Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Saturday, December 20, 2008

TIDAK

Hari itu ketika saya sedang memerhatikan suami dan Qaisara yang sedang bermain di salah pusat membeli belah. Seseorang datang kepada saya dan bertanya apakah saya Norhayati Berahim. Saya berbelah bagi sama ada mahu mengiakan atau menidakkan. Tetapi saya akhirnya membuat keputusan untuk mengaku.
“Susahkah jadi penulis? “
“Tidaklah” jawap saya.”
“ Sibuk sangatkah jadi penulis?”
“Tidaklah” saya menjawab lagi.
“Kalau tidak sibuk macam mana awak dapat menghasilkan novel setahun sampai tiga empat buah. Tidak sibukkah itu..”
“Tidak, Masa saya masih untuk suami, masih untuk keluarga saya….
“Jadi penulis stress tak..
“Tidaklah." jawab saya lagi.
“Tak stress ke jika orang komen dan kutuk tulisan awak?”
“Mereka berhak berbuat begitu. Silakan..”
Saya renung lelaki berkepala botak itu. Penuliskah dia? Wartwankah? Atau orang bunian? Saya memasang senyum sendiri.
“Hmm..sekarang awak dah jadi penerbit banyak kerjakah?
“Tidaklah..”
“Habis..kalau semuanya tidak, seronok agaknya jadi penulis.
“Seronoklah..untuk orang yang rasa seronok..”
Saya tersengeh. Orang itu berkerut dahinya. Mungkin tidak puas hati dengan jawapan saya.
“Saya rasa penulis ini angkuh..”
Itu provokasi namanya. Tapi saya bukan jenis manusia yang mudah melatah.
“Oh iye ke....”
“Dia merasakan tulisan dia sahaja yang bagus…”
“Siapa yang cakap begitu.?”
“Mereka tidak suka tulisan mereka dikritik..”
“Bukan sahaja penulis, semua orang pun tidak suka dikritik..”Saya senyum. Orang yang bertanya itu terdiam seolah-olah mahu mencari soalan lagi untuk diterjah kepada saya.
“Awak penulis pop..”
“Apa maknanya itu?”
“Penulis yang menulis hanya untuk popular..”
“Oh…saya ni popular ke?”
“Penulis popular tidak ada jati diri..”
“Oh..iye ke siapa yang cakap begitu?” … saya ketawa sambil mengerdipkan mata.
“Dalam suratkhabar ada cakap macam tu. Orang-orang yang memperjuangkan sastera melayu cakap macam tu..”
“Hina sangatkah penulis popular?”
“Mereka merendahkan bahasa, merendahkan martabat bahasa melayu. Bahasa yang digunakan langsung tidak membina minda. Merapu sahaja..”
“Awak dah baca buku saya ke yang awak cakap buku saya merapu. Awak dah baca buku penulis popular lainkah yang awak cakap..buku kami ni merendahkan mertabat bahasa melayu?”
“Saya ada baca buku awak. Tapi penulis lain jarang..”
“Kalau awak tidak baca buku penulis lain, macam mana awak boleh menghukum begitu sahaja..”
“Saya dengar dan baca dari suratkhabar yang berbincang mengenai penulis popular..”
“Awak orang Islam?” kali ini saya pula bertanya.
“Hmm…”
“Islam suruh ke kita berpasangka?”
“Hm..tidak?”
“Islam suruh kita bangga diri dan bongkakah?”
“Tidak..”
“Islam ada cakap ke penulis popular yang menulis dengan niat untuk menyampaikan mesej secara santai dan berharap pembaca akan membaca dan mendapat manafaat daripadanya itu tidak ada jati diri?”
“Tidak..”
Lelaki yang berkepala botak ini siapa? Pejuang sasterakah? Ahh..biarkanlah.
“Orang yang menulis sastera popular ini akan masuk nerakakah kalau dia menjaga solatnya, menjaga puasa, menjaga zakatnya. Berbaik sangka dengan orang dan niatnya menulis kerana mesej..bukan untuk dibanggakan?”
Emosikah saya? Tetapi soalan tersebut saya rasa tepat buat masa sekarang ini.
“Hmm..tidak..”
“Allah telah menjanjikan persamaan setiap manusia. Tidak ada yang lebih bagus, tidak ada yang lebih baik dalam segala hal. Saya memang penulis popular. Label yang saya sendiri tidak pernah tahu kenapa diberi kepada kami penulis popular. Tapi saya rasa, saya tidak bongkak. Saya tidak pernah merendahkan tulisan orang lain di dalam seminar-seminar. Saya tidak pernah dengan lantang di dalam dewan, dengan suara yang angkuh mengatakan tulisan orang ini, orang itu tidak bagus. Saya tidak pernah sekali pun mengaibkan orang di hadapan orang lain di dalam bangkel penulisan. Memang saya bukan pejuang sastera melayu, tapi saya sayangkan bahasa saya. Sebab itu sebaik mungkin saya cuba berbahasa dengan baik di dalam buku saya. Saya cuba menghantar mesej pada pembaca dengan cara mudah diingati. Saya bukan pejuang sastera yang beria-ia mengata kami penulis popular yang tidak ada jati diri tetapi apabila disuruh menulis cerita seks, merapu mereka sanggup hanya kerana bayaran. Saya menulis kerana saya suka..kerana saya minat dan paling penting saya dapat menyampaikan mesej.. Saya tahu awak tidak kenal saya…?”
“Saya kenal awak..”
“Kenal nama belum tentu kena segala sifat saya..”
“Maafkan saya kalau awak marah..”
“Tidak…”
Saya menghadiahkan senyuman pada lelaki tersebut. Suami yang sedang leka dengan Qaisara sebentar tadi datang kepada saya dan bertanya.
“Siapa lelaki itu..” dalam bahasa Turki..
“Tak tahu…”
Saya beredar sambil memegang tangan suami yang sedang mendukung Qaisara dan berlalu dari situ. Sambil berpaling dan tersenyum pada lelaki botak yang sedang merenung kami. Saya tidak tahu apa yang difikirkan. Dan saya TIDAK mahu prasangka!

