Alhamdulilah..terhasil buku terbaru saya dan Insya-ALLAH kalau diizinkan tuhan akan menjenguk di pasaran menjelang pesta buku. Cerita cinta yang sudah lama saya lupakan. Agak mencabar sedikit untuk mencanai watak dan plotnya. Mungkin peningkatan usia membuatkan saya lupa indahnya waktu dilamun cinta dan berkasih. Kisah mengenai Chempaka yang cuma seorang gadis kampung datang dari keluarga bermasalah. Seperti biasa watak tersebut saya hidupkan dengan semangat kerana bagi saya watak orang yang kecewa tidak boleh dijadikan watak utama. Dari semangat Chempaka menyemarakkan kehidupan dia dan keluarganya dengan perubahan. Dan seperti manusia biasa, warna-warna kehidupan tidak selalu berwarna ceria. Begitu juga dengan Chempaka. Palitan warna hitam membunuh rasa gembira dalam hidupnya. Cerita seterusnya...
aku bukan budak baik
9 months ago
4 comments:
Salam...tak beli lagi novel ni tapi memang suka baca novel Norhayati Berahim.Rasa macam tak sabar nak beli novel terbaru ni...teman-teman kata saya ni gila...sebab bila saya baca novel saya lupa semuanya..sampaikan waktu nak keluar makan pun saya boleh abaikan.....saya suka membaca dari dulu sampai sekarang dan alhamdulilah saya tak terlepas lagi novel-novel keluaran nb kara setakat ni cuma harum cempaka yang belum saya dapatkan
assalamualaikum,
susahnya nak dapat novel ni, saya cari kat kedai buku, x dpt2 lagi, sure best mcm novel2 lain kan
salam..saya dah beli novel ni..tapi ada beberapa chapter yg berulang.maybe salah cetakan..saya tak kisah kalau chap tu berulang,just saya risau kalu ada chapter yg tertinggal..bleh tak bg saya confirmation pasal hal ni?trima kasih..:)
best and best..
Post a Comment