jaga tutut kata supaya tidak mengikut perasaan
Menyediakan jamuan mengikut kemampuan
Makanan yg terbaik mengikut kemmapuan
Menjemput tetamu makan
Makan bersama-sama tetamu
Menghulurkan makanan kepada tetamu
Jangan mengemas hidangan sebelum tetamu selesai makan
Menyediakan kemudahan yang baik kepada tetamu
Layanan yang baik sebagai tetamu
Keperluan tandas dan bilik air yang bersih
Memberi keselisaan seperti kipas angin/bilik tempat berehat apabila tetamu ingin berehat
Jika tetamu membawa hadiah untuk kita, perlulah kita menerima dengan kedua-dua tangan, sambil mengucapkan terima kasih serta berwajah manis supaya dapat menyenangkan hati tetamu kita.
Kebaikan meraikan tetamu.
1.Murah rezeki, mendapat rahmat dan berkat drpd Allah swt
2. Bertambah kasih sayang antara tetamu dan tuan rumah yang dikunungi
3, Mendapat ganjaran pahala dan keampunan Allah swt
4. Menarik perhatian orang bukan Islam terhadap keindahan Islam
Entry saya tidak ada kena mengena dengan hidup atau yang mati tetapi kalau ada yang terasa tu, cepat-cepatlah perbaiki diri. Ini hanyalah ingatan untuk kawan-kawan termasuklah diri saya..he.he..
12 comments:
kebetulan semlm ipo2 saya dtg serbu umah saya. nasib baik depa btau 2 3 jam lebih awal. mcm lipas kudung la saya menyediakan makanan, kemas umah wlupun dh kemas, cuci toilet wlupun dh cuci semlm. saya mahu tetamu2 saya selesa bila dtg ke rumah saya.
p/s...saya ada 2 3 kwn yg tak suka klu org dtg ke rumah mereka. alahai!
Salam ain
Moga-moga ALLAH murahkan rezeki ain kerana menerima tetamu dgn hati yg terbuka dan penuh ceria..AMIN..
sharing is caring... :)
Terimakasih yang tidak terkira kerana melayan za dengan sangat baik.Hanya Allah yang dapat membalasnya. Semoga rezeki akak kian bertambah dan sihat walafiat.Bila akak datang ke tempat Za, akan za pastikan akak mendapat layanan terbaik dari za dan keluarga.
baca en3 ni terasa lucu lak kak.. teringat duk bawah pokok tunggu tuan rumah..pastu kena halau balik plak tu hahahah!..
Bagus en3 akak.. boleh muhasabah diri sendiri.
Betul kata kak nik tu, entry ni bgus sbg muhasabah diri . Tp kak yati mmg berperibadi mulia. Semoga sentiasa murah rezeki n bahagia selamanya
Salam Akak NB.
Betul kata Akak. Sy setuju. :)
salam yati...
n3 yang bagus seperti kata Nik buat muhasabah diri....
Alhamdulillah semoga kita sentiasa berlapang dada menerima tetamu yang hadir kerumah kita....
nura..ye.ye..betul tu..
sama-sama cik liza bujang, senang2 nanti datang lagi tau..
Nik..harap2 kita selalu muhasabah dirikan..
idasm..sentiasa kita muhasabah diri kita supaya jadi manusia yang lebih baikkan
salam zyma..betul..betul zyma..
salam ibujunes..memang kita harus berlapang dada menerima sesiapa sahaja yang sudi menziarahi kitakan..harap ibujunes sentiasa sihat ya..
rumah kakyong memang tempat utk adik2 berkumpul, sbb rumah saya luas.. so tetamu yg biasa dtg pun memang adik2 & selain sedara mara makbonda & ayahnde..
cuma yg saya tak tahan (muka pun jd masam) bila dtg tak beritau, pastu dtg pulak waktu manghrib... sejak anak 3 ni, time maghrib memang kalut sgt2.. memang peak hour utk saya & suami.. bila org dtg time tu, rasa terganggu sgt...
nak jd tetamu pun rasa2 kena jugak ade adap kan kak... ;)
terima kasih yew...membantu saya nk buat pembentangan... :)
Post a Comment