7 comments:

dhan said...

a'kum k. yati....
baguslah akak jwb cam2 tapi saya kagum ngan akak... cool aje...
saya suka menyinggah blog akak ni sebab byk ilmu yg bermanfaat yg dapat saya kutip. thanks
comelnye qaisara.. peluk cium untuk die.

Marzalina said...

salam kakNB: hebat jugak ujian sebagai penulis yer, ada saja yang tak kena dengan pembaca..tapi bagi intan, bukan mudah nak jadi penulis kan..semoga kritikan yang datang akan menguatkan semangat KakNB untuk terus menulis :)

Anonymous said...

Assalammualaikum..
Saya percaya dengan pengalaman dan kematangan Kak Yati andaian-andaian individu sebegini mudah sahaja dipatahkan..semoga kesabaran dan ketabahan akan terus menjadi prinsip Kak Yati.

Madam Casper said...

yes..jitu jawapan kak yati...dalam dunia ni kenapa la ada insan yg bongkak? suka memandang rendah pada org lain?? kenapa la masih ada??

MARIA said...

Salam NB....apa kabar ye...semoga NB dan keluarga sehat sejahtera hendaknya.
Tokma rasa lelaki tu dah putus salah satu urat saraf dia...'something wrong somewhere'. Kelakar pulak tokma rasa cara dia mengajukan soalan bertubi2. Lelaki tu gila berdebat agaknyer. Sian dia ek..!!!! kita doakan agar lelaki tu cepat sembuh dari masalahnya.

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

dhan,marzalina, casper, liza, tokma..bagi saya lelaki botak itu jujur orangnya dan lebih baik serta berhemah, daripada orang yang menjerit-jerit, merendah-rendahkan penulis popular di dalam dewan seminar di hadapan beratus-ratus peserta yang lain seolah-olah kami membuat satu kesalahan yang cukup besar..dan tidak ada ampunnya..

Anonymous said...

SEKADAR PENDAPAT PERIBADI...

Hmm, sy penah terbaca blog seorg penulis sastera ini. betulkan sy kalo tersalah anggap. Tp pd pemahaman sy, beliau mmg ada mengkritik golongan penulis novel popular (bukan sastera). Katanya, penulis golongan novel popular ni nak tulis watak hero, nak hensem sentiasa. watak heroinnya pulak, nak cantik sahaja. Kiranya segala dan serba-serbi sempurna. katanya lagi dlm dunia ni mana ada yg serba sempurna. Tp sy ada pernah terbaca jg dr blog penulis yg lain, tak salah kalau nak berimaginasi. Sbbnya itu watak yg kita khayalkan utk ditulis dlm novel kita.
pada pendapat sy, penulis sastera tsbt, pun x salah. Itu pendapatnya. Tp, golongan penulis popular pun tak salah, itu hak mereka. idea mereka. So, apa yg nak dipertikaikan. Kalau difikir-fikirkan balik, tidak semua manusia mempunyai minat yg serupa. macam sy sendri. sy tak boleh membaca bahan yg terlalu tinggi sasteranya. sukar utk memahami. tp sy boleh belajar juga. cuma sy lebih gemar sesuatu yg simple dan mudah tanpa perlu byk memikirkankan yg berat-berat. lagipun, biarlah org di bidang itu shj yg memikirkannya. di dunia ni kan ada byk aliran. bukan sekadar sastera shj yg ada dlm dunia ni.Betul tak?Maaflah kalo ada yg terasa. Tp bukan nak sindir atau mengata...setiap manusia ada minatnya yg tersendiri. Tak perlulah nak melatah lebih-lebih.Hehehe....