Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Saturday, December 27, 2008

KISAH 26HB

Menjelang 12 malam ketika saya baru melelapkan mata, suami menepuk pipi saya.
“Honey happy anniversary..” ucap suami.
Dengan mata yang hampir katup saya merenung wajahnya. Oh..sudah 26hb rupanya. Saya mengucapkan terima kasih dan menutup mata semula (yang lainnya sensorlah..ha.ha). Dalam mata yang katup saya memikirkan, sudah berapa tahun saya berkahwin? 5-6 tahun? Namun saya ingat saya mengenali suami sudah lama. Sejak tahun 90an lagi. Beberapa kali saya menolak lamaran beliau kerana tidak yakin mahu berkahwin dengan bangsa asing. Saya hampir-hampir berkahwin dengan orang lain! Dan dengan berkat solat istikarah sebanyak 5 kali, tuhan menunjukkan jalan menerima dia sebagai suami saya.

Insan yang paling bermakna dalam hidup saya..Qaisara dan suami Seyit Kara.

Perkahwinan mana yang tidak di duga. Semoganya penuh onak diri. Apatah lagi saya berkahwin dengan lelaki yang begitu lain budayanya. Budaya orang Turki yang suka melepak, bercakap dengan suara menjerit-jerit menyebabkan saya benar-benar tertekan. Namun Alhamdulilah, semuanya saya harungi dengan satu perkataan ‘sabar’. Dan hasilnya memang cukup manis. Dia lelaki yang terhebat, tidak pernah lokek dengan perkataan -maaf, terima kasih dan sering memuji saya cantik, walaupun saya tidaklah secantik mana..ha.ha.ha.

Suami bertanya apa yang saya mahukan pada hari ulang tahun. Saya menolak kerana tanpa pengetahuan dia, saya sudah memesan sebuah almari kecil..hadiah untuk diri sendiri..he..he.he

Namun pagi-pagi lagi, 26hb..saya menerima komplen lagi dengan pencetakan buku NB Kara yang suka tercabut dan blur tulisannya. Saya benar-benar geram. Dan seperti tidak boleh berkompromi lagi dengan syarikat pencetakan sekarang, saya dengan Suraya editor saya bertungkus lumus mencari printer baru Banyak nombor telefon printer yang saya dapat hasil usaha adik-adik saya Lily Haslina dan juga Anida Daud. Peminat doakanlah NB Kara mendapat syarikat percetakan dengan harga yang yang memuaskan dan perkhidmatan yang tip top ya…

Almari kecil ini sebenarnya untuk saya letak shampoo yang sering saya bawak balik selepas bercuti. Macam-macam bentuk ada..

Dan petang itu apabila suami membawa balik kek ulang tahun (selepas saya menolak makan di Menara Kuala Lumpur kerana harganya tidak berbaloi dengan makan saya yang tidak seberapa). Suami memberitahu buku NB Kara di Harvest Sogo di curi orang. Namun melalui teknologi CCTV, pencuri dapat di kesan dan ditangkap. Sekarang sudah menjadi kes polis.Cerita suami lagi, yang hairannya buku lain tidak dicuri tetapi buku NB Kara yang dicuri di dalam 30 buah…alahai..alahai

Ketika malamnya pula, apabila saya menonton telivisyen saya melihat tayang semula kesan tsunami yang melanda negara Asia...dan malam itu juga saya teringat. 26hb Dec adalah harijadi anak buah saya Mohammad Zafran yang saya lihat dia dalam mimpi saya terlebih dahulu..sebelum dia dilahirkan. Saya siap describe kepada adik saya bagaimana rupa anaknya. He..he.he..dan apabila anaknya lahir, wajahnya serupa apa yang saya lihat!

..Selamat hari jadi Zafran! Selamat ulang tahun perkahwinan kita Hubby! Dan saya berharap..26hb Dec akan datang, saya masih bernafas dan menjadi manusia yang lebih baik!

11 comments:

Madam Casper said...

kak yati

happy anniversary...moga kak yati sekeluarga di murahkan rezeki , panjang umur dan bahagia hingga akhir hayat..aminn....

pst: kak, tiada yg lebih bestt dari pujian seorang suami kepada isterinya....

Anonymous said...

Wah selamat ulang tahun yer kak yatie...

Chinta dah selamat berada di rak buku QBS...tq jugak utk Sue yg baik hati melayan saya...

Walaupun cetakan tu agak blur kak tapi sebab CHINTA tu best saya on jer....


Mudah-mudahan Kak Yatie terus berbahagia dan melahirkan lebih banyak novel lagiii....

Sayang NB KARA....

Anonymous said...

Semoga Yatie tabah menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dalam menempuh bahtera kehidupan dalam membentuk keluarga bahagia. Kak doakan semoga jodoh pertemuan Yatie berkekalan dan di Berkati Allah hingga ke akhir hayat, Amin...

Mrs.Sheikh said...

salam akak...
selalu baca je blog akak tp tak komen,..tp saya pembaca tegar novel akak ok :) dari cesb ke alaf dan ke nb ...semuanya..

almari tu sangat cantikk..dan selamat ulang tahun perkahwinan akak.. :D

wanupeh said...

salam kak norhayati n family ^__^

Selamat ulang tahun...kak norhayati dan suami...Semoga sentiasa gembira dan bahagia...dan dipanjangkan jodoh,umur dan rezeki. Dipermudah kan juga setiap urusan dan perjalanan dunia dan akhirat...
Amin....

____________________________________

...give your hearts, but not into each other's keeping. For only the hand of Life can contain your hearts...

kahlil gibran

Rose Harissa said...

Selamat ulang tahun perkahwinan buat Kak Yati dan Pak Seyit... semoga bahagia selalu hingga ke akhir hayat...

Selamat tahun baru 1430H juga buat kak Yati dan Kak Su... semoga 1430H - 2009 menjadi tahun semakin maju buat NBKara...

saya pun nak gigih nih... chaiyok! chaiyok!

Marzalina said...

kak NB..selamat ulangtahun yer..semoga berbahagia ke akhir hayat...intan doakan yang terbaik buat penulis kesayangan intan ni...akak ni sempoi la..mimpi kakNB selalu jadi kenyataan yer..hehe...nama zafran tu buat intan teringat kat watak novel kak NB..carl zafran...hehe..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Casper, Wanupeh, Mrs Sheikh, Kak Zara, QBS,Nora and Intan..terima kasih banyak2 ya..sama-samala kita berdoa, tahun baru Hijrah ini memberi seribu satu kebaikan..

Intan..kak Suraya, editor akak cukup takut kalau akak mimpi yang bukan2. Dia cakap..mimpi akak selalu jadi.

kucc_aprilsnow said...

dear kak yati...selamat ulangtahun..semoga berkekalan hingga ke syurga, insyaallah..

Anonymous said...

salam kak yati...selamat ulang tahun perkahwinan..kita sy doakan moga kekal selamanya

SaYanG kidA said...

salam yati...

selamat ulangtahun perkahwinan.. moga berkekalan dan bahagia hingga akhir hayat...

selamat tahun baru dan moga azam tahun baru tercapai yati ye *wink*