Pagi semalam ketika menghabiskan bacaan satu buku motivasi di dalam tandas kerana menyorok-yorok dari Qaisara yang mungkin akan merampas buku saya (Qaisara ni pantang nampak buku. Susah saya mahu membaca kalau dia ada. Dia cuma tidak menganggu saya kalau saya berada di dalam tandas sahaja). Saya terbaca mengenai seorang pakar motivasi yang mengatakan orang melayu malas. Lama sungguh tidak mendengar ucapan tersebut.
Saya sendiri tidak tahu siapa yang mula-mula mencipta kata-kata yang orang melayu malas. Apakah ini ciptaan pemimpin atau ciptaan orang-orang inggeris satu ketika dahulu.
“Orang Melayu malas ke?
Saya bertanya pada suami. Suami orang asing jadi pandangan dia terpaksa saya ambil untuk menjadikan supaya pandangan itu tidak bias.
“Kalau melihat keluarga kamu terutamanya ayah kamu. Rasanya orang Melayu paling rajin sekali..”
Dia memberikan pendapatnya. Merujuk pada keluarga saya atau ayah sudah pasti tidak mewakili semua orang melayu. Saya tahu ayah seorang yang sungguh rajin. Dalam usia 70 tahun, ketika anak-anak memarahi dia jangan menoreh getah. Ayah sudah bersiap dengan uniformnya sebaik sahaja selesai bersolat Suboh. Kemudian balik berehat sekejap jam 1 petang dan petangnya akan ke kebun pula. Menanam apa yang patut. Cuma badan sekarang tidak segagah dahulu, jadi tubuh tidak boleh dibawa berlasak sangat. Abang saya pula seorang ustaz, petang penuh rumahnya dengan anak-anak yang mengaji. Dia mengajar sehingga hampir waktu maghrib.
“Memang ramai orang melayu rajin..” fikir saya.
Saya teringatkan suami Lily Haslina Nasir (jangan marah Lily!). Bekerja di pejabat tetapi masih lagi mahu mengusahakan cendawan, mengusahakan tanaman serai dan macam-macam yang dibuatnya. Saya gembira betul dengan sikap orang yang sebegitu. Di mana malasnya?
“Orang-orang Malaysia, tak kira orang Melayu, Cina atau India. Saya lihat sama sahaja. Pukul 6 pagi sudah bangun, pergi bekerja. Petang baru balik. Kalau di Turki orang-orang Turki bangun pada pukul 10 pagi. Kalau winter lagilah teruk. Tidak pukul dua belas, mereka tidak bangun. Kedai tidak dibuka masa itu…”
Sambung suami lagi. Mungkin suami melihat sekeliling, tempat kami tinggal. Jiran kami berselang tiga rumah sebelah kanan, pergi kerja jam 6 pagi. Selang dua rumah sebelah kiri lagi teruk 5.30 sudah terdengar dia membuka keretanya.
“Saya rasa orang melayu tidak semuanya malas. Mungkin ada..tapi bukan semuanya. Bukan begitu?” Saya bertanya suami.
“Betul. Orang-orang Arab lagi teruk. Tidur selepas subuh dan hanya membuka kedai selepas waktu zohor. Banyak kedai mereka dijaga oleh orang-orang asing. Itu lagi pemalas.”
Kalau orang melayu tidak pemalas. Kenapa perkataan orang paling malas adalah orang melayu? Kenapa pakar motivasi sendiri mengatakan orang yang malas orang melayu. Kenapa masih ada pemimpin melayu sendiri mengatakan orang melayu malas? Teringat saya cerita cartoon Wall E yang saya tonton bersama dengan Qaisara dipanggung. Mereka membayangkan orang yang pemalas di dunia dalah orang-orang Amerika. Makan, minum pun di atas katil. Sampaikan mereka tidak boleh bergerak.

Saya kemudian teringat cerita seorang kawan saya yang berada di Norway. Di mana orang-orang Norway meminta daripada kerajaan supaya mereka hanya bekerja sebanyak 4 hari sahaja seminggu dengan waktu kerja dipanjangkan pada hari bekerja.
"Tiga hari lagi itu untuk apa?" tanya saya pada Kris..sahabat baik saya itu.
"Berehatlah. Mandi matahari ataupun bermain ski."
Alahai..alahai.. Entahlah saya tidak tahu, kenapa perkataan orang melayu paling malas dicipta. Selepas banyak negara saya jelajahi. Saya benar-benar tidak setuju kalau orang melayu dilabelkan orang paling pemalas di dunia. Sekurang-kurangnya saya tidaklah terkilan kalau label itu ditukar
“Orang melayu masih tidak cukup rajin..”
“Orang melayu masih tidak cukup rajin..”
7 comments:
tapi kak yg rajin tu 80% yang lagi 20% tu lebey suka goyang kaki...contoh terdekat penduduk pulau ni kak. yg highest level kat hotel ker, jabatan kerajaan ker semuanya orang luar, org tempatan lebih suka jadik kuli pada org cina dan bangsa lain. tak tau kenapa, mungkin tu cara depa diasuh or mereka cepat berpuas hati dgn apa yg ada.
Salam
Casper tinggal pulau mana? Yelah..tidak semua yang rajin tapi bila dah label..paling pemalas tu maksud dia..semualah kena bantai sama. Mereka jadi kuli pada cina mgkn tak ada peluang dan tak ada pelajaran serta tak tau jalan. Moga2 kita dapat mendidik generasi baru menjadi orang yang rajin ya..
bagi saya, sebenarnya melayu bukanlah malas, tapi suka berlengah..
erm...bagi sy la kak NB...mungkin beliau melihat dari segi sektor pekerjaa...kan ke negara kita kini dipenuhi warga asing dan mereka mengaut keuntungan di negara kita sendiri.sedangkan kaum melayu ni masih merempat dan menerima ihsan masyarakat.mereka sanggup bergolok gadai untuk datang ke mari untuk mencari rezeki kerana mereka tahu habuannya untuk ke Malaysia.Plus mengikut statistik, warga asing ini menghantar kira2 RM350-RM700 sebulan ke negara masing2.malahan ada yang membina banglo,kenderaan sendiri dan selesa..manakala rakyat kita ada yang masih xmampu begitu...
Yang Malas, yaNg rajIn, yang sederhana Rajin...semuanya ada..malas keje..sederhana rajin untuk mencari keje..malas nak ambil tahu hal keje..pemimpin yang kita sayangi mengatakan melayu Mudah Lupa..n semuanya ada pro dan kontra
Psss : pendapat ajer...Plus...cha ada baca gak buku2 pakar motivasi tersebut.. :)
saya rasalah kak NB pakar motivasi tu tak cukup berjalan la.dier asyik bercuti di malaysia je kot.
beliau banyak merantau di luar negara hajar...
Salam K.NB..Persoalan k.NB tu mmg menarik dan isu tu pernah Jue 'berdebat' dgn Mr President ....betul kbykkn org melayu ni mmg rajin..tapi apabila mereka sudah berada di 'zon selesa' mrk ni malas nk berubah..sbb itu melayu dilebelkan malas.Kalau mrk dah biasa dgn kerja tu maka mrk lakukan kerja tu aje...kdg2 bila peluang ada depan mata mereka pandang sebelah mata..dgn alasan.."nantila.." "tak apa dah cukup mkn pakai"..Tapi nak dilebelkan sbg malas mungkin tak sesuai..yer la kalau malas mrk tentu tak kerja...mungkin sesuai dilebelkan sbg 'Tak yakin' atau 'menangguh'...contoh paling dekat diri saya sdiri..hehe.Bila nk lakukan sesuatu yg luar dari bidang saya..atau sesuatu yg berbeza dari apa yg dilakukan tiap2 hari hati ni sering was-was..tak yakin..suka menangguh...Tak buat tapi dah fikir negatif.."Boleh ker?".."Org menyampah tak nanti?".."Aku ni syok sdiri ker?" bila dah persoalan ni semakin menular mulala saya nk menangguhkan dulu...hehe.Tapi bila kita dah dapat tahu keburukan diri sdiri insyaallah pelahan-lahan sikap negatif tu boleh dibuang.Dan yg penting budaya membaca masih lemah dikalangan org melayu..kalau budaya membaca ni diterapkan insyaallah budaya 'tak yakin' 'was-was' akan terhapus sama sekali.
(Itulah kesimpulan yg jue dpt masa 'debat' isu malas ni....hehe)
Post a Comment