Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Friday, December 19, 2008

MIMPI LAGI

Pagi itu saya terbangun pada pukul 4 pagi. Mata saya terkebil-kebil merenung jam yang berada di hujung kaki saya. Ahh..lega! Semuanya hanya mimpi. Desis hati saya sambil bangun dan duduk di birai katil.
Sebentar tadi saya bermimpi. Mimpi saya mungkin bagi sesetengah orang tidak apa-apa. Tetapi bagi saya ianya mendatangkan sedikit kegusaran.
Saya bermimpi terlihat banyak bulu anjing di depan pintu pagar rumah saya. Di belakang kereta yang saya selalu parking di luar rumah. Saya masih ingat bulu anjing tersebut basah di sirami air. Dan di dalam mimpi tersebut saya yang melihat bulu anjing itu menjadi marah dan menyuruh jiran saya keluar. Kami bertekak dan saya menjadi marah yang teramat sangat. Dan ketika marah saya sedang memuncak, saya tersedar dari mimpi.
Ahh..syukur ianya hanya mimpi. Saya memang tidak suka dengan jiran sebelah rumah yang memelihara anjing. Bau dari rumahnya begitu hancing dan busuk sekali. Tetapi sebagai jiran saya tidak pernah membuat bising. Itu bukan sifat saya. Saya pula bukan jenis yang pemarah.
Selepas bersolat subuh, membuat sedikit senaman saya duduk di hadapan telivisyen. Langsung tidak terfikir pasal mimpi tersebut sehingga pembantu rumah saya yang keluar membawa Qaisara bermain basikal di waktu pagi masuk dengan wajah yang cemas.
“Ibu..banyak sungguh bulu anjing di hadapan rumah kita!”
“Arghh!”
Saya tiba-tiba teringat mimpi saya malam tadi. Ahh..mimpi saya rupanya menjadi sekali lagi.
“Belakang keretakan..”
“Ya..ya..ibu..”
“Basahkan..bercampur dengan air..”
“Ya..ya..ibu.” balas pembantu rumah saya pantas.
Saya menarik nafas saya. Berkali-kali saya menenangkan fikiran saya. Saya teringat mimpi saya. Di dalam mimpi itu saya ingat bagaimana saya begitu marah sekali. Mengeluarkan perkataan yang bukan-bukan. Ini menyebabkan hati saya sedikit gusar! Tidak saya tidak mahu menjadi pemarah seperti itu dan saya tidak mahu bergaduh dengan jiran saya. Lantas saya menyuruh suami yang menegur kerana saya takut kalau saya menegur, ianya jadi seperti di dalam mimpi saya. Saya berpesan berkali-kali dengan suami saya, jangan menegur dengan suara yang tinggi. Berlemah lembutlah..
Syukur..jiran sebelah tidak marah dengan teguran suami. Bahkan berkali-kali memohon maaf apabila suami menerangkan bulu anjing tidak boleh disentuh oleh orang Islam. Apatah lagi di dalam keadaan basah. Dan apabila saya keluar tengah hari itu dan terserempak dengan jiran saya. Dia mengangkat tangan pada saya sambil tersenyum.
Syukur..walaupun mimpi saya menjadi kenyataan..tapi paling penting saya tidak bergaduh dengan jiran…

4 comments:

Madam Casper said...

kak yati
saya pun allergik dgn anjing ni. dah la hukum nya haram bg org Islam dan bila saya tgk anjing tu pun saya dah rasa loya...

Marzalina said...

kak NB..susah jugak kan berjiran dengan bangsa asing..sabar aje lah..intan ni lagi la..penakut kat anjing..bila nampak anjing dr jauh..lutut pun dah ketaq hehe..apapun saya kagum sebab mimpi kak NB jadi kenyataan..mcm kasyaf kan..:)

Unknown said...

Salam Kak Yati...
Salam perkenalan. Saya pernah bermimpi suatu peristiwa yang buruk. Selepas itu, saya ceritakan kepada emak saudara saya. Belum sempat habis cerita, dia pancung cerita saya. Dia kata, ustaz yang mengajar di masjid dekat rumahnya berkata, mimpi-mimpi yang tidak elok, jangan disebut. Diam dan lupakan saja mimpi-mimpi itu sebab kalau kita sebut, akan jadi kenyataan. Mimpi yang baik-baik saja yang kita perlu sebut.

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Em Muhammad..
Selalu saya bermimpi, buruk atau baik..saya tidak bercerita dan ianya jadi kenyataan, saya pernah minta pendapat dari seorang ustazah..kata dia, kalau mimpi buruk berceritalah dan berdoalah supaya apa yang dimimpi tidak jadi kenyataan..saya pernah bermimpi, melihat seorang lelaki tua dikapankan..dan sahabat saya menangis disebelahnya, dan selepas solat subuh..saya menerima panggilan dari sahabat saya itu..ayahnya meninggal dunia..segalanya hanya ALLAH yang mengetahui